Isnin, 27 Oktober 2014

jembalang dalam kotak ;

salam'alaykum,

nak update pasal wedding Ds yang dah tertunda berbulan bulan. bukak belog dengan semangat. dah ada draft dah sebenarnya. tekan edit draft tapi bila nak start menaip je titiba mood tak sampei pulak. so pospone lagi haha. nak kena tulis jugak sebelum lupa sebabnya nanti tua tua kalau panjang umur nak baca balik.

dua tiga hari ni kerja aku dok blogwalking je. bukak belog sesapa je. tak kenal pun. pastu bila baca terus terbaca sampai entri lepas lepas. entah kenapa rasa macam kekadang apa yang dia tulis tu apa yang aku tengah rasa. macam baca novel la bezanya baca belog aku baca kisah benar orang tu. pastu bila tengok entri yang emo emo yang boleh relate dengan diri sendiri.

dannn lama kelamaan aku rasa macam antu jembalang yang kena kurung dalam badan dah telepas kelua. titiba rasa emoo je. haha.

titiba aku macam terfikir, sebenarnya perasaan aku bukan dah mati. tapi aku dah ikat kemas kemas & kurung kat dalam satu sudut dalam hati. thats why aku tak rasa nak luahkan kat mana mana kat sapa sapa. kalau aku citer pun aku lapiskan banyak banyak layer. supaya orang tak nampak rasa sebenar aku.

tapi jembalang tu dah terlepas.

rasanya macam nak meringkuk kat atas katil pasang kipas lelaju berkelubung dalam selimut hikmat dan tidur je sepanjang hari.

tapi aku takleh buat macam tu.

sebab sekarang aku bukan hidup sorang sorang ikut suka kepala aku je nak tukar malam jadi siang atau siang jadi malam.

titiba aku rasa malas nak turun kl minggu ni. malas nak bergerak jauh jauh.

tapi aku takleh buat macam tu.

sebab nak pergi untuk tanggungjawab & libatkan orang lain.


rasa nak mengadu..weii aku tengah kusot ada sesapa boleh bawak aku lari dari realiti jap tak. tapi kat sapa nak ngadu. tak suke nak bagitau orang tentang kerobohan hatiku.

sebenarnya dah tau siapa Sebaik baik tempat mengadu. diri sendiri yang malas luahkan bebetol. maafkan saya Allah :(

aku nak ikat balik jembalang ni.
tapi sebelum tu nak lelap kejap.


nak mimpi ni

Tiada ulasan: