Isnin, 15 September 2014

insert tajuk lagu putus cinta here ;

bismillah..

hmm.. macam mana ye nak bagi comfort dekat yang sedang berduka lara sedih kecewa. kalau nak cakap pun mampu cakap benda sama je. time will heal.. this is temporary only.. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.. one day kau akan rasa tak worth it bersedih berduka untuk orang tu..

tapi kalau ulang banyak banyak kali takut yang sedang berduka tu annoyed. cakap senang la, cuba kena kat batang hidung sendiri?

huhu.

taktau la. pernah la rasa fasa frust tu tapi maybe sebab hati belum tanam perasaan dalam dalam so sekejap je. or maybe aku ni ego sikit bab bab perasaan ni. frust menonggeng tapi tak mengaku. or maybe aku memang tak pernah la kot rasa perasaan macam tu.

sebab sepanjang hidup ni paling sedih pernah rasa adalah bila abah pergi. belum ada perasaan yang mengatasi heartbroken yang itu.

kalau bab bab cinta hati dan perasaan ni tak tau la. macam mana sakitnya orang bagi harapan tapi lepastu dia pergi macam tu je. maybe la pernah rasa. atau rasa yang hampir kepada rasa itu (haha merepek apa niee) memang la sedih, frust. tapi sebab anggap salah sendiri, tak sesakit mana la. anggap takde jodoh. lagi satu tak pernah in a relationship yang macam ni sampai level bergaduh2 terasa2 mengungkit2. kira macam berakhir macam angin bertiup je. so mungkin bila ianya tak kemana, less hurtful kot. haha. aku ni introvert, walaupun berkawan & have good feelings about each other, aku takkan confess dulu. takkan. satu sebab aku perempuan. perempuan senang je nak fall in love. tetapi lelaki walaupun dia nampak macam caring tak semestinya dia rasa benda sama. perempuan takpayah tunggu confession pun sebenarnya boleh tau perasaan dia kan. & bagi aku, guys if diorang tak confess, meaning tak ready la untuk anything serious. so buat apa nak tau sangat siapa kita dalam hati dia. siapa dia dalam hati kita tu pepandai la handle. 

ok maybe aku ada sedikit feminist kot. banyak skeptical sikit bab relationship. ramai jugak kawan2 yang cakap i need to open up a bit. tapi aku rasa takpe kut. one fine day mesti akan ada orang yang faham aku macam ni & terima aku for who i am. bukan la memilih atau berhati hati sangat pun. sebab bagi aku when the time comes, datanglah ia yang dikatakan jodoh tu. rileks je.

so persoalannya sekarang macam mana nak bagi comfort ni? hmm..

maybe yang seelok eloknya mengadu la kat Allah.. Allah akan tolong sebab Dia ada dengan kita setiap masa. He knows what we went thru n what are we going through. macam mana sakitnya takde siapa yang faham, Dia tahu macam mana rasanya. insyaAllah slowly sakit tu akan kurang dan hilang. i read Yasmin Mogahed's Reclaim Your Heart topik Attachment. adala baca sikit. dia cakap relationship ni menyakitkan bila kita directkan semua harapan & pergantungan dekat cinta tu. sebab tu la sebaik baik tempat bersandar adalah Allah kan. yelah maybe cakap senang. aku tak rasa kan. tapi papehal pun kena try untuk move on sebab takde sape lagi yang akan tolong kita kecuali diri sendiri :(

lagi satu, jangan salahkan yang mengecewakan kita tu. sebab mungkin dia tak tau pun dia dah bagi kita harapan. and stop self pitying. move on je caranya. benda yang paling sakit of course lah kenangan kan. try untuk jangan ingat. buat buat lupa pun boleh. sebab bila kita ingat, kita je yang sakit. orang tu belum tentu lagi rasa benda sama.

time will heal my friend. nangis dan sedih la dulu, but don't take too much time. you have a life to live, move on tau :) *hugs*

ps: im sorry for not being that helpful. but i know this shall pass. senyum ok. love you strong lady! :)

pps: i dont know how i managed to bebel about this topic sebab dalam kepala penuh dengan huruf PT3 weyhhh *insert emoticon nampak sesuatu yang horror*

(:


Tiada ulasan: