Alhamdulillah abah dah keluar hospital semalam. after 5 months. hopefully he'll get better. harapnya lagi sihat dari time kat hospital. ameen.
am going back tomorrow.
teringat tahun lepas, lepas habis final exam excited sebab nak balik kuching. lama sangat tak jumpa family. & perasaan bila ada kat rumah time cuti adalah paling indah. tak pernah terfikir that i'll get this nervous feeling nak balik rumah. nervous nak tengok keadaan abah.
i'm praying that this will be the beginning of new hope. harap abah akan bertambah sihat kat rumah. selera makan bertambah, boleh makan suma benda. i just cant stand seeing abah all skin and bones..
Rabu, 9 Januari 2013
27th Golden Disk award 15-16 january kat sepang. harga tiket buleh bikin nangis. haha. 600rm ++ weh paling murah. walaupun shinee ada & dat will be their first time in msia, tetap tak mampu. takpe positif akan ada shinee world concert kat msia ni and masatu konfem pergi. hohoh *sedapkan hati*
yang best time tu ada gemilang management workshop aka retreat & akan dibuat berdekatan sepang jugak. tu pun tak pergi jugak sebab nak balik cepat cepat jaga abah. kalau pergi dapat bayangkan spazzing dengan ila. ila feeling2 dekat dengan exo aku feeling2 dekat ngan shinee kan. haha. tapi kesian jugak kat ila, sepatutnya kena pergi sebab banyak benda pasal multimedia kelab nak kena turunkan kat dia. rasa macam tak bertanggungjawab je. sebenarnya nak sangat pergi tapi condition abah tengah tak berapa baik sangat. & considering cuti uia yang tak berapa nak banyak tolak tempoh hari pergi retreat, kalau boleh taknak bazir satu hari pun yang boleh dihabiskan dengan umi abah. bukan senang dapat balik.
ada dua paper lagi. fighting fighting ya ya yah \(^^)/ *gaya onew*!
semenjak dua menjak ni makin jatuh cinta dengan onew. taktau kenapa. salahkan fanfics yang oversweet. dan ye, fangirls can dream rite. hohohoh :p
oh januari tahun ni jugak menandakan dah 3 tahun as a shawol. tak sangka. rasa macam baru je lagi tengok hello baby. masatu the only kpop group yang aku tengok variety show suju je lah. nak tengok hello baby pun sebab suka kanak-kanak. ingat lagi kemain aku kritik sebab dorang muda lagi konon nak jadi ayah. ha kan dah sangkut.
Ain adalah roomate pertama kat kpm dulu. kitorang duduk bilik sama dari 1st sampai 4th semester. sem 5 je tak bilik sama. baikkk sangat dia ni. aku banyak dosa ngan dia dulu. hihi.
semoga berbahagia ain & habib. actually habib bukanlah nama sebenar husband ain. tapi nama panggilan yg only ain panggil dia. tapi nasib ain la dapat kawan-kawan saiko kan. tak pasal kitorang kenal dia dengan nama habib & lekat sampai sekarang. habib pun baik jugak. memang dari first kenal ain dia memang dah dengan habib. 6 tahun dulu la kan. tapi first time aku jumpa si habib ni pun masa hari bersanding dorang ni ha. kelakar rupanya dia ni ok. teringat zaman-zaman depa bercinta dulu, kalau ain merajuk ke apa mulalah sms aku mintak tolong. hehe.
oh, hell0 2013 :)
aku dah malas nak letak resolusi bagai dah. hadap je la apa yang datang. itu la motto hidup sekarang. haha. 2012 was a nightmare. i mean the second half of 2012. i dunnow what to expect on this year. tapi aku harap 365 hari lagi, waktu-waktu macam ni aku dah dalam tempoh nak say goodbye to iium lah.
beza tahun lepas & tahun ni. tahun lepas both of my parents are working. tahun ni dua dua dah pencen. abah pencen tahun lepas (unfortunately he got sick as soon as he retired), ummi terpaksa pencen awal untuk jaga abah. tak konfem lagi tapi dalam proses lah. sekarang kami dah jadi orang kelate balik. no more mencari tiket ke kch lagi dah. & aku baru dapat lesen beso hehehe :) tapi masih belum berani drive malangnya.
kadang kadang macam terfikir, dulu my life was perfect. belajar suma ok. yelah bezanya family kami dok pindah randah je la. tapi benda tu tak jadi masalah kot since dari kecik memang dah macam tu. tapi dulu aku suke betul emo sana emo sini macamkan hidup aku sangat unfortunate. tulis kat blog benda benda sedih. dan sekarang bila hidup dah betul-betul terumbang ambing, i dont even care to whine dalam blog. sebab rasa ramai lagi orang kat luar sana yang lagi unfortunate. & kadang-kadang rasa macam terlalu lost untuk bebel dalam blog.
tbh, i cant really study nemore. even before abah sakit haritu memang ikhlas tak ikhlas je belajar kat sini. maybe sebab malas atau kos yang aku tak berapa nak. tapi bolehlah nak push diri sendiri. sekarang ni, i dont even know what i learned this whole semester. carrymarks ciput and i dont even bother. just fikir nak habis cecepat & balik tinggal kat kampung dekat dengan ummi & abah. kadang-kadang aku rasa, aku ni dah gila ke eh? sampai satu tahap, jumpa sorang kawan kt uni yang dah lama tak nampak. dia cakap dia ambik study leave. kalau dulu terfikir, ruginya dah nak habis tapi ambik study leave. rugi satu sem. tapi haritu i nearly asked her macam mana prosedur nak ambik study leave sebab rasa bagusnya kalau dapat buat camtu. the only thing that made me stop myself doing that was, my brother actually had the same plan. dan aku taknak dia buat macam tu. tahan je lah. lagi 2 sem je pun.
hidup ni unpredictable. sometimes we lived the same kind of life for 20 years and dalam masa sehari kehidupan kita berubah. kadang-kadang kita akan compare dengan orang lain yang kita rasa sentiasa bernasib baik. tapi mungkin Allah uji dia dengan cara lain. kita je yang tak nampak. Allah uji tanda dia sayang. atau mungkin Allah sedang hukum kita atas kekhilafan kita yang kita tak perasan sebelum ni. Allah nak kita lebih ingat dia.
Alhamdulillah suma benda ni tolong aku untuk jadi lebih matang. walaupun terkontang kanting juga sebab aku tak pernah hidup berdikari walaupun aku rasa aku berdikari. dan sebab suma ni jugaklah aku tersedar rupanya selama ni aku sangat bergantung dengan ummi abah walaupun dah umur 24.
aku harap tahun ni aku dapat jadi anak yang ummi abah boleh harapkan, not the one yang ummi abah fikir dorang boleh harapkan tapi rupanya tak. & aku harap aku boleh jadi kakak yang adik adik jadikan tempat bergantung.
and terima kasih sangat sangat kat semua yang tak henti henti tolong. terharu. ada kawan yang tak rapat sangat pun tapi selalu tanya ok ke tak. kadang kadang rasa macam sebesar mana dugaan Allah bagi kalau kita redha & fikir positif insyaAllah everything will be okay. jalannya akan terbuka.
i dont really know tablo until i watched strong heart YG special. lepas tu dok cari cari lagu dia. suka dengar dia punya rap & the lyrics of his songs. somehow i can relate myself to his songs sebab lirik dia sangat mendalam maksud dia.
Isnin, 17 Disember 2012
gambar ni bebetul setahun lepas. masatu abah lagi 6 bulan nak pencen. dia ada kursus kat KL and stayed at berjaya hotel. sebab bilik abah besar, ada dua bilik lagi kat dalam, abah ajak aku & hilmi lepak sana on d weekend. mestilah seronok kan spend the night kat tengah-tengah kl. boleh jalan-jalan kt times square suma. but i remember we didnt spend the night there dengan alasan busy & ada kerja. just datang lunch dengan abah & jalan-jalan je. bila ingat balik, macam menyesal sangat. sebab lepasni mungkin dah takde dah nak spend masa dengan abah kat luar.
masatu excited & tak sabar nak tunggu abah pencen. manalah nak tau kan abah jatuh sakit as soon as he retired. tapi takpe, ni suma kehendak Allah. kenelah redha.
ingat lagi masatu sebab tengah excited nak pencen, banyak la borak pasal apa nak buat lepas pencen, nak tinggal kat mana apa suma. nak pergi situ sini beli itu ini. kira-kira harta benda (walaupun tak berapa minat benda-benda camni). ingat lagi satu ayat abah,
"abah punya duit suma ni nanti bukan untuk sapa-sapa jugak, untuk awak suma. bukan untuk abah pun."
masatu i rembember bergenang air mata.
sekarang ummi pun mungkin kena pencen awal. rayuan pertukaran lulus, tapi ke terengganu. macam mana nak ulang alik dari trengganu ke kb kan. susah. in fact, even if ummi dapat tukar ke kelantan pun belum tentu dapat mengajar balik macam biasa. aku rasa pence je lah is the best option.
lepasni, economically mungkin kami akan susah sikit. pencen umi tak banyak sangat pun, nak bayar rumah lagi. tapi aku rasa ada duit, tapi hati susah pun buat apa kan. rezeki Allah ada kat mana-mana. aku cakap kat umi, takpe, anak-anak pun dah besar. lepasni kami kerja kami boleh support kite suma (walaupun aku macam jauh lagi je kan nak ke penghujung jalan dunia belajar ni :p)
well, things happened. and they happen for a reason.
mengeluh, bersedih tak boleh nak membantu pun. kena pandang ke depan, & cari solutions untuk suma masalah. fikir benda-benda best. walaupun situation macam takde harapan je.
things will get better.
believe in Allah and His plans. He knows better (:
ps: dari haritu nak cerita macam mana abah boleh titiba sakit. since aku ada dengan abah from the start, nak tulis macam sedikit memeritkan sebab kena ingat balik those painful memories. but i'll try to cerita later.
Jumaat, 14 Disember 2012
i miss these two babies. dah empat bulan ummi & abah tinggal kat hospital. abah sakit, ummi jaga abah. diorang berdua tinggal kat rumah ayah ngah kat kota bharu. nasib baik lah dua-dua jenis tak berkerenah. imah duduk asrama on school days. alif je la yang tinggal dengan ayah ngah. kesian alif. i remember when i was 9 years old hampir semua benda masih bergantung kat umi abah. dia dah kena tinggal asing dengan parents.
rasa bersalah sangat. sepatutnya after umi abah, i am the one who is supposed to look after them. tapi aku sendiri tak dapat buat apa-apa. nak balik kota bharu pun kena fikir siap nak ambik hantar kat bus station.
dulu alif pergi mana-mana pun akan beli mainan. walaupun dah janji taknak beli tetap umi abah belikan jugak. tapi sejak abah sakit, dapat ikut pergi pasaraya pun dah heaven dah untuk dia. and dia tak mintak beli pun. tengok je pun takpe. tapi Alhamdulillah ayah ngah n mak ha takde complain pasal dia. senang nak jaga. lega jugak la dengar. pernah sekali alif kena keracunan makanan, muntah muntah teruk. pucat kuning muka dia. masatu kakak sedara cakap nak bagitau umi pun serba salah. abah memang takkan lah kitorang bagitau berita sedih-sedih ni. imah call umi bagitau. masatu alif marah dia sebab bagitau. dia taknak umi tau. taknak umi risau kot. and awal-awal cuti sekolah tu, mak ha ada cakap kat alif, nanti dia nak pergi KL cuti sekolah jaga cucu-cucu. dia gurau cakap nanti alif kena tinggal dengan tok ayah kat gua musang la kejap. dia cakap, tak boleh nanti susah dia nak pergi tengok abah. rasa nak menitik je air mata dengar masatu.
aku taktau bila semua ni akan berakhir. i hope things will get better. tak cepat lambat pun takpe lah.
i'm sorry adik-adik kakak. tunggu ye kakak habis belajar, nanti kita tinggal sama-sama kat rumah kok lanas. belajar rajin-rajin. jangan susahkan ayah ngah & mok ha.
berikanlah kami kekuatan ya Allah. ameen.
Sabtu, 8 Disember 2012
lepas pre-reg haritu baru perasan tak banyak dah subjek yang tinggal. menandakan perjalanan hidup di iiu ni dah tak lama.
kejap je rasa masa. walaupun sebenarnya dah lama dah kat sini.
im still torn between minoring in islamic revealed knowledge or just go with single major. nak minor irk, just tambah dua subjek but i have to extend my studies to another long sem. & konvo in 2014. lambat lagi. if tak minor boleh lah dapat final semester sem depan. & dapat konvo tahun depan.
nak habis lambat lambat, teringat abah. ikutkan hati nak habis cecepat balik kelantan duduk dengan abah umi.
tapi sayang pulak tinggal intro to fiqh & usul fiqh je yg belum ambik. & most of friends are graduating in 2014. kalau habis sem depan, possibility konvo sorang sorang sangat besar.