Isnin, 8 April 2013

makangthon ;


aku memang jenis yang membosankan kalau bab makan. not that aku memilih tapi sebab tak pandai pilih i tend to go with the same menu everyday. sampai bosan. bila dah start makan yang tu, benda sama la yang aku akan makan sebulan dua akan datang. haha.

sebab tu kalau keluar dengan kawan kawan aku pantang betul bila orang suruh aku decide or suggest makan mana. more to jadi pantang orang lah kut. memang hangen je nak tunggu aku bagi cadangan. sebab aku memang tak peduli sangat nak makan mana. janji makan. aku takut kalau bagi suggestion karang lagi orang naik angin je. sebab yang aku tau kfc je. haha.

mebi sebab aku suka je apa jenis makanan kut. prinsip aku bukan janji sedap, janji kenyang. dan janji ko makan. 

ok sebenaqnya nak citer pasal makanan yang menggiurkan kat atas tuh. burger kat mahallah halimah muahaha. beria padahal kat mahalah sendiri. ni pun nadja yang duduk kat mahalah lain promote. before ni aku tengok je dari jauh tak penah try. tapi bila dah tryy, hari hari lah pulok dok makan benda ni. kalo tak bulan lepas dok chicken chop halimah je memanjang. nadja cakap untung duduk halimah banyak gile choices makanan. tu pun aku dok ulang chicken chop dengan ayam penyet je. gila takde life kan. 

apa yang membuatkan ia menjadi ketagihan adalah sos yang banjir banjir dan juga cheese yang melimpah ruah. sedap. harga standard la kalau special daging cheese rm 3.60. not bad la kan.

kite tengok sampai bila aku mampu makan yang ni je.

Tiada ulasan: