*020988 & 020989
kadangkadang kita boleh berborak dengan orang yang baru pertama kali jumpa macam dah lama kenal.
kadangkadang kita tak tahu pun apa yang nak dibualkan dengan orang yang dah lama kita kenal & yang paling dekat dengan kita.
hidup ni aneh kan?
kelakar.
4 ulasan:
aneh tapi benar.
btw sedeyh ah bile ingatkan sem3 kita dulu, kan kan?
taktau kenapa sedeyh.
amoy aa kamu wat mataku berair ditengah2 opis ni. haha.
sem 3 senanye sem bingung saye.
tak stadi langsung. tak kesah pergi kul bape kelas. tak kesah tak iron baju. tak kesah pun ulang baju sama 3 kali in a week.
n result paling teruk.
dunia luar pn gelap gelita je. lagulagu yg dengar pun lagu putus chenta je. dahler awk ngn nabil pun supply sama lagu putus centa. haha sumpah taknak ulang.
tapitapi.
ada terasa 1 kebahagian masatu.
dengan korang.
(:
knpe kamu sedeh ingat sem 3?
kenapa saya sedih?
kerana SEM3 saya berlagak gagah hakikatnya saya seorang lemah.
kerana saya berpurapura senyum sedangkan saya menangis.
kerana saya cuba bertenang tapi pada dasarnya saya mengigil.
dan paling sedih
saya hanya TIDAK sakit apabila ke kelas melihat dua kawan saya,
awak dan dia.
kenapa lagi?
sebab
bila saya senyum saya tak rasa kelat
DAN
bila saya gelak saya rasa terlalu manis
kita semacam PERFECT STRANGER.
hanya menumpang dikelas itu, mungkin.
dan SEM3, jiwa dan hati saya hanya nyawanyawa ikan.
result pun macam jahanam.
:)
maybe sebabtu kita bertiga boleh survive kot.
jiwa kita kosong masatu.
hidup pun tumpangtumpang kekuatan sesama sendiri.
fikirfikir balik, macam comel je. manamana pun bertiga. hihi.
takpe, ada hikmah. orang lain tak dapat rasa pun macam yg kita pernah rasa tu kan.
Catat Ulasan