Jumaat, 15 Januari 2016

reminiscing yesteryear ;

salam'alaykum,

sebenarnya aku sedang mood kemalasan menulis tapi sebab malam ni je aku sedang free (fefeeling free) so rasanya baik membebel sikit sebelum bulan januari abeh baru aku dapat feel nak membebel pasal ni. jadi beware lah ye kekalau post ni sungguh panjang sampai boleh tersengguk baca tak jumpa jugak pengajaran. izinkan hamba syok sendiri sebentar. kahkah.

we are on page 14 of 2016 already. kejap je masa ni.

what have i achieved on 2015? bila fikir fikir, walaupun tak banyak sangat tapi banyak yang buat aku rasa thankful sangat sangat. apa yang aku dapat simpulkan, 2015 have been really great to me. nikmat apa lagi yang aku nak dustakan?

aku akhirnya dapat kerja tetap :) Alhamdulillah. no more browsing thru kerja kosong website feeling down bila jawatan kosong yang ada (especially kat kelantan) yang memang kalau mintak pun kena rejek. i still remember i found the vacancy ad of pusat pendidikan aman (PPA) kat jobsmalaysia kelantan punya blog and applied immediately. masatu julai 2014. tengah very the depressed jadi penganggur. jumpa jawatan kosong tu masatu dah kul 3-4 pagi. cecepat aku apply seperti yang dia instruct kat website. tapi takde respond pun after 2-3 months. so aku pun dah redho je la takde rezeki lagi kot. then dapat jadi guru ganti kat maahad tahfiz dekat rumah. masatu berangan nak mintak sana je. pastu long story short, december 2014 PPA called for an interview. peh nebes nak mati. ada micro teaching ujian tilawah pe suma. aku paling lemah bab micro teaching tu (tapi nak jugak jadi cekgu kan. saba je la). diorang call diterima masuk as guru sementara. ganti bakal guru yang akan masuk after bersalin. masatu sedih jugak. tapi sebenarnya banyak hikmah yang baru sekarang aku nampak. 

sebenarnya bila fikir, aku ni boleh dikatakan ada jugak menumpang rezeki anak syuhada (cikgu yang aku ganti masatu). kalau dia tak preggy masatu, PPA ofcos akan ambil dia terus, so aku entah-entah tak berjaya pun interview tu. and kalau aku mintak sekali lagi untuk next vacancy pun entah entah tak dapat dah kat machang. dapat sri aman kb or wakaf bharu. jauh weh. rupanya Allah nak bagi rezeki melalui syuhada. aku ganti dia dulu, then kebetulan ada cikgu sri aman machang nak berhenti by the time aku dah nak habis ganti. cecepat aku apply lagi sekali. 2nd interview mestilah lebih mudah sebab kita dah ada pengalaman & recommendation from mudir sri aman machang. dan sekarang aku dah mengajar secara tetap kat sri aman machang. Alhamdulillah perancangan Allah untuk kita tak pernah tak cantik. aku still ingat before dapat kerja dulu hari-hari doa nak dapat kerja yang mak aku suka & dapat dekatkan aku dengan Dia. kat sini hari-hari merasa ditarbiyah. kat mana lagi nak dapat? walaupun gaji tak sehebat guru sekolah aliran perdana, tapi aku percaya pengalaman yang boleh dapat lagi mahal. yang penting kena ikhlas la. hehe.

and now, i am a teacher. masih setahun jagung, masih hijau, cetek pengalaman, still blurr blurr lagi nak terima kenyataan yang diri ini seorang pendidik. tapi aku harap makin hari jiwa aku akan makin terdidik untuk mendidik.




sebenarnya cabarannya agak besar. nak mendidik anak yang ibu bapa dah amanahkan kat kita. kalau gagal tapi dah berusaha sehabis daya takpe, tapi kalau sebenarnya usaha kita tak seberapa? aku ngeluh-ngeluh penat pun, ni kerja yang aku pilih kan. and kerja apa je kat dunia ni yang tak penat. semua ada penat dia, semua ada susah dia. semoga aku terus istiqomah tahun ni dan seterusnya.

andd another achievement yang aku capai di tahun 2015 adalahhh... aku rasa korang mesti dapat agak kihkih

yerrr, aku akhirnya dah memandu kereta. haha. ini life achievement ok. dari lepas spm aku hanya mampu bermimpi sahaja. sungguh down dan segan bila kena susahkan orang. sekarang ni rasa syiok je dapat berdikari sendiri. walaupun aku tak dapat kereta idaman (kelisa. nampak dak aku realistik, sebenarnya suka mini cooper tapi dah tau tak tercapai) tapi dapat menumpang kasih kat kereta yang mak aku beli, warna pulak warna kegemaran, nombo plet besday sendiri, Alhamdulillah sangat dah. cuma nak bayar monthly masih semput. huhu. sebab tu segan nak mendeclare si jambu bidin tu aku punya. takpa soon ok bidin. dan akhirnya aku dah boleh join ampa meroyan tiap kali minyak naik. dulu tak terasa sakitnya, sekarang sakitnya tuh di sini okey. dah merasa duit ada seploh hinggit je utk isi minyak kereta yang tinggal 1 bar. nak menitik ayaq mata. tapi bila perodua keluarkan aksesori gear up yang boleh menghensemkan bidin, menitik jugak ayaq lioq. tapi mampu promot kt mak aku je lah. nak promot kat diri sendiri tak dapekk.

memula berani bawak kok-lanas machang je. pastu dah jauh sampai kb. pastu dah sampai rumah tok ayah gua musang. yang paling kelakar aku dah mendrive merentasi kedua-dua jambatan pulau pinang. hahaha. unplanned pun. aku pergi penang ngan jijah, dia tanya ko taknak rasa drive kt penang bridge ke? TAKNAK! laju aku jawab. tak sampai sengah jam pastu Allah takdirkan yang aku kena drive merentasi jambatan itu. sebab aku pi tinggal beg aku dalam tren ets. tak sudah jijah gelakkan. sungguh kartun kehidupan. and Alhamdulillah. despite of all the stories about penang drivers, kat sana semua smooth je. walaupun sampai2 je aku kena drive dalam bandar georgtown time peak hour orang baru balik kerja, tak pernah aku buat kat klate. pastu drive pi penang hill, park dalam parking dia yang bertingkek2, first time jugak. pastu drive carik penang airport dengan taktau jalannye. kalau bukan sebab kak jijah mampus tak buat dah. haha. tapi sampai sekarang pun masih nervous drive, yela sebab tau kita tak cekap. tempat sesak2 simpang susah nak keluar still elak jugak. sampai sekarang tiap kali masuk gear je baca ayat kursi paling kurang 3 kali. semoga boleh terus manfaatkan rezeki memandu ni.


pastu apa lagi eh yang signifikan untuk 2015?

oh ya, aku bakal dapat adik ipaq. hilmi dah tunangg. mungkin lagi setahun atau setahun setengah kot langsung. semoga dipermudahkan urusan derang. aku tau dalam kepala ampa dok tanya "enko bila lagii". kan kann. aku tau daaa. jawapan retis nak bagi nih. biarlah rahisaaa. bengang takk? muahaha. tak tau lagi weh. aku serahkan seluruh perjalanan hidup aku kat Allah. sebab aku percaya semua yang Allah aturkan memang dah cantik sangat. but yes, kena usaha kena plan dan kena doa untuk apa yang kita hajatkan kan :)

 

cakap pasai ni, ada tak aku cerita pasal mudir (guru beso) sekolah aku yang sungguh eksaited bab mencarikkan jodoh? setakat aku kat sana dah dua kali dah dia tanya. saba je le. sampai aku pon takot nak masuk bilik dia dah. pastu harini dia boleh tanya lagi wehhh. peh aku masatu dah macam pikir, mudir ni dia lupa ke dia nganjing aku sebenanqnya. pastu tadi aku cakap, "ustazzz bukan ustaz dah tanya dua kali dah ke dulu??" sambil buat buat gelak la kan. pastu dia gelak cakap, "takde la aritu senyap je manatau tak jadi ke kan, saje je ana tanya nak tau kot kot available. ada orang tanya ni" elehh dari aritu ada orang tanya. aku syak dia je yang saje nak tanya. sabaa je lah kan. gini kalu memang sepanjang aku kat sriam ni la kan dia tanya. dia memang suka betoi gamaknya bab mencarikkan orang jodoh ni. tapi kalau dulu aku seteghess dia dok tanya. sekarang tak dah. sebab dah ada beberapa cikgu baru yang single mingle masok. so pasni dia kacau depa je la. muahahaha.

tapi one thing pasal tempat kerja aku sekarang ni. memang one of mission dorang membina baitul muslim ni. kalau kat branch kb. mudir depa siap buat kaji selidik tengok berapa yang single dan kenapa tak kawen kawen. ko mampu? aku biasa dengar organisasi yang taknak or tak prefer yang married je. ni bila ko masuk je jadi staff, teruss tanya status sebab nak carikkan jodoh. dan sekarang mudir kb tu dah jadi pegawai tarbiyah staff2 PPA, dia nak buat survey kat suma cawangan pulak. pitammm.

aku tau kalo dipikir umur tahun ni. lagi dua tahun nak berubah angka depan dah kan. maafkan la aku kalau aku tak gelabah pun. sebab aku tau aku camana, nak menyimpan duit pun terkedek-kedek lagi belajar. belum lagi bab struggle mencari keberkatan rezeki, keberkatan masa apa suma. mengurus diri sendiri pun terkial macam mana nak uruskan keluarga? ha, banyak ak kene ubah lagi. huhu. and aku percaya, kalau diri sendiri dah berjaya ubah jadi better, maka murah la rezeki dan smooth la perjalanan kita kan. insyaAllah :)

aku tak berkira sangat pasal umur ni. steres tengok orang kawen tu takde sangat kot. aku jeles tengok orang ada anak je. tolong la paham sebab aku pun taktau nape. haha.

ok enough about that. 

azam tahun baru pulak?

banyak sebenarnya. aku tak ingat azam taun lepas aku apa, let alone nak declare sama ada ianya tercapai ke tak. tapi tahun ni, inilah antara yang aku cuba nak capai. aku kena copy balik tulis dalam planner ni.

  • nak hafaz juzuk amma. juzuk 30 quran. sekolah aku ni, murid murid by the end of year 6 diorang dah hafaz juzuk amma. so its a shame kalau murid dah hafal tapi cikgu tak kan. bak kata ustaz aku haritu, berdosa kita suruh orang buat benda baik yang kita tak buat pun. sebab aku ngajar subjek quran. walopon ajar darjah 2 je, surah budak darjah 2 pun ada yang aku ingat-ingat lupa. kebetulan PPA pun nak tekankan ni kat cikgu2. insyaAllah, manalah tau pastu leh slow slow hafaz juzuk 1 dan seterusnya pulak kan. doakan akuk k :)
  • of kos aku nak jadi cikgu yang passionate. nak belajar ilmu perguruan banyak2. nak buat bbm banyak2, nak ajar & inspire budak banyak2 (kekadang jadi rimau tu takleh nak watpe la).
  • nak jadi lebih organised. percaya tak ni impian aku dari start aku sedar yang aku ni unorganised. berapa tahun dulu tah.
  • join program program tarbiyah banyak-banyak. nak cari hidayah Allah. memang kita kekadang cakap je nak jadi baik apa suma. tapi nak dapat rasa manisnya ditarbiyah dan dapat hidayah tu bukan senang. sebab kita nak jadi baik, nak hidup dengan cara hidup islam sebenar. tapi kekadang tak tau cara, malas nak try, takut nak try dan memacam lagi la kan. aku nak try. no, i have to try. kite tak tau umur banyak mana Allah bagi. nak beli tiket nak ke syurga kena usaha banyak-banyak. macam mana aku yang ibadah setakat cukup2 yang wajib ni nak compete dengan orang lain yang jauhhhhhhh lagi baik kalau berusaha pun taknak.Allahu.
  • melazimi ibadah sunat & mantapkan yang wajib. sekarang ni aku tengah try rajinkan diri untuk baca al mulk dan solat sunat witir tiap malam before tido, buat solat dhuha & baca alwaqiah hari2. yang ni aku cuba untuk macam mewajibkan diri. sebab banyak lagi ibadah sunat yang lain. yang paling Allah suka, tahajjud. tapi kita tau nak bangun malam tu bukan senang kan. so aku cuba untuk jadikan rutin yang ni and niat tiap-tiap ari & kunci jam untuk tahajjud. hopefully lama-lama lekat jadi amalan. umi cakap time muda-muda ni la kena rajin. nanti tua semangat tinggi sebab tau dah tua, tapi kudrat kita dah takde sangat. so rugi tak melazimi ibadah sunat ni time muda. & of course yang wajib takleh tinggal la. insyaAllah bila rajin buat yang sunat, kita tak berani nak tinggal yang wajib dah dan begitulah sebaliknya. dah biasa buat yang wajib, senang nak biasakan yang sunat kan. ameen. doakan aku ye. aku tau iman ni dah la nipis, ada turun naik pulak tu. kena mintak kat Allah banyak-banyak tetapkan hati.

sebenarnya ada banyak tapi ni la yang utama nak dicapai. kenapa banyak yang islamic je? sebab aku selalu dengar, orang yang jaga solat dia, yang organised ibadah dia, insyaAllah hidup dia smooth & automatically jadi orang yang organised dari segi masa dan sebagainya. itu lah yang aku perlukan sesangat. ibadah aku tunggang langgang, sebab tu la hidup pun camtu. pastu aku bleh jeles tengok orang ada anak kan. pang karang. doakan aku leh capai target dan istiqomah ye :) susah tapi belum cuba belum tahu. so aku nak cuba slow slow.

ha, ada tips. dulu aku jarang dengar radio ikim.fm. dalam kete nak dengar lagu je. paling jauh pun aku pk nak download tazkirah or ceramah pastu burn cd dan dengar. tapi tak buat-buat jugak. rupanya radio ikim tu sangat syok untuk didengar. sepanjang jalan boleh berzikir, dengar hadis, dengar sirah, motivasi & tazkirah. macam aku dalam perjalanan gi sekolah, boleh aminkan doa pagi, dapat motivasi, peringatan apa suma. sampai tempat keje pun ati tenang.

ok cukuplah setakat tu sahaja. berjela walaupun input takde sangat. haha. maap kepada yang mencari entri berfaedah tapi terbuang masa. kiki.

lastly, aku nak happykan ummi dan juga semua orang selagi terdaya. ameen. hehe.

goodnite! happy weekend untuk aku. hihihi.

Tiada ulasan: