Sabtu, 31 Januari 2009

nak jerit kejap boleh ;

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakutensyenlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakutakdemoodgilanakgikerjaesokkkkkkkkkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





*harap sangat semua akan jadi okey untuk aku minggu ni. please. pretty please.

hoi syanad dengar sini ;

tolong,

biar mereka semua gembira,

buat mereka semua tersenyum,

BUT

never hope or ask anything for return




never.


*people dont care how much you know until they know how much you care

Khamis, 29 Januari 2009

aku rasa . .

..agak okey kot harini. semalam memang totally out.

kena gigit nyamuk banyak sangat kot. sampai pening sudahh.

& this week is kinda like a week of hell.

tapi harini i guess im getting better.

*walaupun still macam in denial*

better stop whining & questioning.

like what cik izlin said.

too much questions might bring you harm.

no good.

macam dalam novel aku pernah baca kat kolej. a classic novel. cant recall the tajuk tapi ingat gila satu ayat ni:

ask no questions, and you'll be told no lies

haha. tapi kena balance lah. jangan sampai jadi bodoh sombong okeh folks (:



*ask me no questions, and i'll tell you no lies. ha ha ha. :b



Selasa, 27 Januari 2009

lie to me with style ;

dont really have a thing to say.

im just

currently

at the time being

right now

not on the right track

everything

is not at the right place

upside down

inside out

topsy-turvy

i hope things are going to be better for me. soon. real soon.



*jijah im sorry didnt pick up the fon when u called. friends, sorry for not responding on ur text messages. na, im so so sorry. im currenly away from the handfon world. apart of not having the air time credit, i actually left my dad's charger at my uncle's house so need to replace his sim card in my w300i as the punishment. huahuahua. aku topup bulan depan okeyh. as soon as dapat charger untuk fon tu. contact kat ms, fs, fb or blog nie. Justify Full



n to jijah
HAPPY HAPPIEST 20th BIRTHDAY
260109.
iloveyoutobitsbesti
Smile

Sabtu, 24 Januari 2009

harini aku rasa...

....dah jauh sangat aku pergi & dah lama sangat hidup tak jadi diri sendiri.

aku rindu jadi yang dulu.

biarlah tak ada yang pedulikan pun.

tak kisah lah tak rasa apa yang orang lain ada pun.

tak apa lah kalau tak ada yang mendengar pun.



*what will be, will be. if it did, just face it.

Khamis, 22 Januari 2009

ip task 3 ;

i have this one bad habit.

yang mana otak aku tak mampu nak bekerja keras selagi belum last minute.

dengan kata lain,

aku takkan siap assignment selagi belum tiba due date nya.









huarghhh.

Ahad, 18 Januari 2009

imissyoubutihateyou ;

*gambar tak ada kena mengena dengan post


macam mana rasanya bila someone yang paling dekat dengan kita tibatiba jadi someone yang paling jauh?

macam mana bila someone yang paling rapat dengan kita tibatiba jadi orang asing, jadi someone yang kita tak kenal?

macam mana bila dia antara paling dekat dalam hati kita tapi tibatiba kita adalah antara yang terjauh atau tak ada dalam hatinya?

macam mana eh rasanya?

.
.
.
.
.
.

why do things that used to be so real can somehow turned to be so fake?

aku takfaham.

oh B oh C ;

so finally dah dapat tau jugak result semester 5. pointer jatuh. thanks to the freaking C+ that i got for OB.
jadinya, C adalah huruf malang untuk tahun ni.
tapi aku rasa sangatlah bersyukur sebab tak failed for my carrymark was below half actually. 26/60. memang tak mungkin lah nak dapat A kan. untuk dapat B pun mustahil. so, C+ ni kira dah banyak lah kan.
ke ada yang carrymark below half dapat A?
bunuh je. ba ha ha.
hopefully tak ada lah.
9.40 a.m. belum ada kerja lagi kena buat. bos 2 - 2 tak ada. bosann. ada kerja bosan tak ada kerja bosan. adeh.
minggu ni rotate. aku jaga meja reception. kiranya minggu ni minggu terpinggir aku lah. and hanya akan bercakap once in a while. biasanya ayat yang aku cakap berbunyi:
"hello, slamat pagi. matrade".
sampai petang.
okay lah, since kak izan pun tengah buat assignment. aku pun nak buat jugak lah. hee.
toodles~
*shyt. bukuhijau tak bawak pula.
HAPPY 19th BIRTHDAY TO MY SISTER MARDHIAH.
semoga anda akan jadi lebih matang ye. adoi semalam baru patahkan kepala shower kat bilik air. hantu punya budak.

Jumaat, 16 Januari 2009

minggu kedua ;

140109

aku, kak izan & kak fiqah follow puan ke bibah songket dan noor arfa batek untuk ambil sample produk diorang & mannequin untuk display kat pameran esok. baru tahu betapa mahalnye songket & batek can be. sehelai songket boleh mencecah harga puluhan ribu. tapi memang pun kot sebab nak hasil kan dia, bukannye kerja senang. untuk siapkan sehelai songket ambik masa berminggu minggu lah gak. satu hari 2 inci je boleh siap.

oh, takda pic kat bibah songket. tinggal fon dalam kereta. tapi memang lawa lah tempat dia. rumah + tempat pameran. tepi pantai. memang cantik gile. bahagia sape dapat duduk rumah tu. hahaha.











150109

matrade wilayah timur's opening ceremony. orangorang dari hQ (kira orang atasan aku lah) dah ada since dari ahad untuk tolongtolong prepare suma.

kena jadi usherette. macam kelam kabut jugak lah aku sebab tak pernah pun terlibat dengan benda macam ni.

me & kak izan

media regis counter

booth pameran

dewan perasmian


dato' vk liew, timbalan menteri miti, dato' mohamed awang tera, exco negeri terengganu with ceo matrade.


menteri miti, tan sri muhyiddin yassin @ matrade eastern region office.
press conference

@ mida office



malam tu, dato' noha (ceo matrade) ajak suma staff matrade dinner samasama. kami makan somewhere at pantai kelulut. the foods were super delicious!


sotong celup tepung. pic tak lawa sebab snap guna w300i je.

udang goreng.

tomyam & ikan bakar.

dato' noha (kiri) & encik jamal (antara bos kat hQ)

yang baju hijau tu encik sadat, from hQ. memang baik gile.

the guys. kat belakang tu encik hafidz & suhaimi. kat depan zam, encik husni & encik khairi from hQ.

kak izan (my practical mate) & puan haizan.

puan hasziah (director matrade wilayah timur) & kak fikah.

i really had a great experience this week. thanks to the opening ceremony. dapat chance jumpa staffs from hQ. dapat gak kenal the ceo. dato' noha memang sangat baik & humble.

lepas ni mungkin kerja tak seteruk macam dua minggu ni lah. next week kena buat profile company company yang daftar dengan matrade pulak.

jia you!

tak sabar nak tunggu 17th jan berakhir. getting sick with those polispolis yang berkeliaran tak kira waktu. even depan rumah pun boleh nampak sorang dua berkeliaran. dah macam berperang pun ada gak. orangorang luar jangan terkejut la eh. and its a normal thing kalau korang jalan sebelah polis then dia kenyit mata ke ataupun korang kena tahan lepastu diorang mintak nomobor telefon. & jangan terkejut kalau dapat mesej berbunyi 'hye, boleh berkenalan' ke. sian dorang. boringg kott. manada mat rempit merempit pepagi buta. aku bukan anti polis. aku anti dengan bendabenda yang tak logik dan melampau.

* aku nak kumpul duit lah. 175 billion. sebab aku nak beli kaka. :p

Isnin, 12 Januari 2009

life kot .


hari ini,

i learned that people are not what they are actually cracked up to be.

dan;

aku belajar bahawa sehebat mana pun usaha kita, kalau takkda rezeki takkan kemana pun.

dan;

aku setuju seratus peratus dengan tulisan ini. tukarkan alam pekerjaan kepada alam persekolahan seperti aku. kalau kau rasa apa yang aku rasa, kau mesti setuju,

dan;

aku mula sedar bahawa korupsi itu bukan drama, ia memang dunia realiti sekarang. dungu lah siapasiapa yang mahu membuat sesuatu mengikut prosedurnya.

dan;

manusia sanggup menjadi babi dan badut hanya untuk wang.

dan;

aku terpegang dengan katakata zizi: dunia memang tak adil, dan sebab itulah kita akan berhadapan dengan akhirat.

dan;

aku mula tidak sabar menunggu datangnya akhirat itu supaya manusiamanusia yang tidak diadilkan di dunianya dapat merasa keadilan itu.



*harini puan belanja aku lunch. :D

Khamis, 8 Januari 2009

for you palestin ;

dua tiga hari ni kalau tengok muka muka depan surat khabar mesti rasa macam sayu je. dua hari lepas gambar mayat budakbudak kecik. semalam gambar kepala mayat budak dan harini gambar jenazah mangsamangsa kebangsatan israel laknatullah.

mulamula terdetik kat dalam hati, takpelah..pasti syurga akan jadi tempat mereka. tapi terfikir pulak, kalau terjadi kat aku, ahli keluarga aku bendabenda ni adakah aku akan cakap benda sama? redha ke aku?

kita tak boleh buat apaapa kan? yelah, kalau berdoa rasa macam belum tentu Allah makbulkan doa kita. kita ni dosa pun banyak. doadoa sebelum ni belum tentu diterima betul tak? and kalau nak boikot barangbarang buatan israel amerika dan sekutusekutu mereka tu belum tentu dapat lumpuhkan mereka. yelah, kalau kita sorang je yang beria boikot, akan bagi kesan ke?

hmm..

but come to think of it, kenapa perlu nak tunggu orang lain berdoa & bertindak baru kita nak bertindak? mungkin kita rasa usaha kita will not help much, tapi Allah kan Maha Berkuasa. sekurangkurangnya nanti kat akhirat, kalau ditanya apa sumbangan kita terhadap saudara kita di palestin sana, kita tau yang kita dah tolong kan. walaupun tak sebesar mana, sekurang kurangnya kita tak berpeluk tubuh dengan hanya setakat kesian bila baca artikel & surat khabar. beriaria mengutuk israel tapi kita tak buat apaapa pun.

macam mana nak tolong? kat sini aku ada beberapa cara, kalau kita ramairamai usaha, insyaAllah. Tuhan tu kan Maha Kaya.


1. BACA QUNUT NAZILLAH

klik kat gambar for bigger view. thanks to maaruf fan club.

berdoalah. doa kan senjata orang mukmin. kenapa mesti takut doa kita tak dimakbulkan sedangkan kita sendiri belum berdoa pun.


2. BOIKOT BARANGAN ISRAEL. dan amerika sekali. aku tau mesti susah kan kita nak buat macam tu. yelah tekak dah biasa makan makanan dari sana, barangbarang buatan sana. kadangkadang bila beli brand lain, tak sebaik brandbrand mereka kan. tapi percayalah, insyaAllah tak mati pun kot kalau kita tak makan & beli barangan buatan mereka. aku pun rasa macam susah jugak. even belum mula pun boikot ni. tapi kita try lah, mana tau usaha kita ni boleh bagi kesan terhadap ekonomi diorang kan? maybe susah kita nak boikot semua sekaligus. boleh slowslow. untuk saudarasaudara kita juga. dari zaman Rasulullah pun umat Islam dah boikot barangbarang orang Yahudi. cuba bayangkan, keuntungan dari barangbarang yang kita beli tu, diorang guna untuk beli senjata & serang orangorang palestin? kita nak jawab apa kat akhirat nanti kan? so guys, mari!

- senarai companies israel dan yang menyokong israel.


