Jumaat, 18 September 2015

selamat bercuti sekolah :

salam'alaykum,

yeayyyy esok start cuti sekulahh.

seminggu wuhuu.

tapi aku ada kursus from sabtu till senin. huu dah agak dah. takpe takpe jangan mengeluh. ilmu free ok. bukan senang nak dapat. hehe.

tadi time mengajar 1 Abu Bakar, membebel pasal penggunaan pensel. budak-budak ni dok guna pensel picit (or pensel tekan bahasa orang kl hehe). so aku cakap la tahun satu patutnya guna pensel kayu je. pensel picit ni untuk kakak abang tahap dua je tau sebab diorang dah pandai tulis cecantik. saje je buat cite sebab bila guna pensel picit ni pepaham je la bebudak kan, nak letak ubat dia tu pun kekadang dekat setengah jam. tu belum bab nak nulis patah la, pensel picit tu buat hal la. dah buang masa. sambil bebel aku cakap la nanti periksa upsr tak dibenarkan bawak pensel picit tau, kena guna pensel kayu 2B sahaja. tak sangka lak kelas titibe senyap dengar bebelan tu. maybe maklumat tu baru bagi dorang kot. kusyuk je memasing dengar. haha comel je. then sume dok check pensel memasing. yang mana tulis 2B tu eksaited la. yang mana guna pensel berkulit frozen dan kartun-kartun suma tanya macam mana ngan pensel diorang takde tulis pape pun. alamak, dah satu hal nak eksplen. haha. 

tapi seronok dapat convey maklumat baru kat budak-budak. syok sebenarnya cite kat kanak-kanak ni. lagi-lagi benda yang depa belum tahu dan boleh relate dengan diri memasing. cakap pasal pensel picit teringat zaman sekolah. dulu masa darjah 1, sekolah kat gombak. SK Gombak Utara. pensel picit dipanggil pensel tekan. cakap kita-kita. the next year ikut abah transfer ke kuantan. sekolah kat SK Assunta Convent. culture shock sebab titiba suma orang cakap saya-saya. pastu panggil pensel picit. bila fikir-fikir yang mana sebenarnya betul dari segi tatabahasa, pensel picit ke tekan? hehehe.

masa kat assunta dulu sekolah haramkan penggunaan pensel picit ni. tak ingat sebab apa. mungkin sama macam yang aku cakap kat atas tu kot. pastu bila dah masuk tahap 2 (darjah 4, 5 ,6) kami diwajibkan bawak buku catatan tiapkali perhimpunan. and opkos suma orang nak guna pen kan. tak lama lepas tu pen picit pulak diharamkan. haha. pen yang takde penutup tu. tekan2 je tu. sebabnya masa perhimpunan suma dok main picit picit pen, bising. dulu ingat lagi, sekolah aku memang banyak rules. diinvent dan diubahsusai mengikut kesesuaian. & thanks tu those rules, yang mana aku still ingat boleh diusulkan kat sriam. muahaha. budak sekarang dajah satu pun bawak marker pen. ko mampu? pastu mula la meja kerusi kena conteng. 'ini meja asyraf', 'ini kerusi auni'. pastu cikgu nak tukar tempat duduk dengan meja kerusi laa kena pindah tempat duduk. feningg. budak kelas aku (2 Umar) lantak hangpa la nak duk mana. yang bising & lemah je aku transfer. 

then tadi ada sorang murid ni, Hafiey nama dia. kelas 1 AB ni sume pandai-pandai. ada yang lagi laju dari tahun 2. then Hafiey ni titiba tanya masa aku dok bebel pasal pensel 2B dan UPSR tu.

"muallimah nanti masa tahun 3 betul ke kena guna ketas kaler-kaler yang a b c tu?"

aku punya lah fikir. kertas apa lah pulak budak ni. beria dia explain, ala yang ketas kena kaler-kaler jawapan tuu. then baru faham. ohhh kertas OMR. nasib aku tak lampi lama sangat kalo tak kesian dia. aku pun tak tau kalau budak dajah 3 dah guna ketas tu sebab tak ngajar sangat tahun 3 & 4 ni (sekolah aku baru ada sampai tahun 4). tapi masa exam takde nampak pun. maybe dia tengok abang dia kot yang sekolah lain. aku pun explain la kertas tu kita hitamkan dengan pensel jawapan dari soalan exam kita. rupanya budak-budak ni (especially yang parents guru or ada big sisters & brothers) diorang dah biasa tengok kertas tu but they have no idea macam mana ianya berfungsi. comel je weh bila dia cakap oo kiranya kertas tu untuk kalerkan jawapan yang kat kertas soalan la, baru tau. 

benda ni buat aku berfikir jugak sebanarnya. sebenarnya banyak yang kita kena bagitau kat anak-anak yang baru masuk alam persekolahan ni. dari hal seremehnya macam tulis hari dengan tarikh kat buku tulils sampai la yang besar-besar. sebab suma benda baru bagi diorang. nak bulat jawapan objektif pun diorang taktau lagi masa first time exam. ada yang bulat kat jawapan, ada yang bulat sampai 2-3 jawapan. kekadang terlepas pandang benda-benda camni pastu rasa macam marah bila budak salah. sebenarnya diorang taktau. sedangkan yang kita dah bagitau macam selang satu baris apa suma tu ponn dorang terlupa. tanyalah cikgu-cikgu sekolah rendah, sampai dah darjah 3 pun dok tanya pasal selang tu tiap hari okeh! pitamm. tapi biasalah tu. kena keep on bagitau dan bagitau sampai lah diorang ingat sendiri. orang kata cikgu primary school ni berat bab nak disiplin kan budak, from akhlak diorang sampai la cara menulis dalam buku. sebab nanti dah masuk sekolah menengah, cikgu nak fokus kat mengajar je, takde masa dah nak bagitau tulis hari tarikh, garis jawapan, garis tepi buku. takde masa hokeh. bab adab belajar dan akhlak pun cikgu takkan ulang dah banyak-banyak kali. sebab diorang patut faham dah la kan benda basic camtu. mana yang kurang ajaran tu biasanya susah dah nak dibentuk.

wah panjang pulak bebel. saje nak ambik semangat gi kursus. titibe kan. haha. i still have a lot to learn. aku runsing sebenarnya. kelas 1 AB takpe sebab depa pandai-pandai. those yang belum boleh mengeja sangat kat kelas 1 U aku sangat risau. diorang patut dah boleh baca by akhir tahun. kalau tak boleh jugak sapa yang fail? akuuu. huhu. tadi kak nik cakap dia terdengar aku ngaajar 1U imbuhan awalan, dia sendiri rasa macam ya Allah penatnya. memang penat sikit sebab kelas tu consist of bermacam-macam level. ada yang tak habis kenal huruf. ada yang baru 2 suku kata. ada yang dah boleh baca tapi slow. ada yang laju macam 1 AB (dah boleh bina ayat majmuk). bayangkan macam mana nak cater. dengan time kita mengajar diorang main katebang kertas. diorang belum boleh nak control diri lagi bab-bab attention tu walopon kita ulang bab adab masa belajar tu banyak kali. nak fokus yang kat tahap pemulihan ni tapi at the same time taknak abaikan yang laju ni. sebab kalau tak tengok depa nanti development depa akan slow jugak. risau gila weh. tu baru cikgu bm, aku tak tau la yang ngajar jawi & subjek diniyah camane. tak kenal huruf dah tentu la takleh baca. BI pun. maths pun. major respect to guru-guru kelas pemulihan dan cikgu-cikgu tadika. series weh takde diorang susah la nak tercapai objektif pengajaran guru-guru lain. aku memang dah lama admire dan dah lama berangan nak jadi cikgu tadika. ni Allah bagi rasa jugak, walopon di sekolah rendah. bertambah aku admire. thank youu sebab ajar depa kenal huruf dan tulis baca :)

ok nanti sambung bebel. ha, nanti aku share blog2 dan pages2 yang ada banyak info & material & ideas for teachers. bukan cikgu pun berguna tau. hangpa nanti nak jadik parents jugak kan kan kaan :P :P

nak sambung tengok wgm mihihi.

thank you for reading!
toodles

-lttlgjh-



 
jom layan short clip triplets dan sarang-chan belajar ettiquette. comel sangat.

Tiada ulasan: