Jumaat, 30 Oktober 2015

incek laminator ;

salam'alaykum,

dah lama sebenarnya nak cerita pasal laminator ni asyik bertangguh je. harini ada kerajinan sikit. selalunya hari jumaat time-time ni jarang ada depan lappy. ada kat alam mimpi jer. haha.

kan haritu aku ade membebel pasal nak beli laminator. dah siap gugel2 kat mana boleh beli. paling murah jumpa dam RM150 lebih kurang yang jenis for personal use. ok la tu kot harga dia. tapi sebab macam tak urgent sangat so fikir takpe la kumpul duit dulu sambil survey-survey kat physical shop, kat kedai buku or memana kot ada kan. tak pernah terfikir pun nak beli laminator so i had no idea whether dia ada dijual di kedai buku atau kedai macam mana. haha. yang pasti laminating films ada dijual di kedai buku.

dann lepas aku dok try-try buat abm (alat bantu mengajar) guna sterika macam not bad je hasilnya, terus lupe dah niat itu. dah beli awal-awal laminating films, tak tahan godaan. haha. takpe la nanti next year ke bibila la baru beli laminator tu. nak save duit kekonon. and then one day lepas hantar imah naik bas kat area tesco kb, jalan la dengan umi depan deretan kedai pastu nampak Pustaka Sri Dunia punya promo kat depan kedai. Laminator RM99 jee. pehh ok dah tergoda. pastu cakap kat ummi jom tengok. tengok tu namanya terus beli la kann.

balik balik terus try. orang tu cakap ni for personal use je. so takleh guna lelama la kena biar dia rehat kejap-kejap. 


cecepat cari sijil untuk laminate. last-last korbankan sijil abah yang dah kompem takkan guna da. hehe

cunn sangat hasil dia. puas hati.
 
tadaaa. warna kuning dan design yang ala-ala comel gitu. nak guna pun sonang. tekan on, tunggu lampu hijau menyala dan masukkan bahan yang nak dilaminate kat ruang di bawah itu. tunggu hasilnya keluar. 1 year warranty.

esoknya pi sekolah citer kat za. muallimah za ni memang hobi dia buat abm. haha. orang orang kreatif dan rajin ni biasa la kann banyakk idea. aku kategori ada idea je. tak kreatif mahupun rajin. kahh. teruss dia mintak tolong kalau pergi kb. kami orang-orang jauh dari kb ni jarang-jarang je gi kb tapi mak aku ni jenis wikend tak boleh duk rumah. boring katanya. so bila bagitau za mintak tolong beli terus dia cakap jom, lagipun nak gi ariani ni ada cikgu pesan tudun. dan dannn je lah mak aku tu kan.

so pada yang ada area kb & mencari laminator saiz A4 bolehlah ke Pustaka Seri Dunia. aku taktau la kot kedai lain ada jugak sebab rasa macam tak jumpa kat SMO or Pustaka Seri Intan (antara bookshop femes kelate). taktau la harga RM99 tu offer or memang harga dia camtu. pegi lah check ye while stock lasts. kiki.

ok habis dah cerita laminator.

harini hujan dari pagi woi. renyai renyai gitu. reminds me of disember 2014. suasana dia, sejuk dia. jauh di sudut hati risau je jadi macam aritu. nauzubillah semoga musim tengkujuh tahun ni dijauhkan dari dugaan macam tahun lepas. ameen.

dan bila hujan-hujan ni mood aku hari-hari pun ZzZz je la. aku memang sejenis manusia yang suka hujan. tapi nak kata suka bekerja time hujan tu tak la kot. haha. tapi papepon kena paksa diri setelkan kerja-kerja yang tak tersetel sebelum cuti sekolah yang bakal bermula beberapa minggu je lagi nih. skarang ni memang lega sikit sebab dah setel bab buat soalan. tapi lepas exam ni ada 2 minggu je untuk menanda, proses result & report card apa suma. plan nak speed up students yang still lemah tulisbaca. nampaknya macam kena buat extra class la cuti ni. huhu.

ok nak sambung buat kerja. nanti aku bebel lagi.

thanks for reading!

-lttlgjh-

Tiada ulasan: