Jumaat, 11 Julai 2008

g o m b a k ;

roomates aku suma takde bilik. mizah pergi kuala nerang. wakil kolej kasukma. lagi sorang, aku pun taktau mana dia pergi. dari balik kelas aku tak nampak. aku dah cemas sikit la ni. nak kata tido bilik member, bantal suma ade. barang barang die pun kat posisi sama je dari tadi. mana minah ni pegi eh. adeh. kang tak pasal ada report missing person pulak. aku belum kenal dia sangat lagi. fon number pun belum sempat tukar tukar.


tadi petang turun padang dengan lala, ain, yaya, ieka n ijy. saja jenjalan. tapi tak sampai padang ah. ramai pulak orang. ingat budak kasukma takde kurang sikit orang. sama je rupanya. banyak snanye spot untuk lepak kat kolej ni. kita je tak reti appreciate. lagi best tido. bak kata mas. haha.

cakap pasal tido. aku asek tidoooo je dou. mementang ah kelas tak banyak. aku rasa bilik aku ni bahya ah. sebab dia kecik jee. pastu kipas sejuk sejuk. sedap je tido. aku tadi tdo dari kul 12 sampai dekat pukul 5. ha amek ko. pening sampai. terlepas nak tengok wonderpets.


oh these are the subjects that i'm learning for this semester:



  1. computer and internet technology (csc 5224) -sir fazly-

  2. work and organization (buss 5234) -sir badri-

  3. business and information systems (infs 5323) -miss fara-

  4. introduction to e-learning (csc 5253) -inche ikhsan-


dah tak blajar dengan lecturer eng department. rindu pulak kat madam za, madam zarina, madam sharipah, sir umam, sir ahmad dan lain lain. oh, lupa nak cakap thanks. thanks eh madam & sir coz bagi sy gred best. heee.

aku tido bilik lah malam ni. dah ah kami ni kunci takde. kang hilang pape kang suah pulak. risau ni. kalau roomie yang lagi sorang tu tak balik balik, susa la. aku da ah nak balik sok. adehh.

okayla, piccies post pulak.



katil aku.





bilik 2 org yg dah jadi 3 org.



padang..



td masa jenjalan adik junior nak bergambar lah plak. yelah ada kakak faci yaya. hee



kadang kadang bila suma benda okay je aku risau sangat. risau dengan apa yang akan datang nanti. yelah hidup ni tak semestinya happy je kan. aku harap aku dapat tempuh sumanya dengan tenang. & aku harap suma orang orang yang aku sayang pun akan hidup happy n dapat tempuh suma dugaan hidup dengan tenang. aminn..

kadang kadang akan sampai satu tahap orang akan bosan dengan kita, & kita pun boleh bosan dengan orang. life is about giving and taking. tak suma orang boleh bagi je apa kita nak. tak setiap hari orang lalu nak dengar keluhan hati kita, selera nak dengar kisah sedih kita. kadang kadang kita perlu berpura walaupun susah. kalau kita rasa suma meninggalkan, mungkin masalah tu kita. memang letih bila asyik kena fikir positif je bila benda memang negatif. tapi tak letih ke asyik nak sedih & tension je? kita kena jadi fair dengan diri sendiri & orang lain. jangan asyik fikir orang lain sampai kehendak diri terabai tapi jangan pulak jadi selfish. sebab tu ada kata kata sebaik baik perkara adalah yang di tengah tengah.

okay dah ngantuk la,

have a good day tomorow peeps.

toodles yaw.

ex-ow-ex-ow.

0157am.

2 ulasan:

Feng berkata...

hey kita clasmate lagi.
hee.

l t t l g j h ; berkata...

yup yup.
nanti boleh buat gila lagi. hehe