Jumaat, 27 Februari 2015

#dskoi #yusofaliah ;

bismillah..

ok harini aku wajib updet gambar  kawen Ds. membe da setengah tahun kawen woi. post ni dah duduk dalam draft setengah tahun jugak. haha.

22 Ogos 2014 tempoh hari selamat lah satu lagi dadah gembira iaitu Ds menjadi isteri. akak dan abang dipnet. hihi. lama dah depa ni, since kami diploma lagi.

malam 21 naik bas ke KL then 22 tengah hari camtu kami ke melakau. yang ada mula mula myself, intan, boncet dan lala. boncet picked me up then pergi tempat kerja intan macam biasa sesat barat pastu amek lala kat shah alam then shoot ke melaka. singgah rnr somban nak gerak sekali dengan kakak kecik. perasaan dia sangat best weyhh dah lama tak jumpa sigila2 sekalian ni. hihi. tapi kakak kecik kesian sangat sebab lepas keje rush untuk pergi nikah Ds then malam gerak balik sebab sabtu shift pukul 7am. pastu baru dapat tau beberapa hari lepas esoknya hp kak kecik hilang. padanla dia senyap jer lepas kenduri tu.

kitorang sampai petang camtu tak ingat pulak pukul berapa. sampai terus ke rumah Ds. Ds suruh tido umah dia jugak sebab jimat duit. sapik dah cuak sebab kena paksarela jadi pengapit. pastu bila Ds cakap, ko kena ready tau nanti ada tol-tol bagai tuh. teross dia cakap nak balik haha. tapi nasi sudah menjadi bubur. terpakse la enkoo abg long.

ok tanpa membuang masa marilah kita menjamu mata dengan gambar gambar yang tak seberapa ini.hihi.


gigih la aku selit selit celah orang ramai nak ambik gambar mercun. orang mercun mercun ni rekod video la woi
 
ni malam nikah. ape kenamanya tah event ni. berinai eh. btw, cantek gila pelamin Ds weh. aku memang tak pandai nak beza benda2 pelamin nih tapi memang serius cantek aa.

takde la pulak gambar masa akad nikah tuh sebab aku terperosok kat belakang pastu tengah eksaited jumpa si aisy naufal sebok dopk main dengan dia.

sebelum Ds nikah kitorang duduk la dengan dia dalam bilik pengantin tu sambil dia mekap. dah hampir waktu pak imam sampai, neves weh. then pak imam datang ke bilik dengan ayah Ds. dia tanya soalan soalan macam suruh mengucap apa suma tu. pastu ada la satu part yang sedih tu, ayah Ds cakap ayat macam dia menyerahkan Ds kat Koi. tanggungjawab dia kat Ds nanti akan dipikul oleh Koi la. tak ingat dah macam mana ayat tu tapi yang pasti aku ngan kakak kecik kat belakang tu lajuu je mengalir ayaq mata tatau pasepa. tapi memang sedih weh. as for me, nanti kalau ditakdirkan aku kawen pun, abah dah takde untuk cakap macam tu, itu yang macam sentap sikit tu. hehe. but its okay. aku tau kalau abah ada lagi pun akan cakap camtu jugak :)

abang aisyy. masani belum abang lagi sekarang dah abang dah


kesayangan. zaman diploma dulu takde diorang tatau la macam mana life aku. sekarang ni pun tak jumpe lebih 3 bulan pun nak gila dah rasa. sebab ngan diorang nih boleh gelak macam orang tak waras. suma pesen mudah terhibur. tak kelakar pun gelak.

dah umur setahun baru auntie nanad bagi hadiah kat aisy. tu pon kasot ja sepasang. apa la kan. takpa aisy satgi jumpa lagi dah kite bagi menan lorry okeyh kat awak :)




keesokan harinya, hari bersanding pulak. aduii cantek doh diorang ni. baju pon cantek. suma la cantek senang cakap.

hang tengok hang tengok pengepit muka nebes. hahahaha puass ati aku. selalu aku kena buli je ngan boncet nih. time ni aku dah redy dah nak rekod video.

ni tol yang terakhir selepas berapa bijik tol entah. gigil2 tangan brader haha. padahal bukan duit dia pun. yang baju merah-merah tu mak andam. muda gilaa muda dari kitorang. kami panggil dik andam. da la comel plak tuh.


dah kawen dah akak cengeng ni. dulu time kat uia, kalo Ds turun KL nak jumpa koi titibe koi ada kena kerja Ds kol aku nangis2. pastu teman laa akak ni pi mid jejalan beborak dulu sebelum koi abes keje.
gang decomers batch 06-07. camana kitorang leh rapat gila ngan Ds pon tatau padahal dia kos lain.

heii sikenit nih sabotaj aku plak. aku pun tak paham apesal aku gi rendahkan diri yang sedia rendah itu -_-"



lepas majlis tu macam-macam drama lah antaranya dompet lala & mas kena kebas. sebenarnya silap kami jugak tak sorok beg bebetul. aku punya wallet terselamat tapi masa jumpa tu handbag aku sebenarnya terbuka. mungkin diorang tengok wallet aku tak macam wallet kot. kalau kena curik tatau la apa jadik kat aku masatu weh. sebab malam tu nak shoot balik kelantan. duit suma dalam tu. Alhamdulillah sangat. tapi kesian aa lala and mas.

dan petang tu after say gudbye2 kat perantin & family & buat report polis apa suma kami gerak balik. penat gilaa sebab tak cukup tido. bukan penat sebab merewang ke apa sebab kami memang datang melepak je. family Ds suh rilek je. kitorang tolong2 Ds sikit je la.

malam sampai rumah gombak dalam kul 12am camtu. umi dah bising sebab esok tu aku kena lapor diri jadi guru ganti kat Maahad Tahfiz Nurul Aman,, selambaa berjimba kat melaka the day before kannn. sampai rumah rumah terus shoot ke Kelantan bersama adik lelaki yang super baik tapi bawak reta nak tercabut jantung aku. tapi malam tu aku redha sebab memang nak cepat. sampai kul 6 camtu  tido dalam sejam pastu mandi siap siap gerak gi sekolah. ko mampu dah lah 1st day lapor diri, muka nak stoned. nasib takyah kena ngajar.

ok itu jelah updatenyer. nak cepat nih umi ajak gi kb pulokk.

SELAMAT BERBAHAGIA DS & KOIII. walopon dah banyak bulan korang dok berbahagia kann.. hee

Tiada ulasan: