Sabtu, 6 April 2013

salamu'alaykum,

a lot of things happened 2-3 minggu ni. and ive been living in my own world. sebenarnya memang dok hidup dalam dunia sendiri pun selama ni kan. hoho.

banyak nak cerita tapi macam biasa bila free je mood nak bercerita tu tak berapa nak ada.


my beloved abah dah pergi berjumpa dengan Penciptanya. hari khamis malam jumaat, 14 mac 2013. he has been fighting with cancer for about 7 months. tu pun lepas diagnosed he's already in stage 4. only Allah knows sejak bila dia dah bertarung dengan penyakit tu.

terkilan. i was the only person yang tak sempat tengok abah di saat-saat akhir dia. dah balik kelantan hari rabu bila ummi cakap abah sesak nafas. balik dengan cousins and hilmi. sampai rumah, keadaan abah memang dah makin uzur. abah dah tak boleh bercakap. lidah dah pendek. dia cakap pun kami tak faham. cousins nak balik kl dah khamis. memula plan tak nak follow diorang. balik sendiri je la jumaat malam naik bas. nak balik awal coz i have sewing class on saturday. petang khamis tu diorang singgah rumah tengok abah. bila tahu aku nak balik jumaat semua cakap ala esok je dah pun. ikut je la balik kl. kebetulan lagi seminggu memang akan cuti mid sem. bila ummi sendiri suruh balik kl je aku pun follow je la. 

before gerak, i kissed abah's hand and forehead. kak ja bagitau abah aku nak balik dah ni. abah tengok dgn pandangan kosong. abah dah dalam dunia dia sendiri. i fought the urge to cry. entah kenapa perasaan kosong sangat. halfway perjalanan, lepas berhenti makan kt hentian gua musang, kak ja dapat msg whatsapp from his brother, "pok nik ji (abah) tenat". masatu tengah asyik dengar lagu kat fon, tak perasaan suma org kecoh dalam kereta. abg sharul stopped the car. kebetulan kawasan takde line. tak dapat contact siapa2. kitorang terus patah balik je. kak noni call auntie, i knew it right away bila dia menangis. semua orang senyap. nasib malam. takde siapa nampak air mata mengalir.

sampai rumah around 1am. alif nangis nampak aku. but i cant cry. not yet, i told myself. i cant bring myself to look at abah. nanti-nantilah, cakap kat kak noni. ambil wudhu' baca yassin dekat abah. ummi suruh kami khatam qur'an sebaiknya before abah dimandikan esok. so aku pun ngaji non stop sampai esoknya. i never leave abah's side kecuali untuk mandi & solat subuh pagi tu. sebab they werent many of us kat rumah so takut tak sempat habiskan. pagi tu ramai datang untuk ziarah & tengok abah, aku dah tak hiraukan siapa2 pun sebab still mengaji. sampai diorang angkat abah untuk dimandikan dalam pukul 11. berjaya khatam 30 juzuk and tak lama lepas tu abah dah siap dimandikan. pakcik panggil kami & family untuk tengok & cium buat kali terakhir. 

masuk bilik, alif tgh menangis, helmi pun mata merah. diorang join mandikan abah. ummi, mardhiah & fatimah pun dah merah mata. kitorang pujuk alif berenti menangis sebab taknak air mata menitik time cium abah. Allah je tau macam mana rasa kosong dan sedih dia. semua kenangan dengan abah dari kecik sampai besar bermain main dalam ingatan. but i didnt cry one bit. entah kenapa rasa macam taknak bagi abah lagi sedih. semua macam berlaku cepat sangat, abah disembahyangkan & dibawa ke kubur. tak sempat tengok pun suma tu. abah selamat dikebumikan sebelum solat jumaat.

sampai sekarang semua macam mimpi. abah sakit tiba tiba, makin kurus makin uzur and then abah dah pergi.  it takes time before the reality really hit me. Alhamdulillah, abah pergi malam jumaat. salah satu impian abah adalah untuk meninggal hari jumaat. Alhamdulillah, ummi dan kami anak-anak dapat peluang jaga abah sebaiknya. abah ada banyak hajat yang belum kesampaian, sebab dia sakit as soon after pencen. banyak benda yang dia nak buat lepas pencen tapi  tak sempat. dan semua yang dia nak buat tu berkaitan dengan kami, anak-anak. bila fikir pasal ni, Allah.. rasa sedih sangat. tapi ni lah tugas kami adik beradik sekarang. tunaikan hajat abah..

dulu selalu dengar pasal anak yang soleh adalah the only harta yang ibu bapa ada. sekarang bila abah dah takde, baru terasa betapa penting nya seorang anak soleh & solehah tu untuk ibu bapa. 

aku harap aku, mardhiah, hilmi, fatimah & alif akan sentiasa berusaha untuk jadi anak yang soleh & solehah yang dapat jadi jambatan untuk abah & ummi ke syurga. 

kitorang bukan jenis affectionate. jarang tunjuk kasih sayang or kesedihan depan each other. kitorang betul betul menangis depan each other pun lepas abah sakit. sebab sepanjang 7 bulan ni banyak sangat dugaan. kalau pergi kubur & ummi tak ikut, ummi suruh kirim salam kat abah. and kitorang bebetul cakap camtu time kat kubur abah. kitorang even cakap goodbye kat abah casually bila dah nak balik. bukan tak sedih, Allah je tau macam mana perasaan dia. tapi tak biasa meraikan kesedihan dengan air mata. thats what abah taught us. masa abah nak operate dulu pun, abah lambai ckp bye macamkan nak pergi mana je. padahal nerve wrecking gila kut nak kena bedah. hihi.

teringat ustaz miszairi pernah cakap dalam kelas intro to fiqh, "jangan sedih, mati tu perpisahan sementara je. kita akan berjumpa semula. dengan syarat banyakkan la amalan & jadilah mukmin sejati supaya kita semua jadi penghuni syurga"

betul, jangan sedih. kita pun akan menyusul juga satu hari nanti :)


and Alhamdulillah, syukur dan berterima kasih sangat dekat orang sekeliling. Subhanallah, we are blessed with saudara mara & kawan-kawan yang sangat baik. Alhamdulillah.. sejak abah mula-mula sakit sampai sekarang, tak henti-henti membantu, tak henti henti mendoakan. hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya.

terima kasih sangat sangat.

4 ulasan:

Izzah Sobki berkata...

berjurai jurai air mata. dah la baca kat opis. silap besar. abes la aku kalau orang tanya jadahnya mata merah tetiba =___=

doa kita semua utk arwah & family ang insyaAllah, selagi ada daya ingatan, selagi hidup doa tu tak berkesudahan.

Al-Fatihah.

Jom same same kuat (:

chocolatte berkata...

syanad, be strong ye! :) sedih baca part ko tahan air mata. aku pon jenis macam tu. kalau terkejut lama aku macam nak digest baru boleh nangis. aku doakan ko cepat habes belajar with flying colors dapat kerja best and boleh jaga adik2 ko..take care syanad..even kita jarang cakap and maybe aku lambat tau apa2 pasal ko, i still care about you sama masa zaman plurk united dulu. :) again, take care ye! :) im here if you need anything.

l t t l g j h ; berkata...

jijah - ni kire balas dendam la pos ko pun buat aku nangis. hehe.

insyaAllah,, jgn berenti doakan mereka :)

ain - thanks ain! rindu sgt2 jugak kat gang plurk united. keep in touch tau sampai dah abes blaja sampai da keje pun. aku tak jumpe ko kt fb nnti aku cari kt plurk. hehe :)

nora~zizi berkata...

:) ct, semoga terus tabah, and it's not wrong to grief, so, listen to your heart, and be a stronger person after that.
iA, same2 kite doakan our parents, so that one day, we would all have that epic family gathering in Jannah.
ct fighting! ^^,