Rabu, 9 Oktober 2013

kuih bangkit ;

wuhu another antologi puisi collection. ni pun even lari bajet beli jugak sebab malas beli online bazir duit postage.

dah berbulan bintang peram perasaan malas ni. dah jadi penyakit. aku pun tak tau ah nak seluk kat celah mana lagi benda yang boleh dijadikan motivasi. berapa bulan je lagi tinggal tapi dah tak mampu nak bawak diri. nasib baik tak banyak subjek. kalau tak dah tunggang terbalik manage diri. dulu ambik  banyak subjek plus busy kelab pun boleh survive. sekarang ni macam tak mampu je. entah kenapa.

dan makin hari makin malas jumpa orang. kalau boleh lepas kelas atau tiap kali gap before kelas nak terus balik bilik hadap katil atau laptop. rasa useless je.

banyak benda boleh dijadikan sebab tapi aku rasa baik salahkan diri sendiri je la. sebab benda lain tu hujung hujungnya akan nampak macam alasan je. sebab sudah tentu Tuhan tak bagi dugaan yang kita tak mampu hadap kan. so diri sendiri je lah masalahnya.

and aku taktaulah kalau aku dah pernah post pasal malas ni kan. rasa macam dah lama sangat hidup dalam timbunan kemalasan ni.

bangun wey.

"mimpi sudah habis
ayam sudah kokok

bangkit"

--FJ

2 ulasan:

Izzah Sobki berkata...

weiii beli mana puisi tepi jalannn...nak jugokkk..aku dulu x paham puisi kok ping. deep sgt. tp skang dah boleh layann. adakah jiwa aku dah jadi deep?

lttlgjh berkata...

aku beli kat uia je ni time fest. takpe nanti aku tgkkan if ada lagi bukak booth aku belikan yek. hehe maybe sebab boleh relate diri kita dgn apa dia tulis kot tu yg paham tu. tak pun mmg jiwa ko dah jadik deep la tu. mihihi