Rabu, 27 Februari 2008

melancholy 1.

hari ni kononnya nak pergi consultation. tidur macam dah mati dan bangun 10 minit sebelum pukul 11. mandi dan siap bagai nak rakus, sampai bilik lecturer. takde. haih, susah. silap sendiri jugak. aku ni kan pelajar cemerlang. orang lain dah kalut pergi consult minggu lepas, aku masih berkira kira dan ragu ragu pasal topic sendiri. sengal.

kadang kadang nak biar je masalah yang bersimpul. biar hanyut. mana tau air boleh longgarkan simpul simpul tu. kadang kadang nak tutup fon, tak nak online berhari hari, berminggu minggu sebab taknak ambil tau pasal apa apa. eloklah tu. jadi manusia yang lari dari masalah, taknak terima kenyataan.

pasang earfon di telinga, dengar lagu. pasang volume paling tinggi. biarkan lagu paling tidak, kotak hati, kujanji, saat kau pergi, bersama bintang, cinta hati mersap masuk dalam telinga. usik hati lagi supaya rasa sedih. dungu lah aku ni.

nasib baik ade gula gula yang manis ni. buat aku senyum dan ketawa tiap hari. kawan kawan.

nak balik rumah lagi minggu ni. alasannya nak distribute questionnaire Reaserch and Project. mas marah. hantar sajelah via email. betul jugak. fikir lagi. biar otak buat semua kerja ni. tanggung semua masalah. aku? relaks. tolak tepi semua masalah tu shanad. tolak tepi. otak kan ada. biar otak fikir.

bayangkan otak ada mulut. mesti aku dah kena maki. bayangkan otak boleh begerak sesuka hati. pasti dah lama tak sudi jadi sebahagian dari aku. macam orang orang sekeliling. bosan dan pergi.

haih susah.

2 ulasan:

Yolar berkata...

This comment has been removed because it linked to malicious content. Learn more.

Malashicage berkata...

This comment has been removed because it linked to malicious content. Learn more.