salamualaykum,
haritu borak dengan
kak jijah pasal blogging. lepastu timbul la pasal belog yang ada isi dan tak ada isi dan belog yang bahasa cantik dan berterabur. blog jijah memang sangatla penulisan matang dengan bmnye yang baguih lagi. memang beza langit bumi dengan lttl gajah yang kekonon kicik tapi gagah ni. haha. lalu aku pun terfikirlah, selama aku menconteng.. eh menaip kat sini dari zaman nak SPM sampai lah sekarang, rasa macam hampir takde atau memang takde kot entri entri yang boleh bagi manfaat kat orang lain. bagi manfaat kat diri sendirik pun aku taktau la ada ke tak. sepuluh taon duk menulis entah ada ke tak yang berfaedah.
tapi bila fikir balik, takpelah ni sebenarnya macam diari yang tak private yang aku tulis untuk diri sendiri baca dan amik iktibar in future. haha baek punya alasan nak sedapkan hati kan.
jadi alang-alang tu, nak minta maaf kepada those yang happen to read this blog tapi tak dapat apape manfaat. aku hanya mampu citer pasal life yang takde citer menarik ini. haha. takpe takpe next time aku try tulis yang berfaedah sikit keyh. yang ada info ke apa kan. tapi ampa tanak baca pun takpa aku malu lah jugak wei orang baca aku merepek tahpape kat sini. *emoji sengih gedik tutup mulut ngan tangan*
ok so harini nak cakap benda random je.
aku kena start simpan duit secara konsisten. KENA KENA KENA! sebab taktau sampai bila akan tanam anggur. nasib baik laa keje kat
suratchenta jugak so ada la rezeki income tiap bulan. tapi aku ni bangsa yang pantang ada duit sikit feeling kaya. kalau shopping beli benda benda nampak takpe ni taktao kemana hala titibe macam magik saya dah miskin balik.
jadi hari ini saya melancarkan tabung duit kertas hijau (rm5). cewahh nak tiru macam tips menyimpan yang orang dok share lah tu kan. aku dah ada tabung gajah sekoq yang kekadang isi kekadang tak tu. yang ni macam khas untuk rm5. tapi kan aku dapat rasa macam lambatt je nak penoh sebabnya bila aku pecahkan duit macam jarang je dapat duit hijau tu. tapi takpe, kite cube. aku semangat tabung balik ni sebab kak jijah dah boleh pecahkan tabung beli jam cantek dan mahai. haritu aku teman dia survey sampai dengan aku pun tergoda sekali balik dok gugel jam. tapi cheapskate macam aku taste kat jam murah je la. aku baru tau ratusan untuk jam itu normal. nasib baik taste aku kanak kanak je kalo tak jenuh. tapi habis setakat gugel je la tak lebih dari itu. esok orang cakap pasal nak pi perhentian aku dok gugel pakej holiday pulak. dia punya eksaited macam harini jugak nak pegi. pastu esoknya senyap la. jadi sebelum aku start fikir dan teringin yang bukan bukan baik simpan.
tapi jangan lupe bagi ummi dan adik adik yang belajar lagi ok sanad. yebaiklah saya tak lupa. sebab selalu fikir seronoknya jadi adik yang belajar masa kakak abang kerja nanti diorang bagi duit belanja. nak jugak bagi adik adik rase camtu. walopon ummi dah bagi diorang jugak kan :)
and aku selalu ingat benda ni. everytime kita terlintas untuk sedekah, sedekahlah. walaupun tak selalu buat jugak kan, aku pun tengah try jugak ni untuk didik diri amalkan. sebab aku tau aku ni masa takde duit selalu la berazam kalau ada duit nak derma apa suma tapi bila berduit sikit lupe. huhu.
ok tu je la bebelan harini. walopon tajuk macam tak random, macam biasa ah ikut dan aku jer nak cakap pasal apa. haha.
babaiii
haa saje tepek gambar ni sebagai hiasan. satu ketika dulu lepas frust
jam adidas yang dah pakai bertahun rosak, sementara nak anta dia repair kononnye (last last taktau kemana hala di hilang) aku pakai jam ni je. zaman
belaja uia dulu. tapi bukan ori, 10 hengget punya je. tapi best jugak,
bermacam warna aku kumpul, siap orang tegur cantek leh bagi camtu je. ko
mampu? haha. paling best siap pengaruh kekawan lagi. tapi walopon 10
hengget ada yang aku sempat pakai setahun tau sebelum dia gelong. haritu time teman jijah suvey suvey jam dia aku usha usha jugak, yang model ni yang ada sekarang yang warna hitam, pastu tali silver dan yang kaler gold. yang kalerful ni aku rase macam tak pernah jumpa kat kedai jam. kat pasar malam banyak hahaha. rasanya dah takde kot ataupun dia memang limited edition. gold smart weh aku hampir terguda tapi aku cecepat menahan diri. macam nak beli jam riban riban dia punya menahan diri tu. malu aku dengan diri senirik orang suvey jam fossil, guess dan sengakatan, aku dok kelabu mata tengok jam olskool je. sebbaik gak casio. kalo miki maus? tapi mickey mouse pun kemungkinan tu ada. haha. takpelah aku takde rasa nak pakai jam lagi. bagi aku survey dulu 3-4 bulan lagi. silap silap bulan depan beli jam. hahaha lempang. godaan sekeliling banyak sangat weh.
mak ai panjang lak caption gambar. aku nak cite pasal menabung je titiba jadi pasal jam. nampak sangat bab perabih duit eksaited nak cite kaan. haha.
ok babai.