Sabtu, 25 April 2015

“He's just not that into you.” ;


yes, let them know. don't make them wonder. or worse, have hopes and anticipation towards you when the truth is, you're not into them. not all women are brave enough to confess their feelings. not everyone have the guts to ask directly, what am i to you? if you're not sure about your future together with them, don't linger around them. and if you need to take things slow, just like the quote above, let them know. if they really love you and wanna have their future with you, they will wait no matter how long. yes, they will wait.

if you wanna take things slow and at the same time you don't want them to wait for you, but you won't let them go or even let them know any bit of your feelings and keep them wondering, what do you actually want in that relationship?

dude,

you don't to this to the woman you love. you'll hurt them and you're gonna hurt yourself two times more.

truth hurts, but false hopes and anticipations will hurt people more and for a long time.

Khamis, 23 April 2015

salamualaykum,

wuhuu teka aku kat mana? yaaa tepat sekali saya berada di gumbak tanah airku. k gile kompiden tanah airku tau.

dah banyak hari jugak kat sini kalau ikutkan. dah layak beli tiket dah ni. tapi boleh amek tiket malam je sekarang sebab bas dah takde kat grinwud. kena naik kt tbs yang super jauh tu. konpem kalo amek tiket bas pagi sempat hidu asap bas yang dah berlalu pergi je. and kalau naik bas malam nanti sampai kena turun kt tesco kb sebab kul 5 pagi aku tak berani nak turun sesorang kat kok lanas. takut tesempak lembu dan khinzir hutan. eceh alasaan.. padahal memang ko takut dengan gelap gulita kat luar tu kan. so kalau turun kb umi kena amek and kalau umi amek wikend je la yg buleh. jadi paling lambat jumaat malam la kena balik. 

ni aku baru topap kuota internet sebenanya. 4 hari takleh nak bukak fb ig apa suma tu sangat sebab dah limit. sangat gigih dan bersabar aku tengok bulat bulat loading tu je manjang. dah la celcom ni orang mesej tanya berapa mb tinggal dia tak reply. bila dah tambah baruu la dia tehegeh nak mesej bagitau.. ohh boleh miskin pakai internet celcom nih. separuh bulan dah 2gb.. bukan aku tengok video ke apa pun. ni pun gagahkan pejam mata tambah kuota sebab nk uplod n donlod utk kasteme lambat dia menguji kesabaran. dan sebenanye salah satu faktor lagi aku terase nak membebel kat belog jugak.

dah jumpa akak dah jumpa nazirah dan izzah kakak kecik dan dadahs catch up everything. walaupun kalau ikutkan tak cukup mase gak. tapi takpe, next time pulak.

makkk i miss yuu nak balikk huhu

tadi ummi send ni. gambaq baju raya iols yang dia jahit sendiri. titiba mata masuk habuk. sebab malam nak naik bas nak turun kl haritu ummi dok ambik ukuran aku, nak buat baju aku katenye. dapat bayangkan 4 hari ni dia ngadap mesen jahit je. actually aku nak tempah jahit kat kedai jahit. sebab nak buat baju kurung moden kononnye. ummi biasa jahit baju kurung biasa je. and kain ni macam susah jugak sebab dia dah ada lace tu siap. pastu bila ummi cakap nak jahitkan, aku macam, boleh ke ummi jahit baju kurung takde pesak? ala xpela tempah je. sebab sebenanya takut ummi buat tak cantek. boleh? teruk tau aku ni. silalah lempang aku. sorry ummi! huhu. don wory senget benget pun baju ni tetap iols punya feveret. sebab ummi jahit. nanti kakak prektis jahit pulak pastu buat untuk ummi satu k. hmm jap, tapi macam besar la pulak offer aku ni. karang ummi tak sudi naya je hahaha. oklah takpe mi, kakak takdapat jahit kakak belikan kain cecantik untuk ummi hokay? ileviuuu sangat sangat i hope u know this walaupun setaon sekali je cakap huhuhu.

ok nanti sambung bebel ye.

selamat malammm

Khamis, 16 April 2015

kebun anggur kembali beroperasi ;


kembali jadi pekebun anggur secara rasmi hohoho.

tapi semoga tak lama lah kan. memula heaven la. biasanya masuk minggu kedua mula lah meroyan.

nak cerita pasal sekulah tapi esok la kot malam ni nak tidur dulu. semoga boleh bermimpi selain dari sekolah malam ni. hahaha. siyes weyh dah berapa bulan dah mimpi tidurku revolves around tu je. tak sekolah, kanak-kanak tuh takpun cikgu-cikgunya. aku pun tak tao lah sebab suka sangat ke apa. apa yang pasti aku tidur takde la sampai harap mimpi jumpa kekanak ribena itu. hahaha,

mak kakak kecik dah kembali bertemu penciptanya. Isnin baru ni. Allahu. terkejut sangat-sangat dapat berita tu :(  rasa ralat pulak turun KL baru ni tak jumpa mak fiza. tak sangka bila fiza cakap mak dia lemah tu sebenarnya memang sangat tak sehat. huhu. aku ni pulak jenis yang nak call, tak tau nak buat ayat macam mana. padahal sangat3 sedih untuk dia. so mesej je. aku memang tak pandai bab bab buat ayat comfort orang ni. teruk betul rasa. kalau dekat mampu ada kat sebelah je la. kalau jauh mampu berdoa je agar dibagi kekuatan. insyaAllah kakak kecik kuat. semoga roh arwah mak dicucuri rahmat & diletakkan bersama yang Dia kasihi. ameen.

Ahad, 12 April 2015

week 13 of school session ;

this will be my final week here in this school.

tapi harini adalah lemauu huhu. nak kata tak cukup tidoq, balik kursus semalam tido stret sampai pagi. bangun untuk solat je. tapi harini masa kelas quran boleh mengantok macam tido 2 jam. adekah aku bermarathon dalam mimpi? aku pun tak pasti. agaknya semalam penat dok ulang alik gi toilet. tersalah makan apa tah jumaat haritu. sampai harini tak berani nak makan beria takut perot buat hal.

ni pun ngantuk ni. japlagi nak kelas dah. adeh. *tampaq tampaq muka*

okbai. saja membebel nak hilangkan ngantok. nampaknya tak bejaya.

Jumaat, 10 April 2015

countdown ;

tinggal lagi sepuloh hariii. tolak jumaat sabtu tinggal 7 hari.

kontrak patutnya sampai 15 apr je tapi sekolah suruh abeskan je minggu depan. and then on 19th ive to come to school untuk penyerahan tugas la macam tu lebih kurang.

an opportunity suddenly came up in front of me. tapi ingatkan diri, peluang yang datang memang kena grab tapi belum tentu jadi rezeki kita. jadi kena usaha, doa dan tawakkal. and apa saja outcome dia nanti kena redho.

pray for me (:

mission next week: cantekkan 1 Abu bAkar wehooo~

padahal rph belom setel hahahah

(:

Selasa, 7 April 2015

salam'alaykum,

minggu ni adelah minggu pulun siappkan segala yang tertangguh sebab minggu depan gonna be my final week at sriam.

ok dah tu je nak cakap.

i have short attention span. paling jauh aku boleh pergi untuk memfokuskan diri adelah 2 jam. dan harini aku plan nak buat kerja sampai pukul 1. dari petang bukak laptop. betul betul mengadap pukul 9 lebih tadi. agak agak boleh teruskan ke lagi?

jawapannyaa aku adalah dah menantok. huu

tengok rph english titiba rasa bahasa apa niii takpaham ahh

okbai.

Jumaat, 3 April 2015

ibril ;

dah april.

my time is almost up. sedih ke tak eh nak tinggalkan kanak kanak ribena tu. opkos la sedih kan. hmm. ok taknak fikir dulu.

lepasni kepala mesti dok start fikir macam macam lagi. tapi taknak fikit lagi. setelkann kerja yang tergenda dulu. huhu.

semoga sentiasa fikir yang positif je (:

yang penting misi march selesaii. hihi. dapat spend time dengan dadahgumbira, jumpe akak, registered suratchenta at ssm, langsai hutang ptptn.

daan parcel succesfully delivered hee. thanks to kak kechik n lala. although it was not my plan. plan aku nak buat segala galanya senyap2 je tapi apa buleh buat bila ko ada ramai mak tiri T_T i cant say no at all. mampu gelak nebes je. but thanks to them dorang yang banyak tolong huhu. memang sayang lebih la cani. hehe. sapik siap arrange lala & fiza jaga exam sama sama & paksa aku setuju diorang tolong pass kan -_-"

aand pkck suka the presie wee (: thats the best thing about giving. bila orang suka apa kita bagi. puasnya ati. and lega. selalu jadi yang menerima je. thank you pkck sebab suka.

sebenarnya tengah risau. mak kak kechik tengah sakit kat hosp. masalah usus. kena operate. and ayah cah pun kat hosp. heart attack. cah adalah bff masa kat uia. both of them adalah kawan yang aku kenal yang sangat menjaga parents. tak dapat bayangkan bila parents diorang sakit ni. mesti sedih gundah gulana...lagi lagi kakak kecik yang memang selalu risaukan mak dia. and both of them antara yang sentiasa dengan aku masa abah sakit dulu. sedih sebab tak dapat ada dengan diorang. hanya mampu berdoa je supaya acik and pakcik uswan kembali sihat sepertia sediakala. mudah mudahan. Allahumma ameen.

april, lets work hard. fightingg! *emoticon gagah*