7 hari lagi semester baru mula. naik satu tangga lagi. makin tinggi. senioriti makin bertambah. makin tambah kerek ah kan. apa lagi. ha ha. takde la. saya tak penah ambil tau pun pasal junior. semester baru, barang baru, bilik baru, kelas baru, lecturer baru, drama baru dan resolusi baru.
resolusi baru? saya tak pernah peduli pun tentang resolusi. sebab tiap kali tahun baru pun saya buat resolusi baru dan kemudian lupa resolusi resolusi itu. hampas. serupa macam takyah ada azam tahun baru pun kan? haha.
but this time, i'm going to write it down here. siapa tahu, kalau tulis saya tak lupa kan? so here goes:
- gain weight. mak asyik bising mengenai betapa saya makin mengecil dan melidi. balik kampung haritu pun kene ejek dengan pakcik makcik semua. i'll try to eat more. and eat on time.
- try not to procrastinate especially on tasks and assignments. ini mungkin nampak susah. tapi saya cuba.
- sleep on time. mungkin exception untuk malam malam minggu. haha.
- save up money. at least 50 a month? ohhh i'll try.
- baca banyak english. dan blaja grammar banyak. ini saja yang saya mampu buat untuk berjaya dengan baik dalam course ni.
- lebihkan baca apa saja yang bagi pengetahuan. siyes, kepala dah ringan sangat takda ilmu!
- baiki hubungan. dengan keluarga, kawan kawan, adik beradik. cuba sehabis baik untuk buat mereka semua gembira. cuba jangan hampakan mereka especially mak dan ayah.
- jadi lebih matang. kurangkan involve diri dalam drama drama bodoh.
- be a good muslim. try not to skip solat.
- and last but not least, for what i've been doing right now. i want to be a good student. try to get 3.5 above and nothing less. this is the hardest part. i got 3.49 for semester 2 and it seems impossible to get higher pr obtain it for 3rd semester. ah redha je lah pape untuk sem 3. i'm going to work my ass off for next sem.
sepuluh dah cukup. banyak sangat takut jadi hampas pulak. good luck shanad!
tadi keluar berlibur dengan sahabat baik, kamak. pusing pusing bandar dan berbual mengenai kawan kawan dan sem depan. ringan kepalotak dapat keluar. tadi sebelum keluar pun kena tengok drama abah dan aliff. saya betul betul rasa macam tengok tv. baguslah tu. hiburan pagi ni. berlari kejar kejar dalam rumah sendiri. kenapa tak pergi je lagun kuala ibai, takpun pantai batu buruk atau bukit besar? nak sangat jogging kan. haih.
sejarah ada cara tersendiri untuk cari saya dan berulang. tak kira macam mana saya cuba separuh nyawa untuk lari atau selamatkan keadaan. and this time, if it ever happen again, i'm raising the white flag. i'm not going to kneel down asking for forgiveness for something that i didn't do. i'll take the blame if you want, but i'm not that kind of person who's going to beseech upon someone who doesn't want me or throwing me away. sekali dah cukup.
ada sorang minah tu cakap kat saya:
barang bila kita dah buang selalunya dah jadi sampah. tak kisah lah walaupun kita kutip balik, ia mungkin dah rosak dan calar kerna dipijak orang yang lalu lalang. fikir baik baik sebelum kutip apa yang kita dah buang kerna mungkin barang tu dah tak berguna macam sebelumnya. kalau kau betul sayang barang tu, kutip dan simpan elok elok. kalau tak, tinggalkan saja kerna mungkin, mungkin ada si miskin yang akan lalu dan kutip barang tu.
dia seorang kawan yang saya tak pernah kenal pun. saya baca di blognya. setiap yang ditulis dalam blognya adalah dedikasi kepada pembacanya. dan saya rasa saya macam faham apa maksud nya ini.
jangan lupa dinner.
ini mungkin antara entri entri saya yang terakhir. saya dah bermula di tempat baru yang jauh lebih tersorok iaitu jauh dalam kotak hati.
ps : tadi ke the store KT dengan mak. nampak satu baju sangat comel. oh saya rasa nakk sangat sangat. tapi rasa cam duit nak guna tempat lain. tadi ayah bagi 50 saya guna 25 untuk beli tudung. ada 25 lagi, cukup cukup boleh beli baju tu. tapi takpelah, bukan rezeki kot. baik save untuk beli hadiah kan :)
1 ulasan:
ct.. slm.. hohoho.. almk.. saye baru tau awk ade blog.. huhu~
hmm.. saye baru je 3 bln kat prague ni.. lambat lagi blk malaysia nye.. insyaAllah kalau exam saye pass semua, saye balik akhir bulan julai..
awk stadi ape skrg? course brape lame?
ooo.. so excited jumpe awk kat sini.. awk ade tau blog sape2 lagi?
Catat Ulasan