Khamis, 30 April 2015


salam'alaykum,

harini adalah hari terakhir april sudah. weh cepatnya. baru je rasa aku cakap dah nak april. dan selama 2 minggu kat rumah ni takde apa pencapaian sangat pun sedihh. ni yang kekonon aku plan nak buat:
  1. pegi kedai dan beli lauk dan masak. sekali je baru buat -_-'
  2. clearkan halaman rumah aka berkebun lah kekonon. setakat ni siram pokok je paling jauh aku pergi. semangat pudar lepas beberapa kali dorang jumpa bangkai 'U' bukan nama sebenar. kucen main main pastu bawak balik umah kot. tinggalkan kat halaman. serammm walopon kecik dan dah mati. aku taip huruf U tu pun dah meremang bulu roma bayangkan kalo nampak live depan mata. terpijak ke. aduhh pitamm. oh noo pobia dah nak pegi petik daun inai.takpe aku cube cabut rumput sikit sikit.
  3. makeover bilik. yang ni pun tak setel setel. minggu ni bab nak setel lemari je pun dah berhari hari. lipat baju simpan dalam lemari je ponn.
  4. baca buku buku yang belum baca. satuuu pun belum sentuh bohohooo teruknyaa.
  5. layan benda benda yang baru didonlod sampai lebam. yang ni haruslah berjalan dengan lancar muahaha. tapi Superman Returns je yang dah layan. mungkin dah lama tak updet korea korea nih dah hilang feel. try tgk RM pun dah tak feel. tengok we got married nak feeling romentik pon tak sronok dah. tengok balik wgm taemin naeun pun dah rase tak sanggup. dulu kemain suke. mungkin dah ketinggalan lama kot. superman returns taktau la mungkin sampai satu tahap nanti dah boring gak tak tengok dah. oh adekah ini petanda dah tua. hahaha.



daehan minguk manse. perangai comel rasa nak ngap pipi.

jadi apakah tujuan post ini? jawapannya takde tujuan. rasa macam sayang nak abeskan april tak conteng pape. haha.

lets be more productive in may shall we? especially dalam bab membaiki diri membaiki iman. ramadhan is around the corner dah. kejap je kan.

Tiada ulasan: