Sabtu, 31 Disember 2016

chapter 12 - the last chapter of 2016 ;

salam'alaykum,

haii lamanyaa tak membebel. huhu. been busy with work. aik cikgu pun kerja bulan 12? yesss opkos. *emoji berjurai ayaq mata*. 2 minggu ni kerja 6 hari seminggu hokeh. but yes, kitorang ada cuti guru dua minggu tapi tu pun seminggu depa dah curik suh pi kursus. tapi aku tak pi muahaha.

so today is the last page of the book of 2017 (skarang baru 12 am tapi kira dah 31 disember la kan). aku punya planner yang dua tiga pat bijik tu tak berusik lagi. bila la baru nak mengadap. pi kerja 6 hari seminggu pun kerja tak siap jugak. ni baru siap jadual. legaa satu beban. aku kena pi sekolah esok (harini) sebab ada hari penyerahan anak (year 1 pupils). tak zabarrrr nak tengok batch baru kekanak ribena. tapi yang tak berapa nak tak zabarrnya, the next day (1st jan) dah start school session for 2017. sebab kelantan tak ambil cuti new year katanya. pasrahh

my goals for 2017?

1) nak jadi better muslim. better than before. syukur Alhamdulillah Allah letak aku yang takde apa-apa ni dalam jalan dakwah dan tarbiah. semoga aku tak sia-siakan peluang yang Allah bagi ni. nak faham Islam sefaham fahamnya sampai hati ni cintakan Islam more than anything. just like mereka mereka di zaman nabi dulu. insyaAllah.

2) finish my work on time! payahnyaa dari 20 tahun lepas aku masih struggle benda ni. hahah. insyaAllah i can do this. fighting!
 
3) rajin menuntut ilmu. tak kira la apa saja ilmu bermanfaat.

4) BERHENTI jadi seorang yang MALAS! haha. plis la aisyah nadiah.

5) SAVE money. pejam mata dari membeli benda tak penting. ni dah start bulan ni. ya ampun susahnya tapi aku percaya sebenarnya boleh. sebab time takda duit boleh pulak tak membeli. haha. kena simpan wei.

6) nak kawen! hahahah. ok this one walau belum nampak lagi, kita tetap kena letak dalam goal. baru la bersungguh sikit kan.

7) and last one, semua goals kat atas ni adalah untuk yang last ni. Mardhotillah.. nak capai redha Allah. sebab apa pun yang kita buat kat dunia ni, yang Allah redha je yang akan bagi manfaat kepada kita kat akhirat nanti kan? :) insyaAllah

okay, sebenarnya banyak nak cerita lagi tapi masa mencemburui huhu. nanti ada masa aku story mory eh. banyak dahh yang tertangguh. huhu. nak cerita pasal gi umrah baru ni. still cant move on. punya berharap dapt pergi dalam mimpi pun jadi la tapi balik2 mimpi pi sekolah je. hmph. nanti ye aku share gambaq sekali.

toodles!

bismillahi Allahuakbar walillahil hamd. thank you Allah for this opportunity


Khamis, 24 November 2016

throwback penang nov 2015 ;





dah setahonn dah. rindunya nak escape macam ni lagi.

sekarang rasa macam takde masa. even dah janji dengan orang pun titiba je clash dengan komitmen kerja last minit. lagi lagi hujung tahun ni.

tapi nak buat macam mana kan. tanggungjawab kita sebenarnya melebihi masa yang kita ada. bak kata imam hassan al banna.

chaiyok3 awak semua! :)

Isnin, 14 November 2016

chapter 11 of 2016 ;

salam'alaykum,

its been a while. cewah titiba spiking plak kan. lamanyaaa tak membebel. banyak benda nak cerita tapi macam biasa tak ada masa dan kebekuan idea untuk menulis.

tinggal lagi dua minggu sebelum sesi persekolahan 2016 berakhir. murid-murid dah bersuka-ria sebab dah habis exam. cikgu dok botak kepala tanda paper exam.

aku baru balik mukhayyam. cite mukhayyam bulan lepas pun belum cite lagi kan. lekluuu. haha. mukhayyam minggu ni bukan dengan kekanak ribenaku. i joined as peserta. mukhayyam akhawat. since kami guru sri aman ni under usrah ikram. kami kena join mukhayyam. nanti aku cite perjalanannya ye. masa tau kena pi haritu macam malas je. tapi bila dah pergi, banyaaaaak sangat benda yang aku belajar dan menjentik hati yang keras ni. huhu. nanti la dah free sikit aku cite (tapi tak janji). nak share petikan dari surah As-Saf ayat 10-14. these were the ayahs yang kitorang kena hafaz during the mukhayyam. dalam masa 24 jam kena hafaz. bila baca dan hayati bebetul maksudnya, Allahu meremang bulu roma.


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(As-Saff 61:10)

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(As-Saff 61:11)


(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
(As-Saff 61:12)

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
(As-Saff 61:13)


Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
(As-Saff 61:14)


semoga kita termasuk dalam golongan yang beriman kepada Allah & RasulNya, dan menjadi golongan beriman seperti ayat kat atas ni; yang berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta dan dirinya. amin ya robbal 'alamin.

Isnin, 10 Oktober 2016

chapter 10 from the book of 2016 ;




salam'alaykum,

Alhamdulillah setel satu program besar sekolah. mukhayyam khoriji. nanti share gamabr dan cerita.

tapi sekarang aku tengah hooked dengan lagu di bawah ni. Hadapilah by Shoutul Harokah. lagu tema mukhayyam tahun ni. first time dengar rasa biasa-biasa je. tapi 2nd, 3rd time dan seterusnya try fahamkan lirik dan tanpa sedar bergenang juga air mata. 



hadapilah segala tantangan
sambutlah harimu dengan suka cita
hadapilah segala ujian
dalam kesulitan pasti ada kemudahan

 إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
 "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(Surah Asy Syarh ayat 6)

Isnin, 26 September 2016

chapter nine page 26 ;


ohana. walaupun we annoy each other most of the times, i hope kita dapat berkasih sayang hingga ke syurgaNya.

random post. sebab rasa nak pos gambar tapi malas nak transfer dari phone.

tema minggu ni : IKHLAS.

benda yang senang untuk dicakap tapi susah untuk dibuat. tapi ikhlas la ubat kepada segala penat dan segala stress dunia ni. bila ikhlas, Allah akan permudahkan urusan kita, berkatkan masa kita, cukupkan rezeki kita, tenangkan hati kita -- suma tu yang kita dok nak dalam kehidupan sehari-hari kan.

antara benda yang dapat masa daurah tadi:

1) bila subuh kita tak kecundang (bangun awal, solat awal), insyaAllah sepanjang hari akan smooth.

2) beribadahlah kepada Allah bukan sebab takutkan azab nerakaNya atau hendakkan ganjaran. buat sebab kita kasih & cinta akan Allah.

3) jangan tunggu ikhlas baru buat. buat sampai jadi ikhlas.

4) sedekah --untuk bersihkan harta & hati.

semoga dapat jadi motivasi untuk diri sendiri dan awak awak yang mungkin membaca. terutama untuk diri sendiri yang selalu lost di tengah tengah lautan. huhu.

Ahad, 11 September 2016

eid al adha 2016 ;

salam'alaykum,

how are you? its nearly halfway of september already. makin hari makin nervous nak menghadap hujung tahun. banyak kerjaa. huhu. 

alhamdulillah ujian bulanan 3 dah selesai. tinggal nak marking paper je. tinggal 2 paper BM pemahaman penulisan tahun 5. paper yang paling malasss nak tanda. nasib budak ada 15 orang sajork. tapi sebenarnya kejap je kalo dah start. nak start dia je la. haritu berkobar siapkan tanda 2 kelas. pastu aku dok bermalasan sampai lah laa ni. esok (ahad) nak balik kampung dah for raya. 

guess what? inysaAllah pas raya kami nak larik balik gombak sat. wuhuu best best. tapi aku tak bagitau sape2 pun lagi sebab takut tak jadi ke apa. redha je la last minit nanti nak jumpa sume orang dah ada other plans. huhu.

oh, thank you to all the warm wishes on my birthday! :) dah tua tua ni orang tak wish birthday tak rasa apa sangat tapi bila yang wish tu selitkan doa-doa murah rezeki apa semua tu adeh terharu pulek. dann sempena birthday aku telah menghadiahkan diri sendiri ini.. jeng jeng jengg..


banana uyuu (susu pisang) kalau beli kat korea version botol tu diorang cakap murah je. tapi apakan daya beli kat malaysia ni mahal ler sikit. sebenarnya bukan beli sebab teringin ke apa. kebetulan went to korean fud fair kat pacific kbmall on my birthday. aku pun beli la dengan alasan hadiah besday. sebenarnya nak kurangkan rasa bersalah membazir duit. haha

takde ape yang special sangat pun i did on my birthday. pernah ke pun wat anything special? haha. tak wat anything special pun kita dapat ucapan special pun dah cukup dah. bunga-bunga sampai dalam mimpi mihihihi *sila lempang*

haa lupa nak cite, pasal kena observe for praktikum tu. Alhamdulillah everything went well. walaupun kekanak rebina didnt behave like what i expected them to be. pepaham je la budak darjah 1. depa tau ada stranger dalam kelas lagi laa nak tunjuk perangai kann. usually dalam kelas aku depa behave sesangat. itupun sebab kau guna teknik jelmaan gajah naik minyak. haha. takkan aku nak naik minyak depan penyelia aku woi. cubit senyap2 je. tapi nasib baik kak sah (penyelia aku) faham sangat dak dajah 1. dia memang tak komen sangat la pasal tu. dia cakap normal la dah nama pun dajah 1. dapat control duk tempat pun dah kira baik da. tapi aku sebenaqnya xtau pun aku lulus ke tak haha. tapi kalau lulus tahun depan kena pi intebiu sekali lagi pastu abeskan kursus yang taktau bila pengakhirannya tu dan disahkan jawatan. jangan tanya aku kenapa begitu rumit dan lama sekali nak sah jawatan. padahal takda apa keistimewaan sangat pun. just status ko je la berubah dari kontrak kepada tetap. & layak dapat kenaikan sikit. tapi insyaAllah ada hikmahnya kan. pengalaman tu penting.

lepas observation tu kak sah panggil, komen sikit & borak-borak. banyak la dia share apa yang diorang cikgu kat sri aman kb buat. buku yang depa guna untuk yang lemah tulis baca. thank you kak sah. pastu macam biasa tanya umur dan soalan wajib lelagi bila dengaq umur iols opkos la, "dah kawin ke?". bila kau cakap belum dia bleh cakap, "comey2 camni kenapa tak kawin lagi?" pehh tepat ke dalam lubuk hati. ye la walopon aku tau part comey tu macam tak kena je kans (sis sedar diri). aku pun otomatik jawab insyaAllah nanti saya jemput kak sah sambil senyum simpul macamkan kenduri aku dah dekat. aku pun taktau kenapa aku jawab gitu. i just feel the need to legakan hati dia. macam taknak bagi dia rasa sedih or simpati kat aku yang dah umur 28 tapi tak kawin2 lagi nih. walaupun aku sendiri pun tak rasa simpati kat diri sendiri. haih. masa salam tu dia sempat bisik lagi nanti jangan lupa bagi kad tau. dem.

sebenarnya dulu aku tak pernah pun rasa yang akan datang stress dari society atau orang sekeliling about me, not getting married yet at this age. yela memang takde sapa yang tanya kot. tenang je rasa. kalo ada yang tanya pun dengan tenang aku jawab, belajar lagi. dan sesi soal jawab stopped there. tapi lately memang overwhelming pula soalan-soalan peminat nih. haha. 

setakat soalan kak sah tu takde apa sangat kot. nenek sedara aku pernah tanya, "tak jeles ke tengok orang lain dah dukung anak?" pehhh..nasib lerr memang dia jenis lidah setajam pisau. aku gelak je la. bagi gelak yang paling sweet. aku biar je ayat tu bagai angin berlalu. sebab kalau bagi singgah kat hati memang aku tak pi beraya dah la umah nenek tu. tu belum mudir aku yang tiap kali aku masuk bilik dia akan tanya bila bila dan bila. okey yang ni memang aku annoyed to the max la sebab memula aku pikir dia nak menggalakkan anak2 buah dia kawin kot. tapi tah nape la lama-lama aku rasa sebab dia nak anak2 buah dia kawin dengan ahli jemaah dia. sebab manjang cakap.."takdela kalo tak jadi ada orang yang bertanya ni" 1st, dia guna modal sama je. sape la yang interested sangat tu sepanjang taun tanya pasal aku. karut. 2nd, dia macam tak respek pulak. bila aku cakap dah ada means dah ada la. tak payah la nak serkap jarang tak jadi ke apa. siap nasihat, perempuan baik ni kena kawin dengan lelaki baik. nak je aku cakap, ustaz silap perempuan ni sebab saya tak baik pon. tebako ok. last2 aku cakap ustaz tunggu je tak lama lagi sampai la kad tu. ni kes ni baru last 2 weeks hokeh. bayangkanla betapa kerapnya dia tanya. orang siap bahan aku tah-tah dia tanya utk diri sendiri. homaigoddddd meremang bulu roma ok. memang tak la.

and few days ago dok borak dengan umi pasal hilmi. dia nak kawen dah mac tahun depan. memula ingat nak buat belah kitorang lepas raya pastu umi cakap alang2 tu wat terus je la cuti bulan 3 tu jugak. senang nanti diorang nak balik raya. takyah pikir2 nak setelkan majlis. aku pun macam ok jugak tu. lagipun rumah pun tengah projek untuk dicantekkan jugak. wat sendiri je upah cikwa. tengah eksaited plan2 tu titiba umi cakap takdak sape ke nak combine majlis. jimat sikit. i knew sebenarnya umie tanya aku since aku dah cite kat dia pasal cikmot. aku pun cam huish mana sempat bulan 3 dah tak lama lagi kot. umi boleh tanya apa yang tak sempat? takyah mas kawen banyak2 pun takpela..mudahkan orang yang nak kawin dengan kita tu. krik krik krik. kalo cikmot dengar ni memang pitam takpon demam laaa

double triple sigh. aku ni kalau ikutkan hati memang nak simple-simple je. mas kawen ke apa ke sekadar mampu je la. yang penting nak hidup lepas tu. lagi 1 aku tak pandai nak plan2 ni. tapi bukan sekadar habis kat kenduri tu je kawen2 ni. orang nanti nak hidup dengan aku, boleh ke terima aku during my worst, sabar dengan aku & everything. aku taknak la dia rasa burden & rasa perlu cecepat just because aku ni dah nak dekat 30. kesian ok. macam kena paksa. aku tak nampak sangat kenapa penting sangat sebelum 30 tu padahal umur aku sekarang ni pun dah masuk kategori lambat dah pun untuk kawen kalau ikutkan. yela aku paham apa yang society nampak, angka 30 tu macam lambatnya lahh, tak laku ke apa ko ni, memilih sangat, susah nak beranak nanti dan sebagainya. tapi kalau dah belum jodoh nak buat camane. tak bahagia ke orang yang kawin lambat?

ya, kalau tanya aku mestila aku nak cecepat jugak. sapa taknak relationship diorang sampai nikah kan. tapi aku taknak cikmot rasa terbeban. insyaAllah masanya akan sampai. just usaha dan doa. semoga Allah kuatkan hati untuk hadap soklan peminat especially jenih mulut paparazzi nih. scary weh, macam aritu ada makcik singgah rumah. aku baru nak keluaq bilik nak salam2 titiba aku dengar dia tanya bila majlis helmi, mak aku jawab mac terusss dia cakap lamanya betunang??? dengan nada begitu terkezut. aku terus tak jadi keluaq weii takut dia tanya. terus berpura2 tidur. haha. dia mana tau anak dia suma kawen dengan kelantanese. orang kelantan memang kebanyakan tunang kejap2 je. eh yeke. ke anak2 dia je? 

apa apa pun semoga dipermudahkan segalanya. doa yang sama juga untuk awak-awak yang tengah rasa benda sama macam saye ni. dun worry. ni masa kita untuk berbakti banyak2 kat ibu ayah untuk baiki diri jadi better. being single during late 20s is not a crime. cuma yes, hubungan yang masih belum halal masih belum dalam redha dan rahmat Allah lagi. jaga baik-baik supaya ianya terhindar dari dosa until the day you get married :)

adoi bab jodoh ke kawen ke memang panjang je bebel kan.

akhir kata, Salam Iduladha semuaaa. semoga ibadah korban tahun ini diterima Allah. selamat berkorban :)

masa ni masih memegang title anak tunggal. at least sis penah jadi anak tunggal,. ko hade? muahaha. bila tengok gambar ni terbayang macam mana ye perasaan ummi abah baru dapat anak. dah la after hampir 2 tahun kawen. mesti happy kan. orang sekeliling mesti dok tanya bila nk dapt anak apa suma. nak tanya umi tapi takut aku terlebih feel. anyhow, it feels good to know at least i have made them happy :) selamat ulangtahun ke 28 menjadi parents, ummi abah. kakak sayangggg ummi abah sampai bila2 :)
ps: berani show off gambaq zaman konfem comel (baby) je. sebab kalo korang tengok cane rupa aku zaman kanak-kanak....hahaha. kompius laki ke pompuan. pakai baju gown pun dengan suar panjang kat dalam. dengan rambut pendeknya.. muka comotnya. nasib dulu duk gombak..kira konsider kampung jgk la. kalo memang KL, tak sesuaii dengan imej budak kampung aku. aku tak paham kenapa adik-adik aku punya gambaq time kecit suma elok comel je walopon tengah tak senyum. cis.

jom puasa. & jom berdoa banyak2 minta Allah ampunkan dosa dosa kita.

Khamis, 1 September 2016

September ;


salam'alaykum,

hai september bulan best. hihi. walopon best sejak kecik sampai besar september bulan paling bizi. sebab september ni bulan exam. dah kerja september bulan exam dan menanda paper exam dan menganalisis paper exam pulak.

tapi apapepun september tetap best. muahaha.

happy happiest birthday September babies!

cabaran bulan ini. baca buku di atas. Maza Yakni atau Apa Ertinya Saya Menganut Islam by Fathi Yakan. dah lama dah dipromot dan nak baca. tapi tak jumpa hard copy. ni ada hard copy kat sekolah boleh la pinjam baca.

caiyok2!

yang nak download pdf version boleh click sini

okbyee. happy weekend!

Rabu, 24 Ogos 2016

jombi ;



esok:

- penyelia praktikum datang nak observe.
- perjumpaan ngan sapotah pejabat buruh katanya.
- katibah 2

RPH tertunggak ni kena siapkan malam ni. jawabnya tak cukup tido lagi la. dengan kak gugot mengacau. dann kena tunggu jumaat baru leh tido dengan nyenyak. dann no more praktikum punya rph next week. hopefully. unless kena repeat.. wuu takmaoo.

harap-harap kekanak ribena group aku behave masa sesi masak memasak esok. mujuq dapat group dak laki (banin). sebab mengikut pengalaman tahun lepas, dak laki memang stret to the point. masak ikut menu & hias lauk guna apa ada. kalau dapat group dak2 pompuan (banat), memang sampai magrib tak sudah memasak lagi. banyak menu tambahan depa. cuma jangan budak-budak group aku ni mud main lebih je la. memang jadi harimau jadian aku esok.

katibah sekolah aku ni pengisiannya qiyamullail. pastu banyak pengisian dari krs. ada kawad, tali temali dan based (seni pertahanan diri). and masak la of course, one of aktiviti masa mukhayyam (perkhemahan) krs.

ok tu je update.

ohh my dadah ainda dah selamat dapat baby boy. and dia pantang kat kuala krai sekarang. tak sabaqqq nak pi jumpe baby wee..

toodles~

Khamis, 18 Ogos 2016

melodydalampuisi ;


stumbled upon the insta sesama dengan intan masa dia datang rumah haritu. pastu dok meniarap duorang atas katil layan puisi-puisinya. just like the good old days kat kolej. rindunya..

Isnin, 15 Ogos 2016

miao ;


intan dah balik. wuuu T_T

now its time to get back to reality.

all the best for everything baby. may you achieve your best in your career as well as in life. theres hikmah behind everything for sure. mungkin sekarang kita belum nampak lagi kan. lets believe in Allah's plan because His plan is the best :)

missing the rest!

Isnin, 8 Ogos 2016

goguma sweet potato ;



wuhu habis dah nonton goguma couple. buat kali keberapa tah. haha. dalam banyak banyak We Got Married couples aku rasa yonghwa ngan seohyun je yang paling best. rasa dalam 6 tahun banyak kali jugak la tengok balik. sebab diorang tak fake. very natural. innocent. takde pegang pegang ke peluk peluk ke tapi still best tengok. couples yang banyak skinship ni kadang rasa macam sakit mata pun ada jugak. nak tengok banyak kali pun tak best. wgm yang bebaru banyak sangat scene geli-geli. tak syok tengok. baru episod 3-4 dah peluk peluk. kemon lah.

apa yang aku suka kat goguma couple ni (goguma sebab seohyun suka sweet potato) adalah the way they tried to understand and fit each other's personality. yonghwa memang bagus. kalau ikutkan seohyun ni jenis jenis innocent pastu agak skema tapi yonghwa really tried his best untuk ngamkan diri dia dengan personaliti seohyun. seohyun suka baca buku, yonghwa pulak memang tak minat. tapi bila si seohyun belikan dia buku, dia siap baca & buat review lagi.

aku ni da banyak kali tengok pun still rasa sedih tengok last episode. saiko betul. secretly wishing yonghwa & seohyun really end up together. haha. andd mak aku memang sangat suka depa dua ni. kitorang download masuk pendrive pasang kat tv. kekadang umie dengan makcik pakcik commentator kat studio tu sama naik dah. haha.

yeongseo is the best of all wgm couples. bagi aku la. sebab 2014 onwards aku tak tengok dah so taktau sangat. rasanya ada lagi kot yang best jugak tp yongseo jugak la paling best aku rasa. walopon ada ahli fave group aku which is SHINee (taemin) yang join jugak wgm kan. taemin ngan naeun best jugak tapi dorang nampak muda sangat so feel tak sampai. haha. walopon suka tengok si naeun tu.

kalau ada wgm fans yang rasa nak tengok semula YongSeo Couple bleh layan kat sini. aku donlod semula all episodes sebab yang dah ada dalam external hard disk yang da rosak. huhu. silalah layan banmal song di atas. lagu dorang buat sesama. gajah kat belakang tuuu. masa tengok episod yonghwa balik thailand bagi gajah tu jeles wey. haha

ps: baru perasan i blogged about yongseo couple years ago and even put the same video. pasal jeles dengan gajah pun ayat sama. haha

Ahad, 7 Ogos 2016

quotes ;



i really wanna believe this.




and i really hope you wont give up on me
coz i'm not gonna give up on us
... until you do so
.
.
.
.
semoga Allah temukan jalan keluarnya.
mungkin usaha dan doa belum cukup kan :)

Sabtu, 6 Ogos 2016

entri versi throwback - raya ;

salam'alaykum,

wuu bulan syawal dah berlalu. cepatnya kan sehari sehari masa. nak jugak post entri raya walopon takde gambar dan cerita sangat. sebab nak delete gambaq. haha.

tahun ni kami raya kat gua musang. rumah tok ayah. sebenarnya tiap tahun pun raya sana, just tahun lepas je for the first time ever raya kok lanas. nak raya dengan abah. hehe :) so kitorang gerak hari ahad. naik dua kereta sebab umi nak bawak suma yang ada kat dapoq umah dia. haha. aku pasrahh melihat bidin jadi lori barang pada hari itu. penuh bonet & tempat duduk belakang. aku dengan imah satu keta. umie, alif & madiah satu kete. syiok dapat drive senirik. & alhamdulillah tak jem hari tu. sebab jalan kami menghala ke kl memangla tak jem muahaha. tapi tak silap ke arah kota bharu pun tak jem haritu.

tahun ni adik badik lelaki umie raya rumah mertua so tak ramai sangat la. mak aku ramai adik beradik lelaki. 8 lelaki 4 perempuan. yang lelaki pulak dulu tak ramai yang dah kawin, skrang tinggai pokcu je yang single. so kurang ramai la. tapi tahun ni cik yanie balik raya. so yang ada pagi raya family kami, family cik yati, family cik yani & pakngah. pakngah memang duk depan umah tok ayah so memang tiap tahun raya sana.

cik yani & family sampai malam raya. abang hilmi pun sampai malam raya jugak. malam tu aktivitinya ialah membakar sate. sate ayam dan ada kambing jugak. adui lapar pulak taip nama-nama makanan nih. gambar aku lupa nak transfer. malas plak nak cari. haha.

dan pagi raya alhamdulillah berjaya gi solat raya. tapi masa khutbah aku antara dua alam dah. sebab tidur lambat. pantang dengar ceramah mesti tersengguk. memang hobi la kut noh. dari sekolah membawak ke kerja. pastu balik rumah salam salam beraya dengan yang ada kat ruang tamu pastu bertebaran. biasanya kitorang gi umah pakngah. tapi pagi tu kelam kabut sikit. geng budak-budak kicik kampung tu  dah sampai. nak beraya. ingatkan dah habis segerombolan takde dah. ada lagii. pastu masa aku kat tangga rumah dengar depa duk bercakap dengan kat luar, "rumoh ni wi 3 riyal weh" matilanakkk. haha. tapi teringat zaman kecik kecik dulu. tu la jugak aktiviti aku pun. tak sangka zaman skarang ada lagi.

tahun ni takdak gambaq raya. sebab umi bizi kat dapur. bila umi tak bizi dah aku kena kerah cuci pinggan. jadi sampai tengah hari le macam gitu. petang suma dah tukar baju. tapi sebenarnya kam jarang je bergambar time raya nih. masa abah da takde baru start amik gambar family time raya. huhu.







this is the only gambar raya aku ada. the only hokeh. aku pun tertanya tanya jugak kenapa tak sempat gila ea aritu nak bergambar. haha


petang raya ciknu, cikmat & family sampai. dah ramai sikit. raya kedua baru cikwa & family sampai. cikhab pun balik jugak. cikdi jugak. cikdi tinggal wife sebab dia kena balik kl awal kerja. so bila dia bujang nih dia rajin layan anak sedara. maka kami pun ajak dia bakar ayam malam tu. haha. cikhab nak bakar lemang sebab dia bawak balik rendang rusa dari lipis. yang kitorang pulak tengah lepak-lepak reramai kat tangga pukul 6 masatu, titiba sebut pasal bakar ayam dan terus jomm. pow umie & cik edi sponser ayam, aku sponser minyak kete je. haha. nasib supermarket ada ayam banyak. kedai runcit pun bukak nak beli arang & air batu. aku taktau la nape, aku ni bukan la suke sangat pun membakar ke apa ke tapi kat memana event ada bakar-bakar ni memang aku akan end up menyebok kat depan makanan yang sedang dibakar itu. pastu tanpa sedar titiba aku pegang spatula tolong balik balikkan lauk. saiko kan. tahla  rasa syok tengok ayam-ayam tu masak pastu bagi orang. haha. kalo pegi makan kat steamboat & grill pun memang aku kenyang membakar je.


ada kenduri ke apa bederet nih.

bidin landing kat depan umah pakngah je. ada separuh lagi kete kat sana.

batu gajah tempat wajib main. dulu main perang perang feeling jadi askar kat situ.

ammar & aminnn. ammar time mood baik. masa baru sampai tak sempat umi abah dia melauhkan punggung dah ajak balik 'rumah ama'

bbq nitee. aduhh lapar plakk


raya ketiga balik kok lanas dah. seminggu tak pikir lansung pasal kerja. sampai rumah stres terus.haha. sabtu hilmi ajak pi raya kat grik tapi tak dapat ikut sebab aku kena siapkan kerja. kalau pi grik memang taktau kul berapa baru sampai umah. ahad dah keje. huhu. sorry dilaaa. dia duk ajak datang beraya. takpa taun depan insyaAllah raya bersama. hