Selasa, 15 September 2015

sijambu aka bidin ;

salam'alaykum,

1.00am. now tengah segar sebab dari kul 8 dah pengsan pastu bangun kul 11 lebih. tapi mood nak buat kerja tu tetap sama je la. level tak berapa nak rajin jugak. haha.

malam ni nak usha puas-puas group2 page2 dan belog2 cekgucekgi untuk bahan mengajar. one thing about teaching primary school, memang tak boleh nak chalk and talk je. yela masa kita sekolah menengah pun boring kalo cekgu ajaq based on buku je semata kan. bayangkan la kekanak yang sudah pasti mempunyai short attention span. kena banyak aktiviti. tapi masalahnya, aku ni tak kreatif. but that shouldn't be a problem sebab sekarang ni gugel sajork dan akan terpampang bermacam macam blog & website untuk bahan mengajar. group2 & pages kat fb pun banyak. memang best untuk dijadikan panduan dan sangat-sangat membantu. tapi papepun perlu disusuli dengan kerajinan la. yang tu payah sikit nak dapat. haha. tapi demi kekanak ribena tersayang, kena gagahkan juga. amanah tu woi.

haa aku belum cerita lagi kan. aku dah start drive secara official wuhuu. dah sebulan da. hehe. sebenarnya macam takde apa sangat la kan setakat drive, orang lain pun buat kan. but its one of life achievement for me. Allah knows betapa desperatenya aku nak jadi seorang yang memandu. sampai mimpi-mimpi tekan pedal minyak tu. tapi bila bayangkan diri sendiri nak masuk jalan besar terus rasa tak yakin. 

aku start drive pergi sekolah. ada satu kali sabtu tu, kena pi sekolah. aku dah ready cam biasa tunggu ummi. dah malas nak cakap nak drive sebab umi tak berapa nak pecayakan aku. so malas nak request dan sentap. titiba haritu ummi bagi kunci kete & cakap "nah, cakap nak drive kan". wah cam tak caya. maka aku pun ke sekulah dengan perasaan gembira namun berhati-hati. jalan kat sini kalau weekend pagi biasa lengang je. lepas hari tu, ummi pun dah pecaya la untuk lepaskan aku drive sendiri. 

memula drive haritu aku dok berzikir dari keluar rumah sampai la ke sekolah. haa mampu? paling beriman la kan titiba. kalau ada driver lain bikin nervous pun tak dapat nak marah ke maki ke sebab mulut tengah berzikir. keluar rumah pun kemain awal kul 6.30am. sebab perjalanan aku ke sekolah dalam 20km++ dan perlu menempuh 4-5 buah sekolah. kalau lambat sikit akan jammed satu hal. akan banyak motor kekanak sekolah bawak oh sangat nervous saya memikirkannya. tapi aku pun taktau sejak bila, titiba makin lambat dan lambat. sekarang ni 6.50am baru kuar. dah feeling mampu nak tempuh jem la konon. 

dah merasa pergi ambik imah kat stesen bas kat kb & even pergi program hari kanak-kanak kat pengkalan chepa sendiri. bangga sesorang rasa sebab tak perlu nak susahkan siapa2. kena balik sekolah lambat pun tak susahkan ummi tunggu & ambik dah. nanti dah boleh ambik mek & tok ayah pulak kat gua musang. 

tapi macam biasa lah baru-baru drive ni. not everyday akan dapat smooth journey kan. aku ada jugak la buat few mistakes. tapi bila tau silap terus beringat dah. paling bodoh punya kesilapan & aku rasa sangat bersalah kat semua orang yang pernah berselisih dengan aku dan sijambu ialah aku rupanya memasang lampu tinggi selama hampir seminggu. haha. aduii *tepuk dahi* honestly, disebabkan aku tak drive, a dont really pay attention to apa-apa yang berkaitan kete ni. aku tau signal & few basic stuff je. tak tau sangat bab lampu. high beam tu camana, lampu tinggi camana. hari first drive aku dah keluar baru nak tepon orang tanya kalau lampu biasa kena pulas bape kali. punyala aku risau terpasang lampu tinggi kan. tak lama pastu aku gi keje macam biasa pulas stick sebanyak 2 kali, tapi aku perasan ada sign yang macam lampu tu kuar. tapi aku tak paham maksud dia apa. aku rasa macam tak pernah nampak sebelum tapi sebab aku tak ingat sangat so tak tanya pun la ummi. buat bodoh dan drive macam biasa. tapi aku perasan bila kete selisih dengan aku ada yang buat high beam. aku dah pelik jugak, alamak ada buat salah ke. tapi buat bodoh sebab tak nampak apa yang tak kena. sampai la weekend tu rasa nak tanya ummi, macam mana nak pasang lampu tinggi. baru la aku tau stick tu dah tertolak ke dalam (lampu tinggi). ya Allah rasa bersalah gilaaa. but lesson learnt. so pasni dah tau dah bab lampu. kalau tak buat salah tu tak tau la kan. cuma kesian la orang yang terpaksa susah demi untuk aku belajar tu. haha. maafkan saya drivers jalan kuala krai.

satu lagi dilema pemandu newbie ni adalah bila nak bawak slow di jalan double lane. sepanjang jalan ke sekolah ada beberapa kali la jumpa jalan double lane. tapi masalah kalau jenis yang ikut kiri jika tidak memotong tu kan dia kejap je. then ko kena masuk kanan balik. nak masuk balik time kete banyak tu hazabb. nak dok kanan takut orang marah. memula dulu tekan je minyak bagi laju. tapi jangan lah buat kerja camni hoi kalau baru-baru lagi drive. skang ni nak slow aku masuk je kiri, hazab pun hazab la. akan ada timing dia boleh masuk kanan balik kan. tapi ada 1 masalah lain pulak. jalan aku ke sekolah tu kekadang fefeeling cam higway. tapi yang belah kiri dekat gila ngan kaki lima & rosak. kalo bawak atas sikit pada 40 macam adeh sedehh macam menunggang kuda jahanam kete. bila aku perati2 baru perasan orang kat sini bawak je kat lane kanan. lane kiri digunakan untuk memotong. so kalau kete depan tak laju sangat tak guilty sangat la dok lane kanan. mihihi.

setakat ni dah beberapa kali tumpangkan orang jugak. bestnya perasaan tu. sebab dah biasa jadi orang yang menumpang kita faham la persaan bila orang takde transport tu. haritu dah dekat nak sampai rumah, hujan. pastu nampak jiran (nenek) jalan slow2 dalam hujan. sian gila. terus stop ajak dia naik. hari tu tengah steres dengan kerja terus hilang steres dapat tumpangkan nenek tu & borak borak ngan dia. dia dok ulang "nasib baik la jumpa mek, klu tak jalan dlm ujan lah mok" sedih ok dengar.

tu je la kot pengalaman aku selama sebulan ni. hope dapat sentiasa memandu dalam keadaan selamat & sentiasa beringat untuk tak cuai & sentiasa ingat saat-saat aku hanya mampu drive dalam mimpi dulu. thank you Allah sebab bantu saya mengatasi kelemahan :)

sian jambu tepaksa bepanas. haa strategik tak kedudukan sekolah aku? bebetul depan carwash. aritu depa tutup selama beberapa bulan ni dah beroperasi semula. naiss takyah pk banyak2 nak cuci katne. hehe


bangga seko seko dapat park dalam garaj dengan begitu center (sila tampaq). tapi kedudukan macam ni tak berapa strategik sebab kedudukan geografi rumah aku menyebabkan masa nak kuarkan dia nanti hazab. maka aku sekarang mengamalkan reverse park. akhirnya berguna jugak ilmu parking yang belajar masa driving lesson dulu. bajet guna tiang. haha.

baca belog tini pasal pengalaman memandu dia. sangatt feeling i'm not alone haha. that feeling when you can finally do things independently kan. pasni dah boleh jadi driver ummi. sekarang dia eksyen lagi takmo naik aku bawak. tapi haritu lepas balik program she proudly said to my uncles (masatu pepakcik ramai kat rumah) pasni boleh bawak jauh la. sebab pengkalan chepa dari kok lanas adalah about 1 hour drive camtuh. terbayang pulak kalau abah ada cane. dia dah la jenis eksaited lebih kalau anak-anak achieve something new. even benda tu hanyalah sekadar berjaya bawak kete ke moto ke. abah, kakak dah drive sendiri gi keje ni. hehe :)

ohh lupa nak cite, hari sabtu baru ni (12 sept 2015) sorang lagi pakcik yang membesar bersama selamat diijab kabulkan. Alhamdulillah. macam tak caya pulak rasa. gambar lupa nak transfer nanti la eh. tak banyak pun sebab nikah je.

sebelum aku mengundurkan diri nak eksyen beday plezen sikit. hihi.

yeay dapat jamm. hehe. tima kaseh daun keladi cikmot :)) dah lama tak properly pakai jam. dulu macam eksesori wajib. harap kekawan yang suka ejek sebab taste aku kanak-kanak rasa hepi coz i finally pakai jam yang nampak dewasa. haha. kalau tak manjang cari yang tali getah. takpun digital.

gajah yang boleh jadi tabung, container, tempat letak fon dan juga paper stopper. buat masa ni dia bekerja sebagai paper stopper je dulu. dan dia dah femes di sekitar sri aman machang. kat sini memang everywhere pun kawasan laluan kekanak. maka macam melawat muzium la depa kalo lalu kat meja cekgu.

tumbler / flusk. ni ummi bagi. terharu sebab ive been eyeing on botol-botol air panas ni sebab nak bawak kopi gi sekolah. tapi tiap kali usha pastu tengok harga macam fikir tak payah la kot sebab macam membazir. banyak dah tumbler kat umah. titiba haritu umi bagi cakap nah adiah besday. the best thing about mom is diorang mesti tau kan apa yang kita nak walaupun tak cakap. dah la warna pinkkk adui terharu. tapi depan ummi biasa la tak reti nak cakap thanks suwit2. cakap kat whatsapp je haha. & bawak hari-hari gi sekolah biaq umi tau aku sangat la suke dapat bende ni

ok sampai sini saja bebelan untuk hari ini. have a nice week everyone! stay positive and happy :)

thanks for reading.

toodles!
-lttlgjh-

3 ulasan:

TheAshchronicles berkata...

Happy birthday lagi sekali syanad!
mak awak sweeeetnyeerr.. hehe.. mesti cikgu latifah jenis yang senyap2 perati je anak kan.. cute tumblr :)
mak kite kelako. pagi tadi tetibe masuk bilik ckp, 'mak beli alas kaki utk depan tandas kamu ni.. rm30 se.. bulan depan bayar naa'.. xD i didn't ask nor do i eye any alas kaki maaakkk whyyyy?

life :)

congratulations on driving as well! Mmg achievement indeed! Freedom & independence tu!

Imani Hatta berkata...

Hahaha Syanad. Sy gelak je baca entri awk nak. Rasa macam pengalaman dan rasa kita ni sama2 je. Cuma saya ni, tak official sebulan lagi bawa kereta. Paling kelakar, mula-mula bawa, nak cecah 80 pun punyalah berdebar. Ini skrg, dah 120 pun tak beragak nak laju lagi. Mentang2 bawa kat highway kan. Bila minyak dah kurang kat tangki baru nak menyesal. Sy dulu2 pun mak saya memang tak percaya langsung kot. Nak kena ada orang lain ajar dan cakap saya boleh bawa kereta, baru nak caye. Pernah gak kena hon masa nak memotong, dan sampai skrg duk fikir, saya buat salah ke, org tu tak menyabar sangat. Padahal dia jauh lagi kot. Huhu

Wah, err cik jambu, encik jambu awk pun hensem gak tu. Haha. Frasa hidup kita lebih kurang kan. Takpe, Allah dah tulis baik2 utk kita.

Apapun, saya tak wish birthday awk. Happy birthday Shanad ^^

lttlgjh; berkata...

aisyah - tq cahh. hehe comelnya mak awakk. tu lah mak kan. sentiasa fulfill apa saje keperluan kita even kita sendiri tak sedar kita perlu atau tak benda tu. betuul rasa macam titiba banyak benda boleh buat sendiri. rasa dah dewasaa sangat. hehe padahal umur dah terlebih dewasa dah.

tini - tq wish tini! hehe betul tini. masa kat atas jalan sangat takut kalau ada buat apa-apa salah. kalau orang potong, ish saya ni slow sangat ke bawak. sebenarnya diorang yang laju. hehe. fighting tini! lepasni dah boleh jadi driver parents pulak kan. hihi