Rabu, 7 Julai 2010

adik ;




akhirnya lepas cukupcukup sebulan berjuang, syahmi pergi jugak. 060710, lepas maghrib.

semalam lepas isyak ade call kat fon ummi. aku yang angkat, taktau nape dalam hati titiba terlintas..syahmi. memang betul, lepas tu ummi cakap syahmi dah takde. ummi cakap biarlah dia pergi, dah lama dia seksa sakit. buah pinggang, paruparu & usus suma rosak. doc sendiri dah taktau nak buat macam mana. dia boleh sedar sebab kepala tak effect, tapi terpaksa ditidurkan sebab sakit.

ummi nangis, takde dah sorang anak dia. tinggal nama je dia cakap. masa tu aku tengah makan. peh nak telan nasi rasa macam nak telan batu. tahan nak nangis. alip pun nangis, dia rapat ngan syahmi. balik kampung mesti main sama. cuti sekolah pun syahmi salu datang rumah. temenung je alip semalam. kejap2 dok tanya kami, betul ke abang syahmi dah xleh hidup balik?

masa dia lahir dulu ummi yang bagi nama. mak ngah mintak ummi fikirkan. aku pun baru tau semalam gak ummi citer. patut la dekat ngan nama helmi, aku cakap.

tok ayah ngan nenek mesti yang paling terasa. budak kecik tu dari kecik tiaptiap malam tidur kat umah tok ayah. dia dah besar ni je, bila ramai2 balik umah tu baru dia tak tidur sana. pastu dah besar2 ni susah la nak nampak muke. ummi cakap last diorang balik kampung bulan mei haritu je titiba dia tidur ramai2 kat umah tok ayah.

aku terkilan sket. dalam sume family ramai2, aku je yang tak sempat gi tengok kat hospital haritu.

takpelah, Allah lebih sayangkan dia. dah janji dia pergi dulu.

bersemadi di sana ngan aman ye dik. kakak doakan kesejahteraan & ketenangan syahmi kat sana.

Al - Fatihah~

muhammad syahmi zainuddin
1996-2010


*so raya ni dah buat keputusan akan balik umah tok ayah. family aku dah la muka wajib 1st raya. tahun ni je first time tak dapat balik gua musang 1st raya sejak 1999 kot. mesti terasa kosong.

4 ulasan:

Shun Mei Lin berkata...

sbar ya siti. tabah. :)

Ashchronicles berkata...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un We belong to Allah and to Him we shall return..

Be strong Syanad! T^T

l t t l g j h ; berkata...

thanks korang (:

hidhikariee berkata...

innalillah..