Sabtu, 4 Oktober 2008

keGAMBARan ;

okay, macam biasa dah lepas raya mesti nak post gambar & cerita pasal raya kan. so here goes..


290908

pagipagi pukul 10 dah gerak. macam biasa raya kat gua musang (kampung mak) kali ni kitorang tak ikut short cut kat tasik kenyir tu sebab jalan dengar citer dah teruk. so, ikut jalan biasa (machang-kuala krai). sampai dalam pukul 2 lebih. dalam pukul 4 kezens (shida, mija & ina) sampai. tapi mak ayah dorang balik esok. pacikdi, pacikhak & pacikwa dah sampai. malamnye tngok pengumuman raya, rabu RAYA. wee. then buat popiah goreng ngan mak ngah & kezens. kitorang tak goreng terus coz takut habis. rumah tue ramai pirana. && nak tauapa jadi? memang sampai ke sudah tak merasa popiah tu sebab kitorang lupa. akhirnya jadi habuan pirana jugak.



300908


orang klate panggil hari ni hari buat ketupat. tapi dalam umah kitorang sorang je yang pakar membungkus ketupat iaitu mek (nenek). oh lupa, orang kelantan tak makan ketupat nasik. kitorang biasa buat ketupat pulut. macam biasa ramai akan duduk menyemak kat mek konon nak tolong tapi suma give up sebab tak berjaya bungkus dengan cara yang betul. aku lagi ah, dari sekolah rendah belajar. sampai skang tak dapat2 lagi. ishish.


// edit


harini pacik mat balik ngan pham dia. bawak blk baby baru. alisya najiha. adorable nak matii aku cakap ko. hahaha. umur dah 5 bulan. ee comel geram gile. ni dah rindu ngan alisya da. then macam biasa dah ramai ni nak masak untuk buka misti la extra an. makcik ti & pakcik ha (parent shida mija & ina) pun sampai petang tu. so kerahan tenaga pun berlaku. kami suma tepaksa bekerja keras agar dapat makan untuk buka. hee..



see. muke meminta je kan. hahaha.
pacik di & helmi mencuci ayam

then malamnye kitorang bakar bunga api 16 das. ape simbolik dia aku pun taktau. saja saja nak bagi nampak meriah la kot. ye la malam raya kate.



lepastu pacik nu pun sampai ngan family dia. kiranya yang tak balik tahun ni cik yani, cik munie & pokde basit. cik munie dah 2nd time raya takbalik. sobsob sdey aku sebab aku agak rapat ngan makcik aku yang ni. basit ni 1st time tak balik sebab kena kerja. tapi dia duduk kat umah tokchik (adik mek a.k.a macik dia a.k.a nenek sdare aku) kat KB, so takde la rasa perantauan sangat kan. ha, nak tau something pasal pham aku. kitorg ni complicated sket. cam kuarga 69 pun ade. haha. tokchik aku tadi tu kawen ngan abang ayah aku a.k.a pakngah aku sebelah ayah. so at the same time tokchik tu mak sdare aku jugak la sebelah ayah. haa pening kan. kiranya anak anak pakngah aku tu kezen ngan mak aku & adik bradiknye. okay2 takpela, aku pun tatau apa motif aku nak citer. hee.


011008

weee RAYA!!! haha. kalau nak tau sebenarnye aku tak amek gambar sangat pun time raya sebab masa semorang amek gambar aku pegi umah pakngah din (depan umah tok ayah jer) untuk melantak. lapar baii. ni kira raptai untuk sarapan ah. makan nasik minyak. nanti balik umah tok ayah makan nasik dagang plak. hahahahaha. okay malas nak citer banyak aku buh pic je la eh..


kitorang takde acara formal mintakmintak maaf or bergambar formal suma tu. juz kalau ada, adala. so takde la gambar keluarga besar ke apa. tapi tak kesah la kan, yang penting seronok.

then petang tu wat bakar bakar ayam. ada story jugak sebenarnye pasal ayam ni. tapi aku malas nak citer. haha. lawak gila weyhh. nasib at last ayam suma habis gak. hehehe.


021008

gerak ke KB. kampung abah. nak tauu takde letrik tauu sebab malam sebelum tu ujan lebat kilat petir suma. takdapat nak pakai baju ala2 nak betunang aku tuh. haha. dah le baju raya ada 2 je tahun ni. cam hina kan. hahaha. tapi tak kesa pun. baju kurung yang lain pun banyak lagi. bukannye penah pakai kat kampung pun. harini start melawat2 coz most sedara2 belah mak & ayah aku kat area sini. penat gile dari pagi sampai malam. busukk je aku rasa. tapi takpe. yang penting, kenyangg. hahaha. malamnye tidur umah ayah ngah. ala abang ayah aku yang kawen dengan mak sedara mak aku tu la. aku rapat sket dengan anak anak diorang sebab dorang rapat ngan ayah aku. basit pun ada kat sana. then malam tu pegi wakaf che yeh dengan kak ja. ada pasar borong camtu la. banyakk tudung & stuff. suma murah2. tapi kak ja cakap tak meriah sangat compared to malam raya.


031008

harini nak balik ganu da. atpi before tu kitorang pegi umah auntie kat PCB. dia buat makan makan. ada la snap pic sket.


fuhh penat upload pics okeyh. rasanya tu je la kot. overall okay la raya kali ni. basically macam tahun tahun yang lepas.

ha, haritu ada sorang kawan msg aku. kawan lama. nak tauu titiba je beliau speaking habis baii. siap cakap i-you lagi. lelaki tau ni. LELAKI. aku cam, apahal ngan mangkuk ni? da jadi gay ke ape? aduyaii, aku pulakk terkial kial nak reply. haih.

okay, enough for now. bawah ni saya sertakan video bunga api kitorang & scene alip dan zarip berebut pengipas masa bakar ayam haritu. hee.

toodles~



1 ulasan:

hidhikariee berkata...

hahaha..sonoknye raye