Isnin, 20 Oktober 2014

konvokasi ;

salam'alaykum,

yeayy kite dah konvo hihi. sebenarnya konvo ni aku rasa biasa biasa aje. yes its a special day for me tapi entahlah...cukuplah dapat rasa yang ummi happy.


ada sedikit sedih la jugak. sebab hari tu adalah hari yang abah dah lama tunggu. dulu time belajar, abah suka suruh aku kira agak agak bila konvo (sebab sistem uia ikut sukati nak amek berapa credit hours per sem, so pepandai la agak bila nak habis). and i still remember the way he pronounced the year 2014. dua-kosong-satu-empat. abah excited sebab kalau ikut perkiraan dia from 2011 onwards tiap tiap taun dia akan pergi konvo. 2011, ummi and then 2012 mardhiah pastu aku then abang. memang abah sorang je paling excited. kami biasa biasa je. tapi abah dah tak sempat pi konvo mardhiah pun. dah kat hospital masatu. ingat lagi ummi citer abag nangis bagitau nurse harini anak dia konvo tapi tak dapat pergi. abah dah tak dapat bangun dah pun masatu cos of his backbone. aku dengan kak noni dua orang je yang pergi. tapi mardhiah kuat betul. rileks je lepak bergambar dengan kawan kawan.

and because of that jugak, aku rasa macam takpela kalau takde siapa yang datang sangat pun. yang ada ummi & abang. and then cikdi. tu pun dah terharu cikdi datang. kawan2 yang datang izzah, akak and sapik boon. tak bagitau sape sangat pun sebab taknak susahkan. dah la petang tu hujan, angin kuat, keluar dewan lambat. kesian diorang menunggu. izzah dengan akak datang secara surprise. nak surprisekan aku tapi sebab after kuar dewan takde line sebab orang ramai sangat tak jadi seprais. padan muke hahaha. mak tiri datang sesorang je sebab mak tiri lagi sorang (kak kecik) kerja. masa jumpa diorang tengah borak bertiga. padahal tak kenal each other lansung tu. hairan aku.

gambar takde sangat sebab dah lewat petang baru kelua pastu cuaca gelap. gambar suma kalau tak gegar pun, kelabu hahaha. esoknya pun tak sempat nak bergambar sangat sebab rushing. tapi overall puas hati sebab sempat jumpa bestfriends time uni. cuma sedih sikit tak sempat jumpa adik adik gemilangku.

dalam dewan tu masa nyanyi lagu iium (leading the way) baru sedar. so this is it. sampai sini je la perjalanan aku kat taman ilmu dan budi ni. no more business di the land of atap biru dah. baru sedar banyak dah yang dilalui. baru nyesal tak belajar betul betul. baru rasa bangga aku survived kat sini. baru rasa bangga dapat peluang jadi one of iium graduand. baru rasa rindu kat suma benda dalam ni. biasa la tu masa still kat sana kita tak rasa sangat dia punya berharga tu kan.

thank you Allah for giving me the opportunity to seek for ilm there. thank you lecturers, thank you friends. thank you abah & ummi. sebab doa abah ummi jugak la kakak survived kat sana.


simpan lagi semakan permohonan haha. masani macam mimpi. eh macam mana dapat uia nih. sebab mintak ukm banyak sesama ngan madiah. last2 madiah yang masuk ukm.
aku boleh frust masatu sebab sesorang je tercampak kat uia. kawan2 kpm lain mostly berkampung kat usm ukm uitm. dasar tak bersyukur. ingat senang ke nak masuk uni. lepas spm dulu dok mintak & rayu uia tak dapat2, akhirnya Allah bagi jugak peluang merasa. cantiknya perancangan Allah.

i looked a bit too happy. padahal tengah cakap thank you je sebab dia ckp congrats. memula plan nak senyum je sebab nanti gambar tengah bukak mulut buruk. akhirny sejarah gambar konvo diploma berulang. haha
throwback taaruf week. 5 tahun lepas. ex rumet taaruf week. alhamdulillah dah grad sume. kanan tu dentist tau.


thankyouuu

 

 
kesian tengok gambar. dah la ada fon je. tengah hujan rintik2 plak, angin kuat, gambar kelabu. dann aku selebet. haha. tapi papepun its one of the day that i'll chersh forever. takpela takde gambaq studio ke, photoshoot ke. its the presence of beloved ones that matters :)

dan sorry to those yang aku dah janji nak bagitau bila konvo tapi buat senyap je. bukan apa, taknak susahkan datang sesak sesak panas panas. payah parking pulak tu. takpe, konvo je kan, hehe

ok habis cerita konvo.

citer kawen ds nak pospon sampai bila la entah kan. hahaha.

oh, this week kembali menganggur. dah selesai tugas mendidik anak anak kolej tahfiz sains nurul aman. pengalaman yang sangat2 berharga. semoga segala apa yang diajar dan segala usaha mereka mendapat barakah dan redha Allah. rindu pulak kat bebudak. datang masa budak budak f3 lagi sebulan nak exam pt3 so paling dekat dengan depa la rasanya. memanjang ngadap diorang je sebab kelas tambahan almost everyday. kesian diorang cikgu ganti yang takde pengalaman datang masa dah dekat peksa. dah la pt3 baru first time nak dijalankan. cikgu ngan pelajar sama sama blurr. time kelas dah macam saling belajar dan mengajar pun ada. hihi. papepon thank you boys, semoga result gempak gempak la sumanya. kalau bersilang laluan jodoh kita insyaAllah kita jumpa lagi as teacher & students insyaAllah :)

ada gambar dengan f3 je sebab diorang je banyak permintan. f1 f2 innocent lagi takut nak mintak bergambar2 ni. haha. kalau tak boleh la tengok budak2 yang lagi rendah atau sama tinggi ngan aku hahaha

so whats next? dah kena fikir aktiviti2 untuk lebih produktif nih. 

but for now, kita tido dulu. dah lewat.

toodles!

Tiada ulasan: