salam'alaykum. hohoi inilah makan dia bila balik sekolah tido bagai nak rak. time time ni segarrr je lagi mata. aduyai.
RPH dah tergendala banyak dah ni. dibuatnya bos PPA mai mengejut buat pencerapan memang mati weyh. kena siapkan cecepat.
tapi now aku nak carik idea untuk bahan bantu mengajar bebudak linus. apakah itu linus? linus adalah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). maksudnya program saringan literasi dan numerasi. ni program kementerian untuk murid-murid yang ada masalah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira. sekolah aku ada dua kelas tahun 1. satu kelas tu dia punya bijok dah kalah tahun 2. yang satu lagi lemah sikit. majoriti tak boleh membaca lagi. so sekolah buat kelas pemulihan untuk diorang ni. panggil guru luar berpengalaman dan readykan 1 bilik untuk depa.
makanya aku yang cikgu BM ini kenalah fikir nak hias cemana dan readykan apa apa je la ABM yang sesuai.. haa tak macam gugur pula bulu kening nak fikir kan. nasib kelas tu belum setel mengecat lagi. aku boleh la buat alasan takleh nak hias lagi.
nak jadi cikgu ni selain boleh sabar dengan kekanak rebina, kena kreatif dan yang paling penting RAJIN. aku ni taktau la mana antara tiga tu ada kat aku. aku rajin fikir dalam kepala je. output nan hado!. haha.
jadi cikgu ni kena sabar dengan memacam la ragam budak. lagi la yang belum ada experience jadi mak. tak berapa nak ada lagi la naluri keibuan untuk bersabar lebih tu. experience aku mengasuh adik je. tu pun banyak hilang sabar je. haha. layan diorang ni kekadang nak nangis melayan, kekadang tersengih sesorang, kekadang terharu. ada time lak dorang punya unexpected adegan comel tu buat rasa nak gelak setan je. haha.
ada 1 hari tu aku ajar tajuk di dusun. tahun 1. so basically pasal buah la kan. aku pun suruh la depa fikir dalam masa 3 minit buah apa depa suka dan kenapa. nanti nak tanya sorang-sorang. bebudak kecik ni ko takleh pick randomly. kena tanya suma. sebab suma semangat membara nak bagi jawapan.
jadi selepas 5 minit aku pun mula lah bertanya. aku expect buah buah yang glemer je la yang keluar macam mangga, tembikai, rambutan, strawberi etc.. and most of them memang jawab buah-buahan tu la. titiba sampai kat sorang budak ni.
aku: ok, aiman suka buah apa?
aiman: ana (sekolah aku cakap ana, enti, anta okk.haha) suka buah kurma sebab buah kurma makanan sunnah.
aku: (dalam hati) *perghh aku pon tak terfikir nak jawab gitu*
pastu sampai kat sorang lagi..
nabil: ana suka buah delima sebab buah syurga.
aku: (amazed)
sesungguhnya bukan setakat aku tak terfikir diorang akan jawab buah-buah tu. aku sendiri pun tak terfikir akan jawapan itu. rasa macam disekolahkan pun ade. haha.
ada banyak lagi kisah-kisah nanti aku share. sebab aku ni pelupe so kalau tulis kat sini boleh la baca balik satu hari nanti (kalo baca).
dakwah & tarbiyah untuk anak-anak kecil ni bukan setakat jadi parents, atau guru atau guru sekolah islam je sebenarnya baru boleh kita ajarkan nilai-nilai islam. tak kesah la siapa pun kita, kakak abang ke pak sedara mak sedara ke atau hanya orang besar yang diorang jumpa sekejap, tak salah kalau kita ajar sikit-sikit apa yang kita tahu. budak kecik ni sangat ingat dan sangat percaya apa orang besar cakap. so instead of takutkan diorang dengan citer momok baik cite tentang islam. akhlak, aqidah atau apa saje la berkaitan islam. aku ni pun pengetahuan sangat laaaa sikit. kekadang budak tanya ternganga teroih. cara mengelak, suh pi tanya ustaz. teruk betul. kekadang budak-budak lagi tau dari aku. tak jadi apa hokeh cikgu depa nih.
jadi pasni marilah kita kalau lepak dengan budak kecik ajarkan mereka tentang kebaikan, cerita pasal keindahan islam. manalah tau, diorang ingat sampai besar kan. dunia sekarang penuh dengan benda yang merosakkan. anak anak kecil ni tanggungjawab kita untuk corakkan. sambil sambil nak prektis jadik mak ayah tu kan. hehe.
ok jauh pulak membebel. maafkan sindrom cikgu-cikgu ini. tengah cari semangat di kala keserabutan kerja melanda. haha.
byeeee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan