Isnin, 26 November 2012

AGM, iflah camp & appreciation night have ended. dah nak masuk tahun keempat dalam gemilang. after two years contributing in the management board, now dah kembali menjadi ahli biasa balik.

lega sebab lepasni dah tak payah terikat dengan tanggungjawab but somehow rasa bersalah, especially kat new head of multimedia. sebab tahun ni tak dapat buat sebaiknya, n i didnt do a good job as her head, tak ajar apa apa sangat. harap harap lepasni tak jadi head pun, masih boleh tolong baiki apa kekurangan multimedia the last two tenures. 

borak borak dengan budak batch kami, tak sangka it has been 3 years. lepasni taktau la akan jumpa selalu lagi ke tak. semua course beza-beza, jumpa selalu sebelum ni pun sebab kelab. kadang-kadang rasa syukur jugak masuk gemilang. sebab kalau tak, mungkin the only friends i have kat uia ni zue, cah and nadja je. hehe. sayang diorang semua. walaupun tak pernah cakap. masa program bila stress2 kadang kadang bergaduh, kadang kadang terasa, kadang kadang tarik muka. tapi sayang kat diorang sebenarnya :)

ok dah takde idea nak cakap apa. macam biasa update blog masa tengah gelabah siapkan esaimen. hadeh.

all the best new tenure! 

Ahad, 11 November 2012

ahhh rindunya nak membebel kat sini. banyak sangat benda nak share tapi susah nak dapat feel nak menaip. dah takde internet kat bilik so online bila ada peluang or bila pergi student lounge je. tu pun kalau dapat feel.

macam harini almost 6 hours kat student lounge pun tak dapat nak update blog pun. huhu.

nak cerita pasal abah, pasal life. kadang-kadang walaupun ada ramai kawan & family boleh kita luahkan, dekat diorang rasa macam taknak bagitau apa yang kita rasa & risaukan sangatkan?

i need more strength especially in my studies. sometimes i feel like i'm falling off track walaupun hari-hari diingatkan dan disedarkan. Astaghfirullah.

takleh membebel banyak lagi. ada assignment ethnic 10 pages & presentation islamic ideology. all baru 10% gerak padahal submission isnin ni. *istighfar lagi*

fighting syanad!

Jumaat, 9 November 2012

Sabtu, 27 Oktober 2012

congratulations on your graduation ;


Majlis Konvokesyen UKM ke-40
sidang 8 | 231012

kesian madi convo dia ada aku & kak noni je family yang datang. kak ja cant make it tibatiba. abah & ummi tak dapat datang.

masa kitorang sampai ukm abah baru balik dari radioterapi session kat husm. umi cerita, nangis-nangis abah bagitau kat nurse yang anak dia konvo haritu dia tak dapat datang. 

takpela nak buat macam mana kan. 

sejak akhir-akhir ni airmata kami murah. bila abah mula nangis suma dok nangis sekali. takyah tunggu abah nangis. dok teringat dia pun dah banjir. 

things will get better.

insyaAllah.

all the best sister. minta maaf sebab terpaksa jadi harapan family awal dari aku,

Rabu, 24 Oktober 2012

RM ;

GEMILANG Running Mentor '12 
13 Oktober 2012


Running Mentor dah jadi official program Gemilang sejak tahun lepas. adaptasi dari SBS Running Man gitu. last year i was one of the committee so tak dapat join main. tahun ni dapat join. best gila.

tapi memang aku tau bab mengejar menangkap menembak ke suma tu den lomah. kalo setakat mission2 tu boleh la.

kitorang haritu game ada dua part. first part yg mission2 segala tu. suma missions amek dari RM episodes. lompat getah, sifir2 ape suma tu la. second part perang pistol ayaq. ramai yang suka & eksaited. aku pun eksaited gak memule tapi pas game start je terus menikus cari tempat menyorok. haha.

dah la team kitorang jadi mangsa sebab orang macam tak suka sebab kitorang over eksaited tang dressing. sebabnya committee cakap ada hadiah best dress. kitorang pun siap dengan telinga kucing, lukis misai bagai la. memang tak fikir pun sangat pasal mission ke apa. 

sekali rupanya the other 3 teams tag team kalahkan group kitorang dulu. kuanghasam! haha. bayangkan tengah semangat2 nak tembak orang titiba tengok suma team lain aim team ko je dulu. tak macam kecut perut lak kan. dah la buat kat tasik sri gombak yang banyak tangga. nak nyorok punya pasal, sampai puncak paling tinggi aku naik. sebab aku tau dorang takkan larat nak naik. haha.

kesimpulannya jangan nampak sangat over eksaited konon2 macam banyak gila strategi tapi rupanya tak. haha. tapi okayla. overal kitorang dapat 3rd place kot. ke 2nd ntah. dapat voucher kfc. walopon last race tu semua teruk kena lanyak. sampai tebaring2 suma.

harini balik kampung. tak sabar nak tengok abah :)