Sabtu, 4 Mac 2017

Hello March ;

salam'alaykum,

weyhh cepatnya dah maccc. 

as much as i'm excited menunggu mac sebenarnya aku nebessss. makin hari makin dekat dengan tarikh UPSR huhu. and i'm partly responsible for my kiddos' results. and fully responsible untuk keputusan Bahasa Melayu. huhu.

cuak gilaaa sebab starting last year memang tak sama dah bentuk soalan, pemarkahan suma-suma tu. harini baru je pi dengar taklimat. penceramah tu cakap boleh jadi pemeriksa akan tinggikan gred, 90 baru A. so ajar murid untuk target at least dapat 90. aku dengar menggigil dalam hati. risaunyaa, dengan aku yang lack of experience ni. nak nangis je rasa.

papepun semoga Allah permudahkan urusan. semoga Allah bagi aku kekuatan untuk rajin rajin belajar lagi  and sampaikan ilmu kat anak-anak sriam. ameen.

so bulan ni adalah bulan kendara family kami. sepupu kupukupuku, ina dah selamat tawen tawen arini. tapi aku tak dapat pi sebab last minit dapat surat pergi taklimat upsr. hmph. takpe minggu depan ikut rombongan ke terengganu pulak. and then the week after turn adik bujangku pulak. wuu macam tak caya je. caya tak caya, rumah tak habis kemas lagi ni hadoii. kad pun tak habis bagi lagi nih.

congrats inaaa. cantik gila hokeh

lepas kursus aku lencong ke tesco. bajet terpaksa dikurangkan sebab kena beli 2 hadiah. haha. punya lama aku pusing tempat sama. taktao nak bagi apa. taknak bagi benda yang orang lain bagi. aku rasa menda ni jarang orang bagi kot? dan to be fair, aku beli benda sama untuk both of them. haha. tapi best kut ikut ati nak beli satu lagi. tapi motip sangat kat umah pon ada.

perkenalkan anak cidi, baby aqif. baru 4 bulan dah becok. sangat menurun perangai ayahnye

tengok pipi dia tengok pipi diaa. hishh

siang tadi aku menahan perasaan jeles ja dorang dok share share gambar. tunggu kenduri hilmi pulak. tapi rasanya tak ramai yang dapat join dah kot sebab this week dah cuti. belah kok lanas nanti harapnya ramai la. huhu.

and march... 4 years without abah. rindu masih dalam kedalaman yang sama. kadang kadang ada juga masa masa yang titiba hati ni macam tak percaya, eh abah dah takde. especially bila ada benda nak tanya and the only person yang tahu is abah and ada benda nak share with only abah and no one else.

macam tadi tengah drive si jambu titibe teringat, dulu masa baru-baru dapat lesen, suka borak dengan abah pasal kereta apa yang aku nak. aku macam biasa nak kelisa. abah pernah cakap nanti dah balik from kuching dia nak belikan saga. terfikir, apa pendapat abah tentang si jambu? tapi aku rasa dia mesti setuju sangat sebab tak mahal, jimat minyak dan hensem. pastu kalau abah ada aku yakin jambu takde peluang untuk comot-comot. kete abah dulu 2008 beli, 2012 bau kereta baru lagi hokey. sekarang je dah macam belacan.

kita jumpa kat syurga nanti ye abah. insyaAllah. i miss you.

Tiada ulasan: