Sabtu, 2 April 2016

hello and gudbye weekend ;

salam'alaykum,

weekend ku dah habis. haha *gelak takde perasaan*

sabtu ada program sekolah sampai tengah hari. pastu ada pulak program PPA menyelit tengah hari tuh. wajibul pulak. mesyuarat agung koperasi staf2 ppa katenye. memang jawabnya sampai petang la. kalau balik tu aku boleh rilek rilek tengok tv ke baring-baring ke tido awal ke takpe jugak. jangan harap k. jangan harap.

aku taktau la macam mana nak ajar diri supaya redha lagi dah. ni tengah taip ni pun hati rasa memberontak. ye la paham sabtu minggu pertama supposedly minggu bekerja. tapi sepatutnya half day. berkiranyaa lah kan. memang aku berkira sebab ahad sampai khamis pun aku kerja overtime. huh. kalau orang baca la post aku ni mesti rasa macam alamak ai manja betol membebel pasal kerja je kan.

memang aku rasa macam tu pon. tak ikhlasnya. kerja tu kan ibadah. tapi bila buka fb nampak colleague tulis pasal stress. i think i'm not alone. tah la. makin lama makin rasa its not us. pernah terbaca quotes, "people don't quit their jobs, they quit bosses". taktau la kenapa rasa betoi sangat. sebab aku suka kerja aku. but then kerja lain yang melebihi kerja hakiki. memang pergi kursus selalu kena brainwashed dengan pihak atasan, memang gaji kecik tapi anggaplah its our ibadah, perjuangan kita untuk ummah bla bla bla. 

aku rasa sebab anggap kerja tu ibadah la semua bertahan. dan sebab sayang murid-murid & our passion is teaching la cuba untuk ikhlas. tapi ada lagi yang tak kena. sebab tu tertekan. workloads melebihi kemampuan dan masa. kena lebihkan kerja dari family. yes, its written somewhere in our akujanji. memang benda ni buat aku rasa sesuatu masa baca dulu. tapi dulu semangat tengah berkobar lagi kan. dan aku tau dalam malaysia ramai je yang kerja lebih masa. tak jumpa family apa suma. keluar pagi balik malam. but they are paid overtime. kami ni tak ada. bukan la harap sangat duit tu. tapi at least hormat la masa yang sepatutnya digunakan untuk diri sendiri & family. 

bayangkan orang yang dibayar bertepatan dengan kerja depa. memang kerja macam robot. tapi bila ko dibayar setimpal, ada la kepuasan tu. dan bila stress, boleh cuti pegi melancong ke, retail therapy ke (penting untuk orang pompuan k). tapi aku ni, nak cuti memang la tak ada sebab cuti pun kena pi kursus. kalau ada pun taktau nak seluk kat celah mana duit jugak. nak retail therapy pun mampu window shopping je. tapi kalau dah stress sangat tak pedulik dah. cuma hujung bulan tu pepaham je la.

hari jumaat memang aku tidur je. & kalau cuti solat, kekadang tu sampai rumah khamis petang tu terus pengsan sampai pagi esoknya. penat sesangat sangatnya. bila mengeluh kat mak aku kekadang macam tak puas sangat sebab dia pun cikgu. dah mengajar nearly 30 years. last sekali dia akan cakap, dah awak yang nak jadi cikgu sangat. cari lah kerja lain kalau tak mampu. ok fine mak. fine.

dua tiga minggu ni ramai yang tegur makin kurus. parents bebudak bila jumpa pun dok tanya. sesungguhnya aku sangat la takut. sebab aku ni memang dah sekeping, macam mana la orang boleh tegur lagi makin kurus. aku harap sebab tak sempat makan & stress je. tak sanggup nak timbang tengok apa yang tinggal. & my biggest fear is ada something wrong dengan aku. huhu takut.

sekian saja luahan stres untuk episod kali ini.

anggap je la aku tengah pms (post menstrual syndrom)

Tiada ulasan: