Isnin, 21 Mac 2016

week 13th of 2016 ;

salam'alaykum,

dah habis pun cuti sekolah. dann seperti yang dijangkakan no cuti for me. depa bagi kursus 5 hari teruih. sabar je la. tapi redha je la. ilmu. walaupun dalam hati memberontak. benda sama je tajuk dia. tapi kire okayla kursus kat kb je. kalau tak nama aku dah hampir naik jugak untuk kursus Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). sekolah aku ni ada satu je unit beruniform,which is TKRS. dan diwajibkan untuk semua tenaga pengajar tahu everything about krs ni. sapa yang terlepas kursus jangan ingat terselamat forever. tahun depan ada lagi. aku akui memang bagus krs ni. salah satu unit beruniform yang ajar islamic values. aku pernah gi kursus asas dia. dalam silibus memang banyak aspek tarbiyah. tapi kurus kenaikan pangkat ni cabaran diaa.. haa tetau je lah kan.

sapa yang aktif unit beruniform time sekulah dulu ampa tau la macam mana. & prolly ampa serunuk la. aku tak minat sangat benda-benda survivor ni. nak masuk hutan, nak berkawad nak ikat ikat tali nak pasang-pasang khemah pastu belajar seni pertahanan diri pulak. adoi malasnya. bab tak mandi tu aku leh je tahan (haha) tapi nak cram otak dengan macam macam benda cam adoii. sebenarnya aku pun taktau minat ke tak tapi malaih laa kan dah umur macam ni. tapi apakan daya. nak jadi guru yang berdaya ketahanan tinggi kan. padahal masa sekolah dulu memang krs pun. tapi bila ada perjumpaan je lari. rela menyorok dalam longkang. dulu dok asrama takleh nak ponteng. solusi dia ikut kekawan terer ponteng. haa rasakan pasni krs tu membelenggu hidup aku pulak kann. gelakkan diri sendiri. tapi masa sekolah menengah je aku segalanya malas. masa sekolah rendah anak jantan sikit. semua nak masuk. 


12.03.16. lagi seorang dadah kesayangan kawenn wuhuu. tarikh nak dekat-dekat ngan ona lak kan. congrats tooneyyyy. tema dia ala-ala raja-raja di zaman silam gitu. abeh suma family dia pakai tanjak. tempat kenduri pun ala-ala istana zaman silam. cewah. merasalah berjalan di terengganu tempat pernah bermastautin. ummi nak round sume tempat termasuk rumah lama, sekolah lama dia, sekolah lama imah alip. boleh pulak lupe round ofis lama abah. di situ jugalah tempat prektikal zaman dip aku. and tooney ni pun one of my kenangan kat trengganu. sebab aku takdak kawan sangat kat sana. so balik cuti sem lepak dengan dia je la. mak ayah dia pun aku panggil mama ayah. mak ayah aku pun dia panggil ummi abah. kekadang dia mai lepak umah aku kalau time kena pulun buat esaimen di kala cuti. dia ni walaupun kekadang annoying dan gedik (gedik di mata kami je haha) tapi bila citer prob kat dia memang best. sungguh la matang dia punya nasihat tu. zaman duk trengganu dulu zaman aku sakit jiwa, makcik ni je la dok layan. tapi dia pun boleh tahan sakit jiwa jugak sebenarnya. haha. kekadang lepak ngan dia & kamak sambil bergosip bercerita. yang best trengganu ni, walaupun tak banyak tempat leh lepak tapi depa ada pantai. the best of all. hehe. 

ha pastu husband tooney ni aku dah dikenalkan dari zaman dia nak mengorat lagi. belum kapel lagi la masatu. tahun 2009 kot. kitorang turun kl sesama, aku nak balik gombak kot tak silap. pastu teman laa si tun ni jumpe amad. sekali dengan intan. boleh pulak amad gi ajak main boling. silap besar di situ. memang takkan la tun dengan intan nak main. terpaksa la aku jadi mangsa padahal aku bukan pandai main boling pun. cey masatu aku eksyen dapat kalahkan dia. padahal dia tu sekarang player futsal kebangsaan. tah tah dia buat buat kalah je kan masetu.

selamat berbahagia tooney. sila bagi baby yang comel banyak banyak k :)


Descendants of the Sun. Song Hye Kyo & Song Joong Ki
ini lah motif utamakuu menonton. haha
sebenarnya dah terbaca pasal cite ni nak keluar dah lama dah. dari tahun lepas. sebab tak silap ni first kbs drama yang shoot dulu baru tayang. biasa kalau kdrama ni, citer tu diorang shoot dan tayang dalam tempoh masa yang dekat. kiranya bila drama tengah tayang masih lagi shooting. so Descendants of the Sun ni sebab dah shoot awal dah banyak early promos la. & aku dah tau awal tak lain tak bukan sebab aku stalker sejati si oneww.. kahkah. motfi utama nak tengok dia je tapi macam biasa ah tersangkut dengan jalan cerita.

dan disebabkan writer dia adalah screenwriter untuk drama secret garden dan guja the heirs. boleh nampak la kat scene scene suwit muwit tu lebih kurang je. stail romantik tapi klaka tapi tak keanakan sangat la. walopon aku dah donlod suma episod yang tengah tayang sekarang, aku masih belum bisa nonton wuuu. bapak aa sedih kan. jaman belaja tu pas donlod terus tengok kott. ni pas donlod, donlod lagi dan lagi. nak tengok tah bila. sedih betul.

tapi papepun tengok la. best. aku tak reti nak bagi sinopsis. kisah percintaan doktor dan askar. gituu.

papepun, impian nak tengok onew berlakon dah jadi kenyataan. not bad la for first timer. watak dia pun macam dia yang sebenar jugak. 

alamak dah lewat den dah kena tidooo~ keje bertimbun tah bila nak siapkan. sebok cakap pasal nak abehkan tengok drama kan. pang karang.

toodles!

1 ulasan:

Aini Shah berkata...

Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)