Sabtu, 31 Julai 2010

tumblr ;

demi iEe, akhirnya signed up satu lagi account social network. haha.

aieshaaddin.tumblr.com

^^


ps: wee shinee menang kat mubank. too bad tak tengok harini.

Rabu, 28 Julai 2010

b o n c e t ;


booooooon HAPPY HAPPIEST BIRTHDAY! i wont tell yang keberapa sebab dah konfem konfem ko memang tua. haha.

rindu ko ngan kakak kecik weh. sekarang ni dah takde aktiviti lepas tensi kat danau. kalau dulu pas kakak kecik balik keje mesti kuar main main ngan korang. danau sure rindu kita dowh. hahaha.

semoga panjang umur & dirahmati Allah selalu. ^^

Selasa, 27 Julai 2010

bogoshipeoseo ;








aku tak paham kenapa aku dah hidup kat hostel hampir sedekad tapi aku masih homesick. benci benci dan benci. lagi benci bila konfem takkan dapat balik. kalau ganu memang dah cari 1 wikend yang akan ponteng koko segala untuk balik jumpe family. huu.

rindu nak teman umi merayau, rindu tido bangun sesuka suki (ceh padahal kat sini pun sama je), rindu menonton bola dengan helmi kat tv hikmat yang kena ketuk2 baru clear gambar. rindu nak layan si kenik, rindu dengar bising2 si kenik jerit sebab kena buli ngan mardhiah & helmi. rindu layan dailysupplement ngan imah. rindu goreng2 nugget & fries bila lapar, rindu makan kat luar ngan abah.

rindu la weyy.

padahal baru 3 minggu sem start. pelempang baru tau.

ok gerak dulu. curi masa online kat library. nak harap kat bilik takde ah nak update2 blog. sem ni takde klas pun yang aku motivated nak pergi melainkan klas intro to sociology. kenapakah kenapakah. wahai jin motivasi silalah sampuk saye huhuhu.

chow dulu.

bbyong!~

dongho yahh. jangan la comel sangat. kalo ade adk macam ni sumpah ai amek lesen cecepat hantar gi skolah hari2 hehehe :p

Selasa, 20 Julai 2010

카르마 ;


to live life to the fullest. appreciate everything that you have around you. kadangkadang kesakitan yang kita rasa sekarang adalah harga yang perlu kita bayar untuk kesilapan lalu. kita tak perlu salahkan apaapa atau siapasiapa. even if kita rasa apa yang kita buat tak salah. stop questioning why other people are living their lives happily while you are not. kenapa mereka pernah buat salah tapi masih boleh hidup gembira tapi kita tak. kenapa kita yang teraniya masih hidup susah sedangkan yang menganiaya hidup gembira. maybe in the past kita pernah buat orang so this is the price we've to pay. and untuk orang yang menganiaya kita, they will taste their own medicine one day. its so annoying to blame here and there when its obvious that what we feel rite now is what we did to others in the past. if you choose to live miserably then there you go.






karma is a bitch. should know that.

Ahad, 18 Julai 2010

bounce to you bounce to you ;




kyopta!
tapi dah hujung2 dah menakutkan sikit. pengaruh tv banyak sangat ni. haha.

i miss si kenik. tapi lambat lagi nak balik. paling awal pun november. paling lambat? whaaa sedihh.

shinee. tomorrow. tapi kenapakah lucifer? sukar sket lah nak semangat2 lagu tu. tapi MV mesti gempak. i'll overlook their hairstyles. nemind, as long as they're shinee. hehs hehs. :p



bbyong!~


Jumaat, 16 Julai 2010

shawol ;


rambut baru. tak tahu kenapa tapi rasa shinee macam salu jadi fashion victim. haha.

taemin with ponytail. jonghyun's sexyback, minho's sixpack? onew rambut belah tengah dan KEY? he got his hair shaved at the back. reminds me of sungmin's hairstyle in don't don mv.

the new styles/hairstyles are quite shocking rather than hot. or maybe its just me. dun want them to look hot. i just want their cute sides! haha.

the official comeback stage will be on 23rd july 2010 at kbs music bank. ahh if only i'm at home.

listened to their medley & currently loving all the songs ^^

ahh rindu melihat mereka begini..


anyhoo, sedang bersiaran lansung ni mahalah asma. kat bilik baru ee. katil baru meja baru loker baru pastu ada wifi lajuu. waaa best. mungkinkah bilik ni akan jadi port tetap hujung minggu? haha :P

nite.

bbyong!~

cr: shinee singapore, shinee shawols.

Rabu, 14 Julai 2010

tak boleh nak elak, hadap je laa ;

ini je yang termampu. haha tiap2 sem pun ayat sama. ini je yang termampu. nak buat manual tapi tengok kawankawan yang nak dapat 12 credit hrs pun sakit cam kesian la plak.

bile kite rasa susah sakit & letih cuba letak diri kat tempat orang2 lain yang lagi susah. sure lepas tu kita rasa kuat (:


Selasa, 13 Julai 2010

semester 101 ;


SPAIN WON. hohohoyehs. sorry lah oranje.
sekolah dah start. satu benda tak berapa baik, belum jumpa mood. bangang lak aih.
lately, banyak sangat buat benda tak pakai hati.
ape ni aisyah nadiah? pelempang mau?

menjadi baik atau menjadi bodoh?

atau buat baik sampai nampak bodoh?

untuk aku, bodoh sikit takpe ah. yang penting ikhlas.
jangan jadi dungu melampau dah la.
(:

tak perlu saiko sorangsorang untuk bendabenda yang takde benda. takde masa nak sentap sana sini atau melayan kesentapan di sana sini. aku bukan psikik yang boleh detect aura aura sentap. kita suma jauh, aku tau. tapi pernah aku cakap jarak buat aku kurang sayang kau? aku sayang kau lah gila. sayang sampai rasa nak bagi penampar sebab tak paham kenapa kau tiba tiba camni. haish.

semester baru, hwaiting!

Khamis, 8 Julai 2010

kamek sayang kitak ;

harini balik gombak. haih~

kenik nangis before gi sekolahtadi sebab sedih kakak abang dia suma nak balik dah.

dalam kete pun nangis lagi. pagi ni hujan renyai. titiba sampai2 sekolah nampak pelangi terus excited & benti nangis.

thanks pelangi. youre the best ^^


buhbye home! buhbye kuching!

Rabu, 7 Julai 2010

adik ;




akhirnya lepas cukupcukup sebulan berjuang, syahmi pergi jugak. 060710, lepas maghrib.

semalam lepas isyak ade call kat fon ummi. aku yang angkat, taktau nape dalam hati titiba terlintas..syahmi. memang betul, lepas tu ummi cakap syahmi dah takde. ummi cakap biarlah dia pergi, dah lama dia seksa sakit. buah pinggang, paruparu & usus suma rosak. doc sendiri dah taktau nak buat macam mana. dia boleh sedar sebab kepala tak effect, tapi terpaksa ditidurkan sebab sakit.

ummi nangis, takde dah sorang anak dia. tinggal nama je dia cakap. masa tu aku tengah makan. peh nak telan nasi rasa macam nak telan batu. tahan nak nangis. alip pun nangis, dia rapat ngan syahmi. balik kampung mesti main sama. cuti sekolah pun syahmi salu datang rumah. temenung je alip semalam. kejap2 dok tanya kami, betul ke abang syahmi dah xleh hidup balik?

masa dia lahir dulu ummi yang bagi nama. mak ngah mintak ummi fikirkan. aku pun baru tau semalam gak ummi citer. patut la dekat ngan nama helmi, aku cakap.

tok ayah ngan nenek mesti yang paling terasa. budak kecik tu dari kecik tiaptiap malam tidur kat umah tok ayah. dia dah besar ni je, bila ramai2 balik umah tu baru dia tak tidur sana. pastu dah besar2 ni susah la nak nampak muke. ummi cakap last diorang balik kampung bulan mei haritu je titiba dia tidur ramai2 kat umah tok ayah.

aku terkilan sket. dalam sume family ramai2, aku je yang tak sempat gi tengok kat hospital haritu.

takpelah, Allah lebih sayangkan dia. dah janji dia pergi dulu.

bersemadi di sana ngan aman ye dik. kakak doakan kesejahteraan & ketenangan syahmi kat sana.

Al - Fatihah~

muhammad syahmi zainuddin
1996-2010


*so raya ni dah buat keputusan akan balik umah tok ayah. family aku dah la muka wajib 1st raya. tahun ni je first time tak dapat balik gua musang 1st raya sejak 1999 kot. mesti terasa kosong.

Isnin, 5 Julai 2010

i actually found my heart today ;


so this is how it feels. having a heart that's aching.

dah lupe camne rasa.

tak best.

aku tak suka nak ingat ingat cite lama yang tak best, yang hurtful.

tapi as masa berlalu, bila dah moved on, aku boleh je jumpa watakwatak dalam cite lama yang hurtful tu. boleh je senyum, boleh je gurau, boleh je baik.

as long as kite tak ungkit masa lalu.

tapi bila dah diingatkan balik sume benda yang dah lupe ni,

especially diingatkan sendiri oleh watak itu.

haih.


maybe i'm just a fool.
i was.
now,

i still am.


takde masa nak kesiankan diri sendiri, mari kita menonton family outing.

just cakap kat diri sendiri & suma orang,

dah lupa pun~

ps: minggu ni mood layan lagu 2PM & big bang

Ahad, 4 Julai 2010

fernando muslera ^^


ahhh brasil tak sempat masuk semi lagi skali. frust berguling. kesian kaka oppa.

oppa??? ngade lah syanad. lempang nak.

uruguay akan menang. oranje tak oranje. uruguay kena menang gak. go fernando muslera. keeper tercomel dunia. hahaha :p

germany vs spain. dilema dilema. macam time euro haritu.

tiga hari lagi nak balik. hati da start lobang sket2 dah ni. tak eksaited lansung nak raya.

Khamis, 1 Julai 2010

oh chentaku - polaroid ;

dah lama aku minat instant cameras atau dengan kata lainnya kamera yang takpayah pegi kedai untuk cuci filem ni. mase kecik kalau tengok citer ade kamera camni aku mesti cam.. woahhh. tapi fikir mesti mahal punya lah so minat gitu2 je la.

tapi barubaru ni tengok kat internet orang jual & bila tengok harga, whaa takde la mahal sangat pun. yang mahal filem dia lah. 10 keping dekat 3orm. tapi bila tengok harga dorang tak sampai 500rm terus campak masuk dalam wishlist. campak masuk je la nak tunggu beli lambat lagi la.

wishlist aku dah penuh ngan bendabenda pelik macam kelisa kuning dan.. eh, kelisa kuning je ke dalam wishlist skarang? ingat banyak. haha *tampar*

tapi seriously, mahuuuuuuu. kamera ni kalau kita jenis yang suka bergambar memang nangis sket la nk refill filem. kalu nak capture banyak2 gambar of course digicam paling bagus tapi yang ni kalau nak capture memories yang penting2 best la. pastu leh conteng2 gambar tu. wahh best tau. eh dah melencong feeling2 cite korea lak *tampar lagi*

kedai gambar mane ntah aku lalu haritu ada jual exactly macam kat bawah ni. harga dalam 200rm++. kalau kumpul duit ni boleh ni tapi tu kalau kumpul duit lah. pernah plak aku kumpul duit kan.

takpe satu hari nanti pasti akan miliki kamu wahai polaroid. aku tak pernah ada kamera sendiri. my first cam will be this ^^


and i'm going to have it putih-pink just like Key's hehehe :p


cr: sgfleamarket, google, instax mini royal shop @facebook.

waka waka ;


dah julai. wow lagi skali. julai 2009 ape aku buat? baru lepas regis kt iiu. cepat sangat masa. banyak sangat dah yang jadi. banyak yang belajar. banyak gak yang aku sia siakan. banyak yang kena repair. banyak yang dah aku buang. banyak.

brazil, germany & spain masuk next round. 3 different games. kalau south korea menang haritu dah 4 game team faveret kena tgk. haha. takut gak kalau spain kalah ngan portugal ritu. memang villa tolong aku jumpa torres lagi la pasni. tima kaseh incek villa! :p


ee, jom tengok final kat maryam! hee.

balik gombak 8 julai. which means dalam seminggu lagi. waaaa nk cuti lame lagi. huhu.