3. bagi sumbangan wang untuk rakyat palestin. caranya? ada banyak. surat khabar pun ada lancarkan tabung palestin. and boleh jugak:


aku tau, tarikh nya clash dengan youth09 kan? boleh je nak pergi. pandaipandai lah arrange. those events bukannye satu hari kan? aku dah tau pasal event untukmu palestin ni sebelum youth09 lagi. sebab one of my bestie terlibat dengan program ni. memang aku takde plan pun nak pergi both sebab memang tak dapat pergi. tapi, kalau aku jadi korang, yang duduk kat areal kL tu, mungkin aku pergi duadua. suma kutipan untukmu palestin nanti disumbangkan untuk tabung palestin tau. tepuk dada tanyalah selera.

atleast kita boleh bantu something walaupun kita tak mampu untuk ke tanah palestin untuk berjihad & syahid kan?

Selasa, 6 Januari 2009

sudin tanduk ;

050109
  • hari pertama praktikal.
  • aku praktikal dekat matrade cawangan timur. located at menara yayasan islam terengganu.
  • ada 5 staff termasuk aku. pn hasziah (director), incek hafidz (asst. director), kak fyqah (pembantu tadbir), kak izan (praktikal student).
  • basically aku akan buat kerjakerja yang macam pembantu tadbir buat. buat call, angkat call, guna fx machine etc.
  • dalam pc ofis ada novel harry potter suma series (pdf format). i wonder siapa antara mereka yang baca. ghaa.
  • lepas 20 minit masuk ofis dah kena calling2. nervous nak mati! ba ha ha.
  • 15th jan nanti ada perasmian ofis matrade so kena jemput macammacam orang.
  • mulamula guest 80 je. then titiba bos kat hQ up 500. lepasni kena la layan fon & fax machine tu macam ahli keluarga sendiri.
  • kejadian trauma hari pertama - pencuri masuk ofis & curi fon kak fyqah.
  • 2 minutes before fon kena kebas aku layan borak dengan mamat pencuri tu. tapi masatu aku taktau lah dia pencuri. dia cakap tengah tunggu anak buah pergi interview. kak fyqah siap suruh mangkuk tu sign guest book lagi. natey beghuk (binatang beruk) sungguh!
  • oh, ada orang kata dia tu memang selalu mencuri kat ofis ofis. nama dia sudin tanduk. haram, nama pun dah macam keluarga syaiton. patut ah mencuri.
  • matrade punye ofis sama level dengan mida & petronas. so staff dari tigatiga ofis ni kind of rapat lah jugak.
  • oh, bapak aku kerja kat mida. ha ha. tapi aku dapat matrade bukan cos of ayah tau. aku apply sendiri. tapi mida & matrade agak macam kawan rapat ah gak.
  • aku kena belajar & baca pasal matrade & agensi yang berkaitan banyakbanyak sebab macam susah nak faham+ orang akan datang or call tanya.




060109
  • hari kedua.
  • harini hari penamaan calon so suma orang sampai ofis later than 830am. ha ha ha. jalan JAM!
  • still callingcalling jawab call & faxingfaxing.
  • belajar guna mesen fotokopi.
  • pergi round level atas untuk mintak adress & nama pengarah untuk invitation.
  • dapat souvenir dari suruhanjaya syarikat. ha ha.
  • aku terasa failed sebagai student komunikasi. sebab kerja camni yang aku paling malas. part kena taip surat suka pulak aku.
  • capiq gemok mesej tanya maksud word 'membazir' in english. mementang kerja NST.
  • pergi lunch dengan ayah & puan (bos) sebab kak izan & kak fyqah keluar.
  • aku takboleh kerja tempat tempat yang ada family. rasa awkward sebenarnya. & kita kena jaga nama baik mereka. susah.
  • aku rasa macam puan je yang baca harry potter. tadi dia nampak aku bukak then tanya baca harry potter eh? haha.
  • ayah ambil alif harini sebab mak ada meeting. dia orang first melawat aku. hee.
  • harini ada homework - cari nama pengarah jabatanjabatan kat KT & address. esok kena call konfirm kan untuk hantar invitation.
  • rasanya until 15th jan ni suma kerja adalah berkaitan dengan opening ceremony 15 haribulan ni je la kot.


ni je lah pengalaman aku dua hari ni. korang bila nak cerita? mesti lagi best dari aku kan.

toodles~

ps: oh, kat ofis nama aku 'nadia'. wah ha ha. baru nampak macam dewasa sikit an? heee :p