Ahad, 25 Oktober 2015

hujung minggu ;



salam'alaykum,

tengah menzombikan diri menyiapkan soalan akhir tahun yang due date nya esok (ahad). harini lah tu senang cakap.

tapi weekend baru ni ikut ummi pergi family day sekolah dia kat demong beach resort, besut. selambaa je kan siap tak bawak laptop lansung! padahal paper satu pun tak siap lagi. but it was a right choice sebab dah nama pun nak berseronok buat apa fikir kerja. dah balik baru la meroyanz kann.

yang best family day sekolah ummi ni banyak acara bebas, sukati lah nak buat apa. ada jugak la aktiviti sama-sama macam dinner and potluck tepi pantai. bebudak memang mengadap pool dari mula sampai hingga lah nak balik dah. 

aku eksaited sebab nak jumpa pantai je. wuhuu. the best therapy :) dulu tinggal kat ganu rumah dekat kuala ibai, dekat dengan pantai. bila bila nak pi pantai pun boleh. sekarang walaupun still pantai timur, tapi jauh dengan pantai especially yang cecantik. memang acara spesel la dapat pergi pantai. trengganu banyak pantai yang tak dikomersialkan and cantek. best untuk lepak tenangkan fikiran sebab orang tak ramai. untung orang ganu. stres-stres buleh lari pi pantai je. hehe. dan pagi tadi after breakfast ummi duk beborak dengan kekawan dia kat tepi pool, alip mandi pool. lalu kulari kepantai, kemudian teriakku. eh, salah (sorry titiba teringat puisi Ada Apa Dengan Cinta plak. haha). ada jugak la family kat pantai dok mandi manda tapi lagi ramai yang pergi pool la. ish kalo aku antara mandi kolam ngan pantai, lagi suke mandi pantai. entah kenapa. sebab boleh duduk dendiam tengok laut dan langit sambil2 main pasir layan angin. k nampak sangat alasan orang tatau berenang. haha. anyhow, menghilangkan stres di tepi pantai sambil baca buku motivasi lah konon, done! time to get back to work. walaupun sayangnya keadaan jerebu menyebabkan tak nampak apa sangat kat depan, thank you Allah for the opportunity. dapat lihat ciptaan Allah sambil berfikir akan kebesaran Dia, tenang je hati pastu. 

pastu balik bilik pasang aircond, tutup langsir lampu apa suma, tido! memang aku tak fikir satu apa pun pasal exam paper. baguih punya cekgu. tapi lepas dah selubung dalam selimut tu titiba lahh segala mak nenek citer hantu dalam hotel menerpa fikiran. hampeh betul. tapi masatu tak peduli apa dah. i need my beauty sleep. haha.

dann celik celik mata dah nak balik. baru aku sedar besut dengan kok lanas dekat je sebenaqnya (1 hour drive more or less). sampai bandar pasir puteh, ummi nak pegi kedai kain zaleha lah pulakk. kedai kain yang agak femes di kelate dengan tetudung dan kain kain untuk buat tudung. pastu cer teka apa kami jumpa kat bandar pasir puteh? MR D.I.Y!! haha. kelantan ni memang orang dia hobi shopping agaknya, sekejap ja MR DIY bukak branch merata. this is the third branch kot within few months. family kami memang fanclub kedai camni. pegi la mana pun jumpe mr diy ke kedai 2 hengget ke mesti mau masuk. kekadang tak beli sangat pun. 


retail therapy done! maka pulanglah kami. dah elok tido puas puas simpan tenaga untuk buat paper kononnya, 2 jam pulak berjalan kat pasir puteh. saba je lah kan.


antara hasil tangkapan. window shopping konon. kotak ubat paling takleh blah kan. saje nak motivate kasi rajin makan vitamin. hahaha


ok dah dah. minggu ni after setel exam paper, meroyanz buat bajet untuk 2016 pulak. sabtu meeting bajet. takpe takpe bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian (sambil dalam kepala fikirkan cuti sekulah yang semakin hampir. muahaha. ko memang sanad. takde keje lain selain fikir nak cuti)

Tiada ulasan: