Isnin, 28 September 2015

hai kekanak ribena ;

salam'alaykum,

haluu monday blues.. pagi tadi sambil gosok baju sambil rasa tak caya dah habis ke cuti. rasa macam baru je gi kursus haritu. arghh tak cayaa. tapi masa mandi tu aku pun mula la try untuk terima kenyataan. positif positif.

but surprisingly hari ni berjaya mengharungi suma kelas tanpa stres dan tak jadi singa lansung. either kekanak ribena behave (dorang pun monday blues agaknya) ataupun aku yang malas nak marah-marah. tapi bila kita tak jerit kat budak memang kurang sikit kepenatan sebenarnya.

mudir mintak tolong kami beberapa muallimah kawal budak time solat zohor sebab muallim-muallim semua kena keluar jap. ada la sorang kanak2 ribena 1 umar nih, dia kalau merajuk suka drama-drama sikit. lari kuar pagar bagai la, taknak masuk kelas la. kekadang gaduh ngan abang sendiri je. pastu tadi dia buat lagi. punca aku pun taktau. orang dah masuk saf nak amali solat dia duduk bergelap dalam kelas. memang mengundang kemarahan aku la. aku pulak memang pantang sikit budak2 ngengada nih. kalau boleh taknak la sikit-sikit pujuk dan baby baby kan dia. sebab dia dah biasa dibabykan di rumah. kalau kat sekolah pun camtu memang syiok la dia berdrama.

lalu aku pun bajet bajet bengis panggil dia sambil di tangan memegang rotan. biasanya dia lari. jenuh pulak kejar. nasib tadi tadi sempat pegang lengan baju. pastu bawak gi bilik guru. aku sebenarnya tak reti sangat jugak nak handle budak camni. tapi tadi nak stret marah rasa tak fair la untuk dia. kite dengar side dia dulu. memula bagitau dia tak boleh wat camni, ni perangai budak kecik umur 3-4 tahun. rashdan kan dah besar. umur 7 tahun. kena buat perangai cam orang besar. cuba bayangkan nanti muallim muallimah tak larat dah nak layan awak pastu kitorang biar je awak nak buat apa. taknak cakap ngan awak. sedih tak? ko tengok ko tengok muallimah dia pun saiko taknak kalah jugak. haha.

pastu tanya nape sebenarnya. pastu dia cite. ok dah paham. ada kes menyebabkan dia rasa tak diadilkan masa dalam kelas. biasa la bebudak kan. pastu aku pun cakap la, ha kan bagus cite je kat muallimah. ni kalau merajuk gaduh gaduh tak dapat apa pun. lari pusing sekolah muallimah takleh nak tolong da sebab muallimah tak tau cerita. rugi lagi sebab tak masuk kelas, tak solat. then suruh dia gi ambik wuduk masuk saf. Alhamdulillah dia gi je elok-elok duk dalam saf pastu.

aku pun taktau nape titibe aku cite pasal budak rashdan nih haha. pengajarannya, budak-budak ni memang macam macam peel dan pesen. yang aku perasan kalau jenis anak bongsu atau yang memang gila gila dimanjakan nih, dorang memang ada masalah sikit la kalau tak dapat apa dorang nak. cepat je nak hilang pertimbangan. kena bagi diorang sedar yang dalam dunia ni bukan semua benda akan jadi ikut kehendak kita.

kesimpulannya isnin yang biru hari ni tak penat sangat thanks to them kids yang behave je suma :)

haa siap dapat keychain lagi, fauzan  pegi songkhla. gambaq monumen ikan duyung kat sana kot. thank you fauzan! dan sedang aku syok2 jeleskan bebudak lain dalam kelas titiba fauzan keluarkan selambak keychain. ada minions, hello kitty dan segala mak nenek cartoon characters yang comel. waaa aku pulak yang jeles. tapi takkan nak cakap kita nak yang kartun kan. haha maka sambil menyimpan jeles dalam hati aku layan je la sorang-sorang suruh aku bubuhkan keychain tu kat pencil case. siap ada yang tengah pilih-pilih suruh aku pilihkan lagi untuk dia. pehh mencabar keimanan. haha.

ok la dah nantuk. entri sebenarnya aku tulis kat sekolah dan sambung kat umah. nanti bebel lagi.

byeee


Sabtu, 26 September 2015

babai cuti ;

salam'alaykum,

dan berakhirlah cuti sekulah. aahh kejapnya. rasa macam baru je habis kursus pastu balik gua musang. tapi ni diorang semua dah bali g.musang semula dah esok kenduri belah kami tapi takdapat ikut. wuu

dan yang menambahkan sedih achik adaa kat sana. tapi tak dapat jumpa. pastu rupanya abang dengan alif hantar mek & tok ayah balik sana harini. disebabkan semalam awal lagi dah tersadai sebab kak gugut aku tatau cite lansung. bangun-bangun pagi ni umah dah sunyi. ummi & imah memang tak ikut. terkilannya rasa. frust sangat. if only aku bangun awal sikit, sempat la cakap nak ikut. hmm. ikut hati frust punya pasal nak berkurung je dalam bilik dua hari. tapi macam tak redha pulak kan. takpe la nak buat camana takde rezeki.

so yesterday majlis belah perempuan. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. tapi nanti aku cite. gambaq tak transfer lagi.

congrats cikdi! gambar kutip dari instagram je dulu.


Ahad, 20 September 2015

random 200915 ;

esok lagi sehari wuhuu.

Alhamdulillah banyak ilmu dapat. belajar tasawwur islam belajar tajwid belajar jenis-jenis soalan exam.

baru tau soalan objektif tu bukan yang multiple choice (A B C D) tu je okeh. yang ada garis pastu pilihan jawapan atau suaikan tu pun objektif. sebab jawapan dia yang tu je takde pilihan lain dah. 

baru ku tauu.

and opkos aku belajaq tajwid sambil tenganga dan nebes bedegup kencang jantung. tak lain tak bukan nebes sebab takut ustaz tanya. aku memang taktau la ada masalah nak mengingat nama hukum2 tajwid. taktao nape. ingat dulu kat uia ambik tilawah level 2. exam dia mengadap ustaz/ustazah dan dia akan tanya and suruh baca. stadi bagai nak rak the night before. bila kena soal esok sume takleh jawab weh. sampai ustaz tu cakap, "pelik kamu nih, mengaji ok je tapi suruh bagitau hukum tajwid takleh pulak". wuuu sedih..

tu yang rasa bertuah sangat Allah pilih untuk belajar ni. selalu fikir bila nak start belajar tajwid ni. nak tunggu aku bebetul pergi kelas sendiri taktao bila la. bila wajib macam ni opkos la pergi kan. Alhamdulillah thank you Allah. diajar oleh pengetua akademi tahfiz pulak tu. kagum gila dia selak camtu je ayat dia nak tunjuk. and cerita pasal kisah quran macam story telling dari buku cerita. padahal quran. aku terpegun kejap dengar pastu bila dia nak kembali kat lesson tajwid macam alaaa nak dengar lagi. hehehe.

ok aku lapar.

and i have this nagging headache yang buat aku terfikir ni sakit kepala ke sakit gigi sebenarnya?? T_T

aku tak pernah sakit gigi dan jarang gila pening kepala. so bila datang yang pelik pelik ni mula aa risau.

ke sebenarnya aku ada darah tinggi tapi aku taktao sebab tak pernah check?

oh noo *muka nampak sesuatu yang horror*

raya haji dah dekat ni. plis la jangan. *dramanya lempang nak*

kedengaran bunyi mesej wechat. momot kah itu. hee :)

ok bye nak makan pastu tidoq esok nak kena bangun awal.

oh ya, sijambu sudah diservis. tq ummi! 

toodles!




Jumaat, 18 September 2015

selamat bercuti sekolah :

salam'alaykum,

yeayyyy esok start cuti sekulahh.

seminggu wuhuu.

tapi aku ada kursus from sabtu till senin. huu dah agak dah. takpe takpe jangan mengeluh. ilmu free ok. bukan senang nak dapat. hehe.

tadi time mengajar 1 Abu Bakar, membebel pasal penggunaan pensel. budak-budak ni dok guna pensel picit (or pensel tekan bahasa orang kl hehe). so aku cakap la tahun satu patutnya guna pensel kayu je. pensel picit ni untuk kakak abang tahap dua je tau sebab diorang dah pandai tulis cecantik. saje je buat cite sebab bila guna pensel picit ni pepaham je la bebudak kan, nak letak ubat dia tu pun kekadang dekat setengah jam. tu belum bab nak nulis patah la, pensel picit tu buat hal la. dah buang masa. sambil bebel aku cakap la nanti periksa upsr tak dibenarkan bawak pensel picit tau, kena guna pensel kayu 2B sahaja. tak sangka lak kelas titibe senyap dengar bebelan tu. maybe maklumat tu baru bagi dorang kot. kusyuk je memasing dengar. haha comel je. then sume dok check pensel memasing. yang mana tulis 2B tu eksaited la. yang mana guna pensel berkulit frozen dan kartun-kartun suma tanya macam mana ngan pensel diorang takde tulis pape pun. alamak, dah satu hal nak eksplen. haha. 

tapi seronok dapat convey maklumat baru kat budak-budak. syok sebenarnya cite kat kanak-kanak ni. lagi-lagi benda yang depa belum tahu dan boleh relate dengan diri memasing. cakap pasal pensel picit teringat zaman sekolah. dulu masa darjah 1, sekolah kat gombak. SK Gombak Utara. pensel picit dipanggil pensel tekan. cakap kita-kita. the next year ikut abah transfer ke kuantan. sekolah kat SK Assunta Convent. culture shock sebab titiba suma orang cakap saya-saya. pastu panggil pensel picit. bila fikir-fikir yang mana sebenarnya betul dari segi tatabahasa, pensel picit ke tekan? hehehe.

masa kat assunta dulu sekolah haramkan penggunaan pensel picit ni. tak ingat sebab apa. mungkin sama macam yang aku cakap kat atas tu kot. pastu bila dah masuk tahap 2 (darjah 4, 5 ,6) kami diwajibkan bawak buku catatan tiapkali perhimpunan. and opkos suma orang nak guna pen kan. tak lama lepas tu pen picit pulak diharamkan. haha. pen yang takde penutup tu. tekan2 je tu. sebabnya masa perhimpunan suma dok main picit picit pen, bising. dulu ingat lagi, sekolah aku memang banyak rules. diinvent dan diubahsusai mengikut kesesuaian. & thanks tu those rules, yang mana aku still ingat boleh diusulkan kat sriam. muahaha. budak sekarang dajah satu pun bawak marker pen. ko mampu? pastu mula la meja kerusi kena conteng. 'ini meja asyraf', 'ini kerusi auni'. pastu cikgu nak tukar tempat duduk dengan meja kerusi laa kena pindah tempat duduk. feningg. budak kelas aku (2 Umar) lantak hangpa la nak duk mana. yang bising & lemah je aku transfer. 

then tadi ada sorang murid ni, Hafiey nama dia. kelas 1 AB ni sume pandai-pandai. ada yang lagi laju dari tahun 2. then Hafiey ni titiba tanya masa aku dok bebel pasal pensel 2B dan UPSR tu.

"muallimah nanti masa tahun 3 betul ke kena guna ketas kaler-kaler yang a b c tu?"

aku punya lah fikir. kertas apa lah pulak budak ni. beria dia explain, ala yang ketas kena kaler-kaler jawapan tuu. then baru faham. ohhh kertas OMR. nasib aku tak lampi lama sangat kalo tak kesian dia. aku pun tak tau kalau budak dajah 3 dah guna ketas tu sebab tak ngajar sangat tahun 3 & 4 ni (sekolah aku baru ada sampai tahun 4). tapi masa exam takde nampak pun. maybe dia tengok abang dia kot yang sekolah lain. aku pun explain la kertas tu kita hitamkan dengan pensel jawapan dari soalan exam kita. rupanya budak-budak ni (especially yang parents guru or ada big sisters & brothers) diorang dah biasa tengok kertas tu but they have no idea macam mana ianya berfungsi. comel je weh bila dia cakap oo kiranya kertas tu untuk kalerkan jawapan yang kat kertas soalan la, baru tau. 

benda ni buat aku berfikir jugak sebanarnya. sebenarnya banyak yang kita kena bagitau kat anak-anak yang baru masuk alam persekolahan ni. dari hal seremehnya macam tulis hari dengan tarikh kat buku tulils sampai la yang besar-besar. sebab suma benda baru bagi diorang. nak bulat jawapan objektif pun diorang taktau lagi masa first time exam. ada yang bulat kat jawapan, ada yang bulat sampai 2-3 jawapan. kekadang terlepas pandang benda-benda camni pastu rasa macam marah bila budak salah. sebenarnya diorang taktau. sedangkan yang kita dah bagitau macam selang satu baris apa suma tu ponn dorang terlupa. tanyalah cikgu-cikgu sekolah rendah, sampai dah darjah 3 pun dok tanya pasal selang tu tiap hari okeh! pitamm. tapi biasalah tu. kena keep on bagitau dan bagitau sampai lah diorang ingat sendiri. orang kata cikgu primary school ni berat bab nak disiplin kan budak, from akhlak diorang sampai la cara menulis dalam buku. sebab nanti dah masuk sekolah menengah, cikgu nak fokus kat mengajar je, takde masa dah nak bagitau tulis hari tarikh, garis jawapan, garis tepi buku. takde masa hokeh. bab adab belajar dan akhlak pun cikgu takkan ulang dah banyak-banyak kali. sebab diorang patut faham dah la kan benda basic camtu. mana yang kurang ajaran tu biasanya susah dah nak dibentuk.

wah panjang pulak bebel. saje nak ambik semangat gi kursus. titibe kan. haha. i still have a lot to learn. aku runsing sebenarnya. kelas 1 AB takpe sebab depa pandai-pandai. those yang belum boleh mengeja sangat kat kelas 1 U aku sangat risau. diorang patut dah boleh baca by akhir tahun. kalau tak boleh jugak sapa yang fail? akuuu. huhu. tadi kak nik cakap dia terdengar aku ngaajar 1U imbuhan awalan, dia sendiri rasa macam ya Allah penatnya. memang penat sikit sebab kelas tu consist of bermacam-macam level. ada yang tak habis kenal huruf. ada yang baru 2 suku kata. ada yang dah boleh baca tapi slow. ada yang laju macam 1 AB (dah boleh bina ayat majmuk). bayangkan macam mana nak cater. dengan time kita mengajar diorang main katebang kertas. diorang belum boleh nak control diri lagi bab-bab attention tu walopon kita ulang bab adab masa belajar tu banyak kali. nak fokus yang kat tahap pemulihan ni tapi at the same time taknak abaikan yang laju ni. sebab kalau tak tengok depa nanti development depa akan slow jugak. risau gila weh. tu baru cikgu bm, aku tak tau la yang ngajar jawi & subjek diniyah camane. tak kenal huruf dah tentu la takleh baca. BI pun. maths pun. major respect to guru-guru kelas pemulihan dan cikgu-cikgu tadika. series weh takde diorang susah la nak tercapai objektif pengajaran guru-guru lain. aku memang dah lama admire dan dah lama berangan nak jadi cikgu tadika. ni Allah bagi rasa jugak, walopon di sekolah rendah. bertambah aku admire. thank youu sebab ajar depa kenal huruf dan tulis baca :)

ok nanti sambung bebel. ha, nanti aku share blog2 dan pages2 yang ada banyak info & material & ideas for teachers. bukan cikgu pun berguna tau. hangpa nanti nak jadik parents jugak kan kan kaan :P :P

nak sambung tengok wgm mihihi.

thank you for reading!
toodles

-lttlgjh-



 
jom layan short clip triplets dan sarang-chan belajar ettiquette. comel sangat.

Selasa, 15 September 2015

sijambu aka bidin ;

salam'alaykum,

1.00am. now tengah segar sebab dari kul 8 dah pengsan pastu bangun kul 11 lebih. tapi mood nak buat kerja tu tetap sama je la. level tak berapa nak rajin jugak. haha.

malam ni nak usha puas-puas group2 page2 dan belog2 cekgucekgi untuk bahan mengajar. one thing about teaching primary school, memang tak boleh nak chalk and talk je. yela masa kita sekolah menengah pun boring kalo cekgu ajaq based on buku je semata kan. bayangkan la kekanak yang sudah pasti mempunyai short attention span. kena banyak aktiviti. tapi masalahnya, aku ni tak kreatif. but that shouldn't be a problem sebab sekarang ni gugel sajork dan akan terpampang bermacam macam blog & website untuk bahan mengajar. group2 & pages kat fb pun banyak. memang best untuk dijadikan panduan dan sangat-sangat membantu. tapi papepun perlu disusuli dengan kerajinan la. yang tu payah sikit nak dapat. haha. tapi demi kekanak ribena tersayang, kena gagahkan juga. amanah tu woi.

haa aku belum cerita lagi kan. aku dah start drive secara official wuhuu. dah sebulan da. hehe. sebenarnya macam takde apa sangat la kan setakat drive, orang lain pun buat kan. but its one of life achievement for me. Allah knows betapa desperatenya aku nak jadi seorang yang memandu. sampai mimpi-mimpi tekan pedal minyak tu. tapi bila bayangkan diri sendiri nak masuk jalan besar terus rasa tak yakin. 

aku start drive pergi sekolah. ada satu kali sabtu tu, kena pi sekolah. aku dah ready cam biasa tunggu ummi. dah malas nak cakap nak drive sebab umi tak berapa nak pecayakan aku. so malas nak request dan sentap. titiba haritu ummi bagi kunci kete & cakap "nah, cakap nak drive kan". wah cam tak caya. maka aku pun ke sekulah dengan perasaan gembira namun berhati-hati. jalan kat sini kalau weekend pagi biasa lengang je. lepas hari tu, ummi pun dah pecaya la untuk lepaskan aku drive sendiri. 

memula drive haritu aku dok berzikir dari keluar rumah sampai la ke sekolah. haa mampu? paling beriman la kan titiba. kalau ada driver lain bikin nervous pun tak dapat nak marah ke maki ke sebab mulut tengah berzikir. keluar rumah pun kemain awal kul 6.30am. sebab perjalanan aku ke sekolah dalam 20km++ dan perlu menempuh 4-5 buah sekolah. kalau lambat sikit akan jammed satu hal. akan banyak motor kekanak sekolah bawak oh sangat nervous saya memikirkannya. tapi aku pun taktau sejak bila, titiba makin lambat dan lambat. sekarang ni 6.50am baru kuar. dah feeling mampu nak tempuh jem la konon. 

dah merasa pergi ambik imah kat stesen bas kat kb & even pergi program hari kanak-kanak kat pengkalan chepa sendiri. bangga sesorang rasa sebab tak perlu nak susahkan siapa2. kena balik sekolah lambat pun tak susahkan ummi tunggu & ambik dah. nanti dah boleh ambik mek & tok ayah pulak kat gua musang. 

tapi macam biasa lah baru-baru drive ni. not everyday akan dapat smooth journey kan. aku ada jugak la buat few mistakes. tapi bila tau silap terus beringat dah. paling bodoh punya kesilapan & aku rasa sangat bersalah kat semua orang yang pernah berselisih dengan aku dan sijambu ialah aku rupanya memasang lampu tinggi selama hampir seminggu. haha. aduii *tepuk dahi* honestly, disebabkan aku tak drive, a dont really pay attention to apa-apa yang berkaitan kete ni. aku tau signal & few basic stuff je. tak tau sangat bab lampu. high beam tu camana, lampu tinggi camana. hari first drive aku dah keluar baru nak tepon orang tanya kalau lampu biasa kena pulas bape kali. punyala aku risau terpasang lampu tinggi kan. tak lama pastu aku gi keje macam biasa pulas stick sebanyak 2 kali, tapi aku perasan ada sign yang macam lampu tu kuar. tapi aku tak paham maksud dia apa. aku rasa macam tak pernah nampak sebelum tapi sebab aku tak ingat sangat so tak tanya pun la ummi. buat bodoh dan drive macam biasa. tapi aku perasan bila kete selisih dengan aku ada yang buat high beam. aku dah pelik jugak, alamak ada buat salah ke. tapi buat bodoh sebab tak nampak apa yang tak kena. sampai la weekend tu rasa nak tanya ummi, macam mana nak pasang lampu tinggi. baru la aku tau stick tu dah tertolak ke dalam (lampu tinggi). ya Allah rasa bersalah gilaaa. but lesson learnt. so pasni dah tau dah bab lampu. kalau tak buat salah tu tak tau la kan. cuma kesian la orang yang terpaksa susah demi untuk aku belajar tu. haha. maafkan saya drivers jalan kuala krai.

satu lagi dilema pemandu newbie ni adalah bila nak bawak slow di jalan double lane. sepanjang jalan ke sekolah ada beberapa kali la jumpa jalan double lane. tapi masalah kalau jenis yang ikut kiri jika tidak memotong tu kan dia kejap je. then ko kena masuk kanan balik. nak masuk balik time kete banyak tu hazabb. nak dok kanan takut orang marah. memula dulu tekan je minyak bagi laju. tapi jangan lah buat kerja camni hoi kalau baru-baru lagi drive. skang ni nak slow aku masuk je kiri, hazab pun hazab la. akan ada timing dia boleh masuk kanan balik kan. tapi ada 1 masalah lain pulak. jalan aku ke sekolah tu kekadang fefeeling cam higway. tapi yang belah kiri dekat gila ngan kaki lima & rosak. kalo bawak atas sikit pada 40 macam adeh sedehh macam menunggang kuda jahanam kete. bila aku perati2 baru perasan orang kat sini bawak je kat lane kanan. lane kiri digunakan untuk memotong. so kalau kete depan tak laju sangat tak guilty sangat la dok lane kanan. mihihi.

setakat ni dah beberapa kali tumpangkan orang jugak. bestnya perasaan tu. sebab dah biasa jadi orang yang menumpang kita faham la persaan bila orang takde transport tu. haritu dah dekat nak sampai rumah, hujan. pastu nampak jiran (nenek) jalan slow2 dalam hujan. sian gila. terus stop ajak dia naik. hari tu tengah steres dengan kerja terus hilang steres dapat tumpangkan nenek tu & borak borak ngan dia. dia dok ulang "nasib baik la jumpa mek, klu tak jalan dlm ujan lah mok" sedih ok dengar.

tu je la kot pengalaman aku selama sebulan ni. hope dapat sentiasa memandu dalam keadaan selamat & sentiasa beringat untuk tak cuai & sentiasa ingat saat-saat aku hanya mampu drive dalam mimpi dulu. thank you Allah sebab bantu saya mengatasi kelemahan :)

sian jambu tepaksa bepanas. haa strategik tak kedudukan sekolah aku? bebetul depan carwash. aritu depa tutup selama beberapa bulan ni dah beroperasi semula. naiss takyah pk banyak2 nak cuci katne. hehe


bangga seko seko dapat park dalam garaj dengan begitu center (sila tampaq). tapi kedudukan macam ni tak berapa strategik sebab kedudukan geografi rumah aku menyebabkan masa nak kuarkan dia nanti hazab. maka aku sekarang mengamalkan reverse park. akhirnya berguna jugak ilmu parking yang belajar masa driving lesson dulu. bajet guna tiang. haha.

baca belog tini pasal pengalaman memandu dia. sangatt feeling i'm not alone haha. that feeling when you can finally do things independently kan. pasni dah boleh jadi driver ummi. sekarang dia eksyen lagi takmo naik aku bawak. tapi haritu lepas balik program she proudly said to my uncles (masatu pepakcik ramai kat rumah) pasni boleh bawak jauh la. sebab pengkalan chepa dari kok lanas adalah about 1 hour drive camtuh. terbayang pulak kalau abah ada cane. dia dah la jenis eksaited lebih kalau anak-anak achieve something new. even benda tu hanyalah sekadar berjaya bawak kete ke moto ke. abah, kakak dah drive sendiri gi keje ni. hehe :)

ohh lupa nak cite, hari sabtu baru ni (12 sept 2015) sorang lagi pakcik yang membesar bersama selamat diijab kabulkan. Alhamdulillah. macam tak caya pulak rasa. gambar lupa nak transfer nanti la eh. tak banyak pun sebab nikah je.

sebelum aku mengundurkan diri nak eksyen beday plezen sikit. hihi.

yeay dapat jamm. hehe. tima kaseh daun keladi cikmot :)) dah lama tak properly pakai jam. dulu macam eksesori wajib. harap kekawan yang suka ejek sebab taste aku kanak-kanak rasa hepi coz i finally pakai jam yang nampak dewasa. haha. kalau tak manjang cari yang tali getah. takpun digital.

gajah yang boleh jadi tabung, container, tempat letak fon dan juga paper stopper. buat masa ni dia bekerja sebagai paper stopper je dulu. dan dia dah femes di sekitar sri aman machang. kat sini memang everywhere pun kawasan laluan kekanak. maka macam melawat muzium la depa kalo lalu kat meja cekgu.

tumbler / flusk. ni ummi bagi. terharu sebab ive been eyeing on botol-botol air panas ni sebab nak bawak kopi gi sekolah. tapi tiap kali usha pastu tengok harga macam fikir tak payah la kot sebab macam membazir. banyak dah tumbler kat umah. titiba haritu umi bagi cakap nah adiah besday. the best thing about mom is diorang mesti tau kan apa yang kita nak walaupun tak cakap. dah la warna pinkkk adui terharu. tapi depan ummi biasa la tak reti nak cakap thanks suwit2. cakap kat whatsapp je haha. & bawak hari-hari gi sekolah biaq umi tau aku sangat la suke dapat bende ni

ok sampai sini saja bebelan untuk hari ini. have a nice week everyone! stay positive and happy :)

thanks for reading.

toodles!
-lttlgjh-

Sabtu, 12 September 2015

huhuhuhu ;


rasa macam baru je yeayy dalam hati sebab dah weekend. titiba weekend dah habis haha. sebab hari ni dari pagi (tak la pagi sangat agak nak ke tengah hari) keluar pastu dah maghrib baru sampai rumah. pastu titibe dah malam dan esok dari pagi dah kena keluar untuk program pastu petang kena pergi somewhere else lagi so basically my weekend telah melabuhkan tirainya.

huu sedih tengok katil.

nasib sempat menanda paper satu kelas. so macam ada accomplishment la. dari cuti dua hari duk rileks tido je kan. huhu.

honestly rasa agak loser jugak la tiap hari tunggu cuti je. orang lain lagi occupied dengan activities lagi depa suka. kekadang bila cikgu-cikgu yang dah kahwin ada baby cite dorang nantok sebab baby berjaga aku insaf sesorang. atas alasan apa aku nak ngeluh ngeluh cakap mengantuk? tak adaa. huhu. bukan kena buat kerja rumah pun. baju pun kekadang tak sempat cuci ummi dah ambik cuci.

aku ni dah layak kena selalu solat awal waktu, solat dhuha, solat malam tiap hari. kesempitan masa sebab banyak lagha kot. huhu. astaghfirullah..

macam mana nak buat biar balik rumah takyah fikir dan buat kerja dah? ok sebenarnya jarang je buat kerja kat rumah. tapi tido dalam keadaan kepala fikir kerja tak siap sama letih je macam stay up buat kerja. haha. i need to get out from this comfort zone. huhu.

Khamis, 10 September 2015

neverending mengantukness ;

salam'alaykum,

3.27am. since lepas magrib dok tido bangun tido bangun. dari kul 10 orang kejut, kul 1 akhirnya bangun. solat makan apa suma. ingat nak berjaga je stret buat kerja. tapi ni dah terkebil-kebil mengantuk. padahal dah minum kopi. haihh.

this weekend gonna be a quite hectic one. sabtu ada sambutan hari kanak-kanak peringkat negeri. telah ditugaskan untuk uruskan kehadiran & penyertaan pertandingan. Alhamdulillah suma setel dah tinggal hari kejadian je la aku taktau la macam mana nanti. dalam bayangan musti kelam kabut coz the kids pergi dengan parents, venue jauh, contest start 8.30am. ya Allah nebes hakak.

then, sabtu ni jugak cikdi nikah. diawalkan seminggu sebab tok imam fully booked minggu depan dan the week after. opkos la kan cuti sekolah. tapi ok aa tu buleh kawen awal sikit ye dok. haha. so tok ayah, mek and the gang akan berkampung di sini kejap. tapi yang jauh-jauh tak balik la kot.

aku ada banyakk (tak aa banyak sangat) benda nak cerita tapi tunggu la esok ke jumaat ke. ingatkan budak exam minggu ni free. rupanya sama sajork macam hari-hari biasa. what do you expect sanad? hari biasa pun busy dengan kerja selain mengajar kan.

ok selamat mengharung the rest of the week uolss. toodles!

thanks for reading!
-lttlgjh-

Khamis, 3 September 2015

3rd sept ;

salam'alaykum,

yeayyy dah setel kertas exam wuhuu. 

minggu ni sampai minggu depan budak exam boleh setelkan menanda buku. dah lama tak menyempat. rph pun dah start delay.

thankiyuuuuuu those yang wish birthday semalam. rasa macam baru je birthday tahun lepas. tapi makin tua ni makin tak rasa apa pun kan birthday. kekawan wish ke tak pun tak sempat ambik perhatian dah. dulu kalo besties tak wish adala sedikit sentap kan. hihi.

semoga aku lebih matang dan lebih rajin. k tu je. haha.

harini sebagai hadiah hari jadi balik keje nanti tak boleh tido. nak layan wgm 2young. ngehehe. dah intai sampai eps 5. makin interesting pula. suka tengok yang awkward2 nih.

ok bye nak makan pastu ada kelaih stret sampai 1.45pm T_T tak stret pun sebenarnya tapi gap setengah jam macam takde gap jugak lah pon. haha

thank you for reading
toodles!

-lttlgjh-

maafkan aku kalau over the weekend i keep on spazzing about them

Selasa, 1 September 2015

hello SEPTEMBER :))))

salam'alaykum,

(:
walaupun aku selalu claim yang aku ni takde lah ambil berat sangat pasal birthday sendiri tapi aku sangat la suka bulan september taktao pasepa. walaupun selalunya september ni musim orang bergelumang exam aku tetap suka. haha. 

hello september :) i dont want to ask you to be nice. am gonna be nice to you hihi. HOPEFULLYY. haha.

kalau dulu-dulu september mesti bergelumang dengan exam, tahun ini tidak terkecuali. except that now bergelumang buat soalan exam *insert emoji gelak sambil nangis* memang sepanjang september ni lah kot. pas exam nak menanda meng-key-in markah apa suma pulak.

ok dah tu je nak bebel. harap aku boleh setel everything by tonite dan esok malam nak tidoooo. aku rasa tak dan malam balik kerja terus pengsan. haha. pastu nak layan WGM. haa sekarang rumah dah tak pakai maxis broadband dah pakai tm punya internet jadi aktiviti mendonlod kembali bersambung. dah lama tak tau kat mana nak carik tapi ingat dulu last tergendala tengok we got married. jadi nak sambung tengok 2young couple dan joonmi couple. weeee. superman returns macam pause kejap pulak sebab susah nak carik katne nak tengok with subs dah.

joonmi couple yang tak romantik tapi comel

yang ni tatao lagi sebab last tengok 2 tahun lepas masa 1st episode.
harap ada feel lagi la layan benda bergula ni. kalau dah takleh nak feel nampaknya superman returns je lah taste aku. (tuanya rasa padahal baru setahun tinggal kshows)

thanks for reading!
-lttlgjh-