Isnin, 22 September 2014


salam'alaykum.

hari ni first time dengar word pemasangan soalan. dan ianya membawa aku kepada macam macam lagi kekeliruan..huhu.

cabaran seorang cekgu terjun.

orang lain semua coool je aku sorang je rasa macam wahhh betulkah ini??

whatever it is. rasakan kids, iols pilih yang paling best untuk uols *gelak jahat*

sebenarnya online nak buat tracer study. still dalam dilema nak turun gombak sendiri ambik jubah atau pesan kat nadja? yang malas tu sebab jubah kena ambik sabtu. tapi sabtu malam paling lewat boleh balik. dan ahad kerja. takkan nak ambik cuti pulak. hmm..

tapi rindu nak jumpa nadja and cah. and nak tebus tak sempat jumpa ctna aritu.

banyak benda tergendala lagi ni. sakit kepala den memikirkannya.

ok dah. lapa. nak makan. babai.

akhirnya. after spending most of my 20-an there. nasib tak sambung master. kalau tak mentuakan diri kat sana pon bole.

rindu la jugak sikit.

Isnin, 15 September 2014

insert tajuk lagu putus cinta here ;

bismillah..

hmm.. macam mana ye nak bagi comfort dekat yang sedang berduka lara sedih kecewa. kalau nak cakap pun mampu cakap benda sama je. time will heal.. this is temporary only.. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.. one day kau akan rasa tak worth it bersedih berduka untuk orang tu..

tapi kalau ulang banyak banyak kali takut yang sedang berduka tu annoyed. cakap senang la, cuba kena kat batang hidung sendiri?

huhu.

taktau la. pernah la rasa fasa frust tu tapi maybe sebab hati belum tanam perasaan dalam dalam so sekejap je. or maybe aku ni ego sikit bab bab perasaan ni. frust menonggeng tapi tak mengaku. or maybe aku memang tak pernah la kot rasa perasaan macam tu.

sebab sepanjang hidup ni paling sedih pernah rasa adalah bila abah pergi. belum ada perasaan yang mengatasi heartbroken yang itu.

kalau bab bab cinta hati dan perasaan ni tak tau la. macam mana sakitnya orang bagi harapan tapi lepastu dia pergi macam tu je. maybe la pernah rasa. atau rasa yang hampir kepada rasa itu (haha merepek apa niee) memang la sedih, frust. tapi sebab anggap salah sendiri, tak sesakit mana la. anggap takde jodoh. lagi satu tak pernah in a relationship yang macam ni sampai level bergaduh2 terasa2 mengungkit2. kira macam berakhir macam angin bertiup je. so mungkin bila ianya tak kemana, less hurtful kot. haha. aku ni introvert, walaupun berkawan & have good feelings about each other, aku takkan confess dulu. takkan. satu sebab aku perempuan. perempuan senang je nak fall in love. tetapi lelaki walaupun dia nampak macam caring tak semestinya dia rasa benda sama. perempuan takpayah tunggu confession pun sebenarnya boleh tau perasaan dia kan. & bagi aku, guys if diorang tak confess, meaning tak ready la untuk anything serious. so buat apa nak tau sangat siapa kita dalam hati dia. siapa dia dalam hati kita tu pepandai la handle. 

ok maybe aku ada sedikit feminist kot. banyak skeptical sikit bab relationship. ramai jugak kawan2 yang cakap i need to open up a bit. tapi aku rasa takpe kut. one fine day mesti akan ada orang yang faham aku macam ni & terima aku for who i am. bukan la memilih atau berhati hati sangat pun. sebab bagi aku when the time comes, datanglah ia yang dikatakan jodoh tu. rileks je.

so persoalannya sekarang macam mana nak bagi comfort ni? hmm..

maybe yang seelok eloknya mengadu la kat Allah.. Allah akan tolong sebab Dia ada dengan kita setiap masa. He knows what we went thru n what are we going through. macam mana sakitnya takde siapa yang faham, Dia tahu macam mana rasanya. insyaAllah slowly sakit tu akan kurang dan hilang. i read Yasmin Mogahed's Reclaim Your Heart topik Attachment. adala baca sikit. dia cakap relationship ni menyakitkan bila kita directkan semua harapan & pergantungan dekat cinta tu. sebab tu la sebaik baik tempat bersandar adalah Allah kan. yelah maybe cakap senang. aku tak rasa kan. tapi papehal pun kena try untuk move on sebab takde sape lagi yang akan tolong kita kecuali diri sendiri :(

lagi satu, jangan salahkan yang mengecewakan kita tu. sebab mungkin dia tak tau pun dia dah bagi kita harapan. and stop self pitying. move on je caranya. benda yang paling sakit of course lah kenangan kan. try untuk jangan ingat. buat buat lupa pun boleh. sebab bila kita ingat, kita je yang sakit. orang tu belum tentu lagi rasa benda sama.

time will heal my friend. nangis dan sedih la dulu, but don't take too much time. you have a life to live, move on tau :) *hugs*

ps: im sorry for not being that helpful. but i know this shall pass. senyum ok. love you strong lady! :)

pps: i dont know how i managed to bebel about this topic sebab dalam kepala penuh dengan huruf PT3 weyhhh *insert emoticon nampak sesuatu yang horror*

(:


Selasa, 2 September 2014

selamat hari jadi nanad ;

assalamu'alaykum,

sempat lagi kan padahal tengah macam nak pengsan nak habiskan menanda paper budak yang due datenya esok. ehh paper budak? apekah? haa takpe nanti next time citer. haha

ni memang saje je nak pos jugak entri sebab arini besday aku weyh sukati aa kan. hahaha.

bila umur dah hampir ke angka 3 di depan ni takde la macam semangat sangat je kan menunggu birthday. cuma belum sampai level lupa lagi la sebab ye la birthday ni satu hari di mana kita akan feeling feeling apppreciated gitu kan sebab orang akan wish. rasa special je kan.

thank u for all the wishes ((: bila dah umur macam ni all the wishes macam masuk je dalam hati. orang cakap semoga murah rezeki pun rasa terharu sangat atas doa tu. maybe situasi hidup yang tengah risaukan future & sedang mencari diri sendiri kot. seolah olah ucapan tu macam orang faham my struggle rite now. terharu tahap genang genang air mata weyh. rasa tak pernah lagi camtu. over kan. entahla rasa macam terharu orang mendoakan kita.

okayla nak sambung mark paper. dah habis ni nanti lega aa sket. 

belanja satu gambar kawen Ds. ni masa malam berinai. bila dapat jumpa dedadah kesayangan ni rasa taknak bazir satu saat pun. tapi selalunya peluang nak jumpa and spend time lepak borak heart to heart terhad sangat. sampai kalau jumpa n ada chance untuk tido sesama kitorang tido sangat lambat. tido lambat pun sebab kena tido sebab esoknya rushing ada event or da rushing nak balik. dah la memang kalau jumpa pun sekarang sebab ada event je. tapi yang agak manis rushing2 ni kita akan rasa time tu macam ada kat dunia lain. kite kite je. memang sayang sangat dengan diorang ni. bukan kawan yang sanggup menangis bersama waktu jatuh je diorang ni, kekadang tu when something sad happened to me aku tak sempat nak nangis lagi diorang dah nangis dulu. or maybe aku yang hati keras tak pandai nangis la. haha. semoga kita dijumpakan lagi di syurga. masatu mesti dah takde had masa kan nak jumpa and lepak. indahnya :)

nanti dah free sikit aku share lagi gambar.hehe.

happy birthday aisyah nadiah. ingat, jangan excited sangat sebab ure one day closer to death. kena sentiasa berazam and cuba untuk jadi better. kena cuba atasi kelemahan diri sendiri. jangan manjakan diri sendiri lagi dah. sikit sikit penat sikit sikit steres sikit sikit tak larat. awak bukan budak budak lagi. ure an adult, kena decide and fikir pasal future sendiri. ummi dah ganti tanggungjawab abah, so awak kena cuba jadi sehebat ummi.

& selamat ulangtahun ke 26 menjadi ibu dan ayah, puan latifah & incek hasdi.thank you for raising me up (:

toodles

Khamis, 21 Ogos 2014

time oh time ;

ffuuuhhhhhhhh *tiup habuk*

salam'alaykum,

selamat hari rayaaa (kalau ada yang baca). titiba macam awkward aa pulak kan macam tak biasa je feeling feeling cakap sorang dalam belog hahahah.

lama tak online kat lappy sebab adapter dah rusak dan takde internet connection kat rumah. mujur sekarang zaman smartphone kalau tak memang fb twitter apa segala tu pun tak bukak dah. online dengan broadband ummi. adapter dah ada sebab ada pkck tu baik hati bagi. hee.

sebenarnya verangan nak update blog lepas siapkan keje sikit tadi. alih alih dah pukul 2. macam malas aa pulak tapi macam semangat nak citer soo kita tengok post kalini panjang mana. heheh.

aku sekarang masih jadi penanam anggur merangkap pengasuh kepada sikenik yang dah tak kenik sekarang. ummi weekend jer balik. jadi hasil beberapa bulan kat rumah ni adelah tetap malas macam biasa. ok masak je la iols boleh feeling feeling ada improvement. tapi belum layak jadi menantu. EH.

apa lagi eh nak citer. ingat nak uplod gambar tapi suma dalam fon belum transfer so stret kepada benda yang tengah dok semangat nak citer ni lah ye. malam ni (kames) nak turun KL sebab nak gi melaka. sebab?

DS nak kawennnnnn weeee :))

*ok tak seronok kena taip taip emoticon ni. biasa ah da biasa kat wasep wechat suma tu main klik klik jeh. hahah

DS nak kawen dah. sebenarnya dia salah sorang dalam 3 teratas happydrugs yang dijangka kawen dulu jadi tepat lah jangkaan itu sebenarnye. ona then ain then ds. keempat dan seterusnya, misteriii. still dalam tanda tanya. takde tanda tanda lagi whose next. gituhh. tapi aku harap kakakechik dulu. kahkah :P taksabar weyh sebab kami sekarang dapat jumpa pun bila ada event event camni je la. yang salu jumpa kak kecik & boon je. tu pun dah lama tak jumpa gak since dah balik kelantan ni. rindu gila dengan sume orang.

alang alang pos ni pasal Ds kan meh nak citer apa makna di sebalik Ds. hahaha. tak tau aa kalau dah pernah cite ke kan tapi citer je la balik. aku sebenarnya dah seken sem baru rapat dengan diorang ni. first sem belum tunjuk belang. innocent je duorang dengan ain. kahkah. Ds ni nama dia sebenarnya natasha aliah. punya kiut nama ujung ujung dapat ds. diorang citer masa hari daftar diorang suma berkenalan. dulu kitorang dapat beg free ala-ala beg laptop tu. so diorang tengok Ds dengan beg tu pastu pakai spek bingkai kuning,macam direct seller. terus dapat nickname ds. memang dasarrr sangat kan kawan kawan. haha. nasib ko la ds. nasib tak jumpe dorang ni masa 1st day. kalo tak entah apa nickname aku dapat kang. ucop tunang ds lak kitorang panggil koi sebab dia orang pahang. itupun nickname dorang gedik2 duorang je. macam biasa aa kawan kawan pesen suke nyemak. 

nanti minggu depan kita up entri gambar Ds kawen eh. gambar dil ngan sara n fad kawen pun belum share lagi. takpe, nanti rajin. tapi tak tau ah kalo next entri titiba taun depan plak kan. hahah. ni konon nak start rajin updet blog la ni nak hilangkan boring. ade orang baca ke tak belakang kira.

jom mengenang masa lalu dengan mencarik gambar dengan ds. rindu betol gua dengan dadahgumbira2 nih.


last jumpa disember taun lepas. nak dekat setaun dah weyh. Ds yang 2nd last from left.ujung kiri tu ucop tunang dia. jumpa kat kpm jugak depa ni




ok sebenarnya nak tepek gambar lagi. tekejut pulak tengok jam (kaver line padahal malas) haha. nanti la sambung keyh

toodles~

Rabu, 4 Jun 2014

i smiled.

even tho i'm not really in the mood even to smile or laugh.

because of you.

thank you

(:

Ahad, 11 Mei 2014

haiiiiiii,

sedih betol takde internet. macam macam tak dapat nak update esepcially my dailysupplement. lama dah weyh tak layan korea korea nih. orang lain sebab busy kerja. aku sebab takde internet. time time camni la rasa macam nak jerit kuat kuat, i misssss uia huuuu.

dah balik kelantan for good (boleh dikatakan for good la buat masa sekarang). haritu kerja bagai nak rak ingat nak balik lepak sajork jaga budak dan kucing tapi akhirnya diriku menjadi cinderella. haihh. i need a job. tapi nak mencari kerja buat masa sekarang ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak (betol ke x peribahasa ni taktau). tapi tak boleh duduk sesaja. den boleh gila. duit pun makin takde wuwuwu.

next weekend i'll be back in gombak. sebab DIL NAK KAWENNNNN yeayyy. excited tau rakan sepermainan lepas spm nak kawen. dulu asal jumpa sembang pasal jodoh. ingat lagi we always came up with a conclusion that takyah gelabah gelabah, rileks je. jodoh ni time tak tunggu la dia muncul. lagi satu kitorang suka that saying yang orang cakap jodoh tu sebenarnya orang-orang yang dekat je dengan kita. masetu mesti sebut-sebut orang yang kitorang kenal pastu gelak sebab rasa macam tak mungkinnn & taknakkk. haha tapi tup tup jodoh dia besfren time matrik. masa dorang rapat time diorang matrik dulu sempat la lepak sekali sesama. lepastu diorang tak rapat da & xcontact da. tak sangka akhirnya bersilang juga laluan jodoh diorang. i'm happy for her :)

ok apa lagi nak cite. tu je la kot. nanti next time kite kasik up entri bergambo pulak. hihi. banyak benda nak cite tapi takde gambar tak best plak kan.

buhbyee

Selasa, 18 Mac 2014


datang dah balik kegilaan online window shopping hahaha. padahal duit masih tergantung entah bila nak masuk. 

dah bertahun dok follow Royal Shop Instax Mini nih. sampai tahap tengok sebelah mata je depa punya offers. dari gilakan kamera instax sampai dah habis musim masih takde bajet. kasihann.

but this time imma grab this one above. the cheapest package they have. ada lagi kamera yang lagi best tapi ni je yang den mampu dulu.

Instax Mini 8 biru you wait ah.