Khamis, 8 Januari 2009

for you palestin ;

dua tiga hari ni kalau tengok muka muka depan surat khabar mesti rasa macam sayu je. dua hari lepas gambar mayat budakbudak kecik. semalam gambar kepala mayat budak dan harini gambar jenazah mangsamangsa kebangsatan israel laknatullah.

mulamula terdetik kat dalam hati, takpelah..pasti syurga akan jadi tempat mereka. tapi terfikir pulak, kalau terjadi kat aku, ahli keluarga aku bendabenda ni adakah aku akan cakap benda sama? redha ke aku?

kita tak boleh buat apaapa kan? yelah, kalau berdoa rasa macam belum tentu Allah makbulkan doa kita. kita ni dosa pun banyak. doadoa sebelum ni belum tentu diterima betul tak? and kalau nak boikot barangbarang buatan israel amerika dan sekutusekutu mereka tu belum tentu dapat lumpuhkan mereka. yelah, kalau kita sorang je yang beria boikot, akan bagi kesan ke?

hmm..

but come to think of it, kenapa perlu nak tunggu orang lain berdoa & bertindak baru kita nak bertindak? mungkin kita rasa usaha kita will not help much, tapi Allah kan Maha Berkuasa. sekurangkurangnya nanti kat akhirat, kalau ditanya apa sumbangan kita terhadap saudara kita di palestin sana, kita tau yang kita dah tolong kan. walaupun tak sebesar mana, sekurang kurangnya kita tak berpeluk tubuh dengan hanya setakat kesian bila baca artikel & surat khabar. beriaria mengutuk israel tapi kita tak buat apaapa pun.

macam mana nak tolong? kat sini aku ada beberapa cara, kalau kita ramairamai usaha, insyaAllah. Tuhan tu kan Maha Kaya.


1. BACA QUNUT NAZILLAH

klik kat gambar for bigger view. thanks to maaruf fan club.

berdoalah. doa kan senjata orang mukmin. kenapa mesti takut doa kita tak dimakbulkan sedangkan kita sendiri belum berdoa pun.


2. BOIKOT BARANGAN ISRAEL. dan amerika sekali. aku tau mesti susah kan kita nak buat macam tu. yelah tekak dah biasa makan makanan dari sana, barangbarang buatan sana. kadangkadang bila beli brand lain, tak sebaik brandbrand mereka kan. tapi percayalah, insyaAllah tak mati pun kot kalau kita tak makan & beli barangan buatan mereka. aku pun rasa macam susah jugak. even belum mula pun boikot ni. tapi kita try lah, mana tau usaha kita ni boleh bagi kesan terhadap ekonomi diorang kan? maybe susah kita nak boikot semua sekaligus. boleh slowslow. untuk saudarasaudara kita juga. dari zaman Rasulullah pun umat Islam dah boikot barangbarang orang Yahudi. cuba bayangkan, keuntungan dari barangbarang yang kita beli tu, diorang guna untuk beli senjata & serang orangorang palestin? kita nak jawab apa kat akhirat nanti kan? so guys, mari!

- senarai companies israel dan yang menyokong israel.


3. bagi sumbangan wang untuk rakyat palestin. caranya? ada banyak. surat khabar pun ada lancarkan tabung palestin. and boleh jugak:


aku tau, tarikh nya clash dengan youth09 kan? boleh je nak pergi. pandaipandai lah arrange. those events bukannye satu hari kan? aku dah tau pasal event untukmu palestin ni sebelum youth09 lagi. sebab one of my bestie terlibat dengan program ni. memang aku takde plan pun nak pergi both sebab memang tak dapat pergi. tapi, kalau aku jadi korang, yang duduk kat areal kL tu, mungkin aku pergi duadua. suma kutipan untukmu palestin nanti disumbangkan untuk tabung palestin tau. tepuk dada tanyalah selera.

atleast kita boleh bantu something walaupun kita tak mampu untuk ke tanah palestin untuk berjihad & syahid kan?

Tiada ulasan: