Isnin, 27 Oktober 2014

jembalang dalam kotak ;

salam'alaykum,

nak update pasal wedding Ds yang dah tertunda berbulan bulan. bukak belog dengan semangat. dah ada draft dah sebenarnya. tekan edit draft tapi bila nak start menaip je titiba mood tak sampei pulak. so pospone lagi haha. nak kena tulis jugak sebelum lupa sebabnya nanti tua tua kalau panjang umur nak baca balik.

dua tiga hari ni kerja aku dok blogwalking je. bukak belog sesapa je. tak kenal pun. pastu bila baca terus terbaca sampai entri lepas lepas. entah kenapa rasa macam kekadang apa yang dia tulis tu apa yang aku tengah rasa. macam baca novel la bezanya baca belog aku baca kisah benar orang tu. pastu bila tengok entri yang emo emo yang boleh relate dengan diri sendiri.

dannn lama kelamaan aku rasa macam antu jembalang yang kena kurung dalam badan dah telepas kelua. titiba rasa emoo je. haha.

titiba aku macam terfikir, sebenarnya perasaan aku bukan dah mati. tapi aku dah ikat kemas kemas & kurung kat dalam satu sudut dalam hati. thats why aku tak rasa nak luahkan kat mana mana kat sapa sapa. kalau aku citer pun aku lapiskan banyak banyak layer. supaya orang tak nampak rasa sebenar aku.

tapi jembalang tu dah terlepas.

rasanya macam nak meringkuk kat atas katil pasang kipas lelaju berkelubung dalam selimut hikmat dan tidur je sepanjang hari.

tapi aku takleh buat macam tu.

sebab sekarang aku bukan hidup sorang sorang ikut suka kepala aku je nak tukar malam jadi siang atau siang jadi malam.

titiba aku rasa malas nak turun kl minggu ni. malas nak bergerak jauh jauh.

tapi aku takleh buat macam tu.

sebab nak pergi untuk tanggungjawab & libatkan orang lain.


rasa nak mengadu..weii aku tengah kusot ada sesapa boleh bawak aku lari dari realiti jap tak. tapi kat sapa nak ngadu. tak suke nak bagitau orang tentang kerobohan hatiku.

sebenarnya dah tau siapa Sebaik baik tempat mengadu. diri sendiri yang malas luahkan bebetol. maafkan saya Allah :(

aku nak ikat balik jembalang ni.
tapi sebelum tu nak lelap kejap.


nak mimpi ni

Sabtu, 25 Oktober 2014

BeeSee ;


batu pahat

shah alam (dekatt je dengan jalan rama rama!) haha sory memang fefeeling like home sikit seksyen 20 nih

Dungun



back to invigilating perhaps? 

come to think of it, banyak jugak kerja part time aku buat tahun ni. tapi suma courtesy of orang sekeliling jugak la. takde yang bebetul cari bagai nak rak. 

tapi yang paling a-whole-new-world adalah jadi invigilator british council for aptis ni. coz i got to travel to places (schools to be exact. haha). and not to forget the best part: back & forth beratus kilometer dalam masa sehari. kalau pulun bebetul memang pagi tadi kat kontan petang dah kat perak pon boleh jadi. tempat yang tak pernah sampai. dengan orang orang baru kenal, lain bangsa agama lagi. hmm asal rasa macam penah citer je dalam belog eh. hahaha nyanyuk dah.

tapi tu la tetapp takde simpanan jugak. wahaha. tak tau la nak kata kais pagi makan pagi ke kais kais pastu perabih apa ada. duk rumah diam diam pun duit simpanan susut. orang baya aku dah start kumpul aset daftar haji apa suma. kiter masih kais kais sedihh T_T

next weekend will be hectic. aptis training on the 30th insyaAllah lepastu 31st until 2nd november bukak booth suratchenta kat aeon bukit tinggi lepastu lari balik kelate sebab helmi nak turn kl pulak pastu another weekend turun kl lagi pokcu & helmi konvo pulak 8 dan 10 nov. dua beranak ni tau aa besfren. konvo pon nak dekat dekat.

sebenarnya bila dah lama lama kat sini kan dah kurang rasa nak balik gombak (memang dasarr). aku ni memang cepat lupa asal usul agaknya. cepat no jatuh centa dengan tempat orang. jap tapi mana tempat asal usul aku sebenarnya. sini ke gombak? plis la aisyah nadiah jangan perasaan lebih sangat tampo kang.

okla, selamat tahun baru hijrah. tak lama lagi nak masuk umur 27 tahun dah kalau ikut kalendar hijrah. was born on 20 muharram 1409 hihi.

semoga dibukakan hati kita untuk melihat yang baik baik berfikir yang baik baik merasa yang baik baik mengamal yang baik baik. dan semoga sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah. insyaAllah (:

semoga aku selalu dapat peluang untuk jadi orang yang lebih pemberi. ameen. selalu menjadi penerima je huhu.

Isnin, 20 Oktober 2014

konvokasi ;

salam'alaykum,

yeayy kite dah konvo hihi. sebenarnya konvo ni aku rasa biasa biasa aje. yes its a special day for me tapi entahlah...cukuplah dapat rasa yang ummi happy.


ada sedikit sedih la jugak. sebab hari tu adalah hari yang abah dah lama tunggu. dulu time belajar, abah suka suruh aku kira agak agak bila konvo (sebab sistem uia ikut sukati nak amek berapa credit hours per sem, so pepandai la agak bila nak habis). and i still remember the way he pronounced the year 2014. dua-kosong-satu-empat. abah excited sebab kalau ikut perkiraan dia from 2011 onwards tiap tiap taun dia akan pergi konvo. 2011, ummi and then 2012 mardhiah pastu aku then abang. memang abah sorang je paling excited. kami biasa biasa je. tapi abah dah tak sempat pi konvo mardhiah pun. dah kat hospital masatu. ingat lagi ummi citer abag nangis bagitau nurse harini anak dia konvo tapi tak dapat pergi. abah dah tak dapat bangun dah pun masatu cos of his backbone. aku dengan kak noni dua orang je yang pergi. tapi mardhiah kuat betul. rileks je lepak bergambar dengan kawan kawan.

and because of that jugak, aku rasa macam takpela kalau takde siapa yang datang sangat pun. yang ada ummi & abang. and then cikdi. tu pun dah terharu cikdi datang. kawan2 yang datang izzah, akak and sapik boon. tak bagitau sape sangat pun sebab taknak susahkan. dah la petang tu hujan, angin kuat, keluar dewan lambat. kesian diorang menunggu. izzah dengan akak datang secara surprise. nak surprisekan aku tapi sebab after kuar dewan takde line sebab orang ramai sangat tak jadi seprais. padan muke hahaha. mak tiri datang sesorang je sebab mak tiri lagi sorang (kak kecik) kerja. masa jumpa diorang tengah borak bertiga. padahal tak kenal each other lansung tu. hairan aku.

gambar takde sangat sebab dah lewat petang baru kelua pastu cuaca gelap. gambar suma kalau tak gegar pun, kelabu hahaha. esoknya pun tak sempat nak bergambar sangat sebab rushing. tapi overall puas hati sebab sempat jumpa bestfriends time uni. cuma sedih sikit tak sempat jumpa adik adik gemilangku.

dalam dewan tu masa nyanyi lagu iium (leading the way) baru sedar. so this is it. sampai sini je la perjalanan aku kat taman ilmu dan budi ni. no more business di the land of atap biru dah. baru sedar banyak dah yang dilalui. baru nyesal tak belajar betul betul. baru rasa bangga aku survived kat sini. baru rasa bangga dapat peluang jadi one of iium graduand. baru rasa rindu kat suma benda dalam ni. biasa la tu masa still kat sana kita tak rasa sangat dia punya berharga tu kan.

thank you Allah for giving me the opportunity to seek for ilm there. thank you lecturers, thank you friends. thank you abah & ummi. sebab doa abah ummi jugak la kakak survived kat sana.


simpan lagi semakan permohonan haha. masani macam mimpi. eh macam mana dapat uia nih. sebab mintak ukm banyak sesama ngan madiah. last2 madiah yang masuk ukm.
aku boleh frust masatu sebab sesorang je tercampak kat uia. kawan2 kpm lain mostly berkampung kat usm ukm uitm. dasar tak bersyukur. ingat senang ke nak masuk uni. lepas spm dulu dok mintak & rayu uia tak dapat2, akhirnya Allah bagi jugak peluang merasa. cantiknya perancangan Allah.

i looked a bit too happy. padahal tengah cakap thank you je sebab dia ckp congrats. memula plan nak senyum je sebab nanti gambar tengah bukak mulut buruk. akhirny sejarah gambar konvo diploma berulang. haha
throwback taaruf week. 5 tahun lepas. ex rumet taaruf week. alhamdulillah dah grad sume. kanan tu dentist tau.


thankyouuu

 

 
kesian tengok gambar. dah la ada fon je. tengah hujan rintik2 plak, angin kuat, gambar kelabu. dann aku selebet. haha. tapi papepun its one of the day that i'll chersh forever. takpela takde gambaq studio ke, photoshoot ke. its the presence of beloved ones that matters :)

dan sorry to those yang aku dah janji nak bagitau bila konvo tapi buat senyap je. bukan apa, taknak susahkan datang sesak sesak panas panas. payah parking pulak tu. takpe, konvo je kan, hehe

ok habis cerita konvo.

citer kawen ds nak pospon sampai bila la entah kan. hahaha.

oh, this week kembali menganggur. dah selesai tugas mendidik anak anak kolej tahfiz sains nurul aman. pengalaman yang sangat2 berharga. semoga segala apa yang diajar dan segala usaha mereka mendapat barakah dan redha Allah. rindu pulak kat bebudak. datang masa budak budak f3 lagi sebulan nak exam pt3 so paling dekat dengan depa la rasanya. memanjang ngadap diorang je sebab kelas tambahan almost everyday. kesian diorang cikgu ganti yang takde pengalaman datang masa dah dekat peksa. dah la pt3 baru first time nak dijalankan. cikgu ngan pelajar sama sama blurr. time kelas dah macam saling belajar dan mengajar pun ada. hihi. papepon thank you boys, semoga result gempak gempak la sumanya. kalau bersilang laluan jodoh kita insyaAllah kita jumpa lagi as teacher & students insyaAllah :)

ada gambar dengan f3 je sebab diorang je banyak permintan. f1 f2 innocent lagi takut nak mintak bergambar2 ni. haha. kalau tak boleh la tengok budak2 yang lagi rendah atau sama tinggi ngan aku hahaha

so whats next? dah kena fikir aktiviti2 untuk lebih produktif nih. 

but for now, kita tido dulu. dah lewat.

toodles!

Khamis, 9 Oktober 2014

hai masadepan ;

job hunting oh job hunting.

ikutkan hati nak je mintak semua yang boleh dimintak. but  when you have lots of things to consider, memang scroll click excited tiga saat and lastly, sigh...

benarlah, future if its still unclear, its something to fear.

tapi siapa je yang tahu masa depan kan.

takpe,

insyaAllah ada jalan :)

theres no one and nothing to blame, kalau ada pun diri sendiri.

.
.
.

Hari ini ku lihat awan biru dan hijaunya dedaun
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar
 
Tersesak dalam cita, diuji dan diduga
Namun aku ini hanya orang kecil

Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku ‘kan sampai ke sana

Hari ini ku lihat teman ku dan separuhnya bersatu
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar

Tersungkur bangun lagi, komplikasi duniawi
Namun aku ini hanya orang kecil
  
bersyukur apa ada, ku kan sampai ke sana
*emoticon gagah*

Khamis, 2 Oktober 2014

hai oktober.

cepatnya masa. 

sedar sedar dah nak habis dah tempoh berkhidmat (cewah) kat mtsna. maybe sebab banyak cuti kot tak terasa tempoh dua bulan tu. raya haji ni cuti lagi seminggu.

walaupun hari hari bangun rasa malass sangat.

walaupun tiap hari pun nervous nak masuk kelas sebab tak tau nak ajar macam mana.

walaupun kalau boleh nak lari dari buat extra class for pt3 students.

rasanya mesti akan sedih jugak kot sikit. nak kata bakal merindui bebudak tu tak la sebab tiap jumaat diorang akan lalu bebetul depan rumah untuk ke mesjid. nampak la sorang sorang punya muka tu. cuma diorang je yang taktau wakaka. but im sure gonna miss all the kakaks yang baik hati. cikgu perempuan memang tak ramai pulak kan. 

takpela bukan takleh nak melawat pon. sekangkang kera je dari rumah. masalahnya tau dah sikap diri sendiri. rindu la bagai nak rak pun, nak jumpa je entahkan rajin entahkan tidak. haha.

ada lebih kurang seminggu je lah lagi kat sana. mari kita buat sebaiknya & make lots of good memories hehe