Khamis, 31 Mac 2016

ikhlas ;

salam'alaykum,

minggu yang stress. banyak kerja. tapi sebenarnya bercampur aduk dengan kerja yang bertangguh, yang sengaja tangguh pun ye jugak. 

aku tak pernah stress sampai tahap nak nangis. oh ada sekali je la kot masa kat uni, tak dapat nak major sebab result subjek intro tak lepas untuk melayakkan aku major dalam bidang tu. tu pun sebab taktau nak buat macam mana dan dah rasa hopeless sangat. sebab aku jenis yang takkan cite kat parents benda-denda cenggitu.

masa praktikal kat uni dulu melalui transformasi hidup 180 darjah. sebab masatu tinggal dengan abah berdua je & abah suddenly sakit teruk pastu hidup sesorang semula di bumi gombak. dengan nak siapkan practical reportnya, nak hantar for editing apa suma. kalau ikutnya masatu stress sesangat. dengan kerja kat ofisnya. dengan kekadang kena jaga ofis sebab orang-orang kat ofis yang tak ramai itu buat kerja luar, mengular dan cuti serentak (ada 4 orang je kat ofis tu termasuk aku so imagine). but i went through all those without a single tear. taktau lah kalau masatu sebab terlalu lost ke apa. tapi aku manage untuk dapat good grade untuk praktikal walaupun bertuah dapat supervisor yang terkenal dengan tegas dan garang dan strict. 

tapi bila dah kerja ni macam tak boleh nak manage diri dah. berterabur. taktau la sebab workloads ke tempat kerja ke, majikan ke diri sendiri ke. tapi aku pilih untuk letak masalah tu kat diri sendiri la. my own attitude. layankan penat, procrastinate. pastu steres sesekor. minggu ni sampai tahap tak mampu nak cakap tak mampu nak longgarkan muscle di mulut ni untuk senyum. sampai tahap rasa tersekat kat dada perasaan nak nangis tu. balik baring kat katil genang-genang air mata sebab penat yang amat. dalam kete pun boleh genang-genang air mata. tak tau la mana datang perangai ni. pms mungkin (manjang pms). tapi dengan colleagues still boleh borak gurau. cuma kat rumah dah macam tak wujud. sebab balik terus berkurung dalam bilik. sampai tahap aku lambat bangun takda sapa ingat nak kejut -_-'

rasa nak lari. rasa nak quit. tiap hari pergi dan balik kerja pasang radio channel ikim.fm. dapat motivasi semangat balik. tapi down semula.

sepanjang minggu dok fikir. how do i end this misery? macam mana nak suruh hati ni tak penat? sampai mimpi-mimpi bergaduh dengan pihak atasan pasal kebajikan pekerja (kemain lagi, kerja tak siap pun). tidur pun bersepah asal ada peluang. lepastu fikir punya fikir, persetankan lah suma tu. buat je kerja sendiri semampunya. tak mampu tapi kita dah usaha bukan salah kita dah kan. dan yang penting,

IKHLAS. agaknya bila dah stres macam ni, ikhlas tu taktau terbang kat mana. pergi kerja niat nak cecepat sampai waktu balik. bukan niat kerana Allah. macam mana Allah nak bantu kita tenangkan hati tu. pagi tadi dengar motivasi ringkas pasal ikhlaskan hati dan niat lillahita'ala (kerana Allah) the moment melangkah untuk ke tempat kerja. sentap kejap. sebab aku celik mata mengeluh sampai lah melangkah keluar kereta. 

and i came across this just now,

Bila diberi sesuatu peluang (contoh peluang kerja), jangan tengok gaji atau bayaran dulu. Tapi tengok aspek dakwah dan tarbiyah nya macam mana.

maka nikmat apa lagi yang aku nak dustakan?

memang kekadang aku rasa tak diadilkan. rasa macam tugas yang diberi tak bertepatan atau bersesuaian dengan pengalaman diri. tapi ni peluang untuk belajar. dan ikhlas tu memainkan peranan yang besar. penat aku ni sebenarnya kurang rasa ikhlas tu kot. huhu. ada hikmah Allah letakkan kita kat mana-mana. ada sesuatu yang Allah nak bagi dan nak suruh kita belajar. satu hari nanti ada pengalaman & ilmu yang kita dapat tu boleh kita guna kan? Ya Allah, nak sangat jadi orang yang boleh berlapang dada dengan setiap dugaan cabaran yang datang.



fighting syanad! lawann segala mak nenek setan yang ada dalam diri ituu.



dan sangat berterima kasih kepada yang sudi mendengar (ye awaklah orangnya ;)) taktau lah nak tuju ke mana nak luahkan kat sapa kalau kena hadap sorang-sorang. and this too means that i shud be thankful. its not that bad pun. i always feel sorry sebab selalu je ambil masa awak untuk dengar my nonsense, tapi tersedar instead of feeling sorry everytime. maybe i shud be thankful. so thankyou kaunselor peribadi yang best hehe.


(:


Selasa, 29 Mac 2016


nak jerit:

PENAAAAAAAAAAAATTTTTTTTTTTTTTTTTT

tapi tak mampu nak bersuara

Isnin, 21 Mac 2016

week 13th of 2016 ;

salam'alaykum,

dah habis pun cuti sekolah. dann seperti yang dijangkakan no cuti for me. depa bagi kursus 5 hari teruih. sabar je la. tapi redha je la. ilmu. walaupun dalam hati memberontak. benda sama je tajuk dia. tapi kire okayla kursus kat kb je. kalau tak nama aku dah hampir naik jugak untuk kursus Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). sekolah aku ni ada satu je unit beruniform,which is TKRS. dan diwajibkan untuk semua tenaga pengajar tahu everything about krs ni. sapa yang terlepas kursus jangan ingat terselamat forever. tahun depan ada lagi. aku akui memang bagus krs ni. salah satu unit beruniform yang ajar islamic values. aku pernah gi kursus asas dia. dalam silibus memang banyak aspek tarbiyah. tapi kurus kenaikan pangkat ni cabaran diaa.. haa tetau je lah kan.

sapa yang aktif unit beruniform time sekulah dulu ampa tau la macam mana. & prolly ampa serunuk la. aku tak minat sangat benda-benda survivor ni. nak masuk hutan, nak berkawad nak ikat ikat tali nak pasang-pasang khemah pastu belajar seni pertahanan diri pulak. adoi malasnya. bab tak mandi tu aku leh je tahan (haha) tapi nak cram otak dengan macam macam benda cam adoii. sebenarnya aku pun taktau minat ke tak tapi malaih laa kan dah umur macam ni. tapi apakan daya. nak jadi guru yang berdaya ketahanan tinggi kan. padahal masa sekolah dulu memang krs pun. tapi bila ada perjumpaan je lari. rela menyorok dalam longkang. dulu dok asrama takleh nak ponteng. solusi dia ikut kekawan terer ponteng. haa rasakan pasni krs tu membelenggu hidup aku pulak kann. gelakkan diri sendiri. tapi masa sekolah menengah je aku segalanya malas. masa sekolah rendah anak jantan sikit. semua nak masuk. 


12.03.16. lagi seorang dadah kesayangan kawenn wuhuu. tarikh nak dekat-dekat ngan ona lak kan. congrats tooneyyyy. tema dia ala-ala raja-raja di zaman silam gitu. abeh suma family dia pakai tanjak. tempat kenduri pun ala-ala istana zaman silam. cewah. merasalah berjalan di terengganu tempat pernah bermastautin. ummi nak round sume tempat termasuk rumah lama, sekolah lama dia, sekolah lama imah alip. boleh pulak lupe round ofis lama abah. di situ jugalah tempat prektikal zaman dip aku. and tooney ni pun one of my kenangan kat trengganu. sebab aku takdak kawan sangat kat sana. so balik cuti sem lepak dengan dia je la. mak ayah dia pun aku panggil mama ayah. mak ayah aku pun dia panggil ummi abah. kekadang dia mai lepak umah aku kalau time kena pulun buat esaimen di kala cuti. dia ni walaupun kekadang annoying dan gedik (gedik di mata kami je haha) tapi bila citer prob kat dia memang best. sungguh la matang dia punya nasihat tu. zaman duk trengganu dulu zaman aku sakit jiwa, makcik ni je la dok layan. tapi dia pun boleh tahan sakit jiwa jugak sebenarnya. haha. kekadang lepak ngan dia & kamak sambil bergosip bercerita. yang best trengganu ni, walaupun tak banyak tempat leh lepak tapi depa ada pantai. the best of all. hehe. 

ha pastu husband tooney ni aku dah dikenalkan dari zaman dia nak mengorat lagi. belum kapel lagi la masatu. tahun 2009 kot. kitorang turun kl sesama, aku nak balik gombak kot tak silap. pastu teman laa si tun ni jumpe amad. sekali dengan intan. boleh pulak amad gi ajak main boling. silap besar di situ. memang takkan la tun dengan intan nak main. terpaksa la aku jadi mangsa padahal aku bukan pandai main boling pun. cey masatu aku eksyen dapat kalahkan dia. padahal dia tu sekarang player futsal kebangsaan. tah tah dia buat buat kalah je kan masetu.

selamat berbahagia tooney. sila bagi baby yang comel banyak banyak k :)


Descendants of the Sun. Song Hye Kyo & Song Joong Ki
ini lah motif utamakuu menonton. haha
sebenarnya dah terbaca pasal cite ni nak keluar dah lama dah. dari tahun lepas. sebab tak silap ni first kbs drama yang shoot dulu baru tayang. biasa kalau kdrama ni, citer tu diorang shoot dan tayang dalam tempoh masa yang dekat. kiranya bila drama tengah tayang masih lagi shooting. so Descendants of the Sun ni sebab dah shoot awal dah banyak early promos la. & aku dah tau awal tak lain tak bukan sebab aku stalker sejati si oneww.. kahkah. motfi utama nak tengok dia je tapi macam biasa ah tersangkut dengan jalan cerita.

dan disebabkan writer dia adalah screenwriter untuk drama secret garden dan guja the heirs. boleh nampak la kat scene scene suwit muwit tu lebih kurang je. stail romantik tapi klaka tapi tak keanakan sangat la. walopon aku dah donlod suma episod yang tengah tayang sekarang, aku masih belum bisa nonton wuuu. bapak aa sedih kan. jaman belaja tu pas donlod terus tengok kott. ni pas donlod, donlod lagi dan lagi. nak tengok tah bila. sedih betul.

tapi papepun tengok la. best. aku tak reti nak bagi sinopsis. kisah percintaan doktor dan askar. gituu.

papepun, impian nak tengok onew berlakon dah jadi kenyataan. not bad la for first timer. watak dia pun macam dia yang sebenar jugak. 

alamak dah lewat den dah kena tidooo~ keje bertimbun tah bila nak siapkan. sebok cakap pasal nak abehkan tengok drama kan. pang karang.

toodles!

Sabtu, 5 Mac 2016

cepat sikit mai wahaicuti sekolah ;

salam'alaykum,

wuhui lama tak membebel kan. haha. minggu lepas bizi wat exam paper la. keadaan kesihatan pun tak begitu memberangsangkan.tapi takpa, this week is exam week and then cuti sekolahh wuhuu. tapi dengar habaq ada lagi kursus. pasrah je la. jangan bagi aku start pasal tempat reja aku ni dah. makin hari makin membukit stres tentangnya. aku just nak fikir yang positif je. nak lari taktau nak lari pi mana. huhu.

korang mesti tau kan ape tu PMS? biasanya berlaku kat perempuan before period kan. dulu aku ingat pompuan ni pms sebab kak got (senggugut) datang melanda sebab tu ah emo je. tapi aku tiap bulan kak got ni datang kacau takde la rasa emo pun, yang ada rasa sakit, malas dan mengantuk. haha. tapi dua tiga empat menjak ni aku baru perasan aku punya pms ni datang after period. tapi pms tu pre-menstrual syndrome kan? ada ke post menstrual syndrome? haha. tapi part emo dan mood swings tu je la. sebab kekadang aku perasan when my period cycle is coming to its end, masa tu macam cepat sentap ngan orang la, malas layan orang la, rasa nak gaduh ngan orang la. adoi pening kapla layan kerenah sendiri. kekadang tu benda yang selalunya aku tak rasa apa sangat pun tapi tah nape titiba je rasa nak kecik ati.

nanti lah nak try google kot ada.

siapa-siapa yang terasa dengan perangai aku dua tiga hari ni mintak maaf banyak-banyak lah ye. huhu.

okay habis citer pms. bulan ni sedikit happy untuk beberapa orang kesayangan saya. ada yang getting married this month. ada yang dah nak tunang. happyyy sangat-sangat. kalau ada depan mata rasa nak peluk je. tapi kalau cakap ni dalam whatsapp mesti depa cakap, "mimpi laa kecik nak datang peluk duluu". haha. harus aku kena bawak watak blurr takda emosi bebetul kanz.

normal la kan bila kekawan kita happy, jumpa dengan someone they going to spend their life with pastu nak kawen. akan terfikir la tentang diri sendiri kan. tetambah kalau kita tengah single mingle lagi. tapi itu tak bermakna kita tak boleh happy untuk diorang kan. 

pernah tak korang jumpa orang yang sampai satu tahap ko rasa takut nak share happy news dengan diorang sebab takut berita tu buat diorang down? yang lagi sedih bila orang-orang ni orang yang rapat ngan kita. kekadang kita nak cerita pasal someone yang maybe kite tengah rapat sekarang. tapi gaya dia macam layan tak layan. bila tak cerita dok tanya pulak. kekadang rasa kecik hati sebab kita selalu dengar cerita diorang tak kisah la cite sedih ke happy ke. kekadang tu bila cerita, dia tunjuk gaya tak suka. kekadang kita boleh tau sebenarnya dengan respon orang ni adalah dia interested nak dengar atau tak. sebab tu malas nak share, takut orang fikir kita nak eksyen ke apa. padahal share sebab anggap diorang orang yang penting dalam life kita.

kalau kawan korang tengah rapat dengan someone or ada bf ke kan, pastu birthday orang tu dah dekat. kekadang dengan kawan rapat saje lah cite kan. ye lah bukan senang nak fikir nak bagi hadiah apa. then dia cite punye cite kita reply, "hadiah besday aku dah bagi ke belum?".... agak-agak ada tak macam sakitnya tuh di sini? kadang-kadang kita rasa kita bergurau tapi penerimaan orang tak sama. entah-entah orang tu tengah sincere share dengan harapan dapat tips berguna dari kita. dah la kita layan tak layan, pastu siap perli kan.

adakah bila life kita miserable orang lain takleh happy? adakah bila kita single kawan baik kita takde hak untuk kawin? adakah bila kawan baik kita dapat good grades dia takde hak untuk happy sebab kita punya results tak ok? adakah sebab kita dah tak ada parent orang lain tak ada hak untuk cerita pasal parents depa?

kekadang aku macam terfikir, kenapa kekadang kita rasa macam semua orang kat sekeliling life diorang smooth je tapi kita tercicir masih di takuk sama? sebab attitude kita sendiri. kita dengki tengok orang lebih sikit. kita bandingkan nasib kita dengan orang-orang yang lebih bahagia dan gembira kat mata kita. kita memberi dengan harapan orang balas balik. dan kekadang kita rasa orang buat kita sakit pastu berharap dia dapat balasan padahal sebenarnya orang tu tak buat apa pun (read: cinta tidak dibalas). kita tengok orang ni menyampah, tengok orang tu menyampah. padahal depa takda buat apa pun. kekadang depa tak kenai pun kita.

benda-benda macam ni la sebenarnya menyekat kita untuk rasa happy. serius weh.

aku ada juga beberapa manusia-manusia penting dalam hidup yang aku sendiri dah give up nak share my stories. aku tak kata la aku baik, mungkin aku ada perangai buruk suke menyampuk orang bercerita ke apa ke kan. harap takdelaa haha. *muhasabah diri kejap* but i stopped sharing with them sebab taknak cerita aku buat orang sakit hati. huhu. lagi baik aku simpan dan cite pada yang sudi nak dengar je. amboi sedih bunyinya. kahkah. takdelah bukannya selalu ada cite menarik pun. 

sebenarnya aku tulis ni untuk remind diri sendiri jugak la. cuba didik hati untuk syukur dengan life yang Allah dah bagi kat aku. syukur dengan orang-orang yang Allah dah hadiahkan, happy dengan kegembiraan orang lain & sedih dan bersimpati dengan kesedihan orang lain. 

ya aku tau semua orang nak bahagia nak happy dan kalau boleh nak kahwin kan bila dah umur di penghujung 20-an ni *coughs*, tapi jangan la sampai bila kawan kita kawen tu seolah-olah dia macam betray kita. bukan salah depa pun wehh. ni aku pun risau kalau jodoh aku sampai dulu dari ampa nanti ampa sedih. EH *krik krik krik*

ps: normal ke when we have someone that we care, bila orang tu mia more than 5 hours kita risau gila? adakah itu menandakan yang kita care or is it just us being clingy? huhu. taknak jadi clingy sampai orang rimas...