satu ketika dulu masa aku kekecik kot, ummi pernah cakap aku ni kalau kena tegur cepat beno kecik hati. aku rasa aku setuju kot. tapi dalam dalam sentap tu kalau dah memang kekurangan diri sendiri mengaku je lah kan. tu memang salah satu perangai hodoh aku, tak tahan kena marah. adik-adik yang lain especially alip sangat la kebal kena sound dia boleh balas dengan loyar buruk. nak kata dari kecik tak pernah kena marah, tipu la sangat. aku dulu perangai ngalahkan anak jantan.
ok sebenarnya bukan nak cite pasal tu. aku nak citer pasal kesusahan aku nak bertabah bila kena reja dengan orang cerewet. omg pliss. sorang je manusia cerewet yang aku tak pernah give up with, abah. ingat lagi, abah dulu bila dia mintak tolong buatkan slides presentation dia or taip apape je la untuk dia memang boleh begaduh la. dia bukan generasi computer literate sangat taapii bila kita watkan reja dia tu, dia ada kat sebelah dan setiap benda walaupun senget 0.001cm dia akan tego cakap tak kena. hadoi. ocd sangat abah gwe. tapi yang best pastu ada rewardnya. hehe.
aku ni nak kata tak cerewet lansung tak la jugak. ada tempias abah jugak sikit tapi selalunya nak bajet2 perfect, bila buat reja sendiri je la. kalau benda orang buatkan selalunya aku ok je. yelah sebab kita dah serahkan kat orang untuk buat kan. mestilah dia ikut taste dia.
sebab tu aku takbleh nak tahan kalau orang suruh kita buat apape, & then kita bagi effort kita pastu dah siap, dia boleh komplen benda benda yang sangat tak penting. contoh macam, "eh mata aku nampak benda ni kalau kat sini lagi cantik", "yang ni cantik kalau centre kot" dan lain-lain komplen yang tak bagi impak pun kalau ubah. memang mengundang kesentapan. tambah-tambah bila aku tengah juggling between kerja-kerja hakiki aku dan aku kena buat benda tu. kalau memang dah kerja aku, & orang komen tu for the better of it, lain la citer.
dah tau cerewet sangat asal tak buat sendiri je? ok tapi abah guwe special kes la. hehehe. sebab apa yang dia dah buat untuk aku wayyyyy lagi banyak dari apa yang aku pernah buat untuk dia.
bila kita buat komplen, tak buat pulak sindir. orang camni aku kekadang tak kuasa da nak keep up with dia. sila pergi jadi perfectionist sesorang. sebab kita buat la cane pun takkan sampai piawai dia. better dia buat sendiri je. lagi bengang bila kita rasa kita dah buat cecantik dia komplen. adoii jemm. lainla kalau tak dibetulkan ada bagi impak contoh tulisan tak nampak ke, kurang maklumat ke salah maklumat ke salah eja ke (kalau benda benda menaip).
haihh. tapi apa gunanya aku membebel di sini nape tak cakap straight to their face je? aku pun sama jugak sengal. ceh.
self reminder: sila appreciate effort orang lain. biarpun nampak macam tak bagi effort di mata kita. biarpun kita rasa kita boleh dengan pejam mata buat benda tu dalam 5 minit. kita tak tau dia mungkin dah korbankan waktu-waktu yang penting dalam hidup just untuk buat benda tu.
cr: google |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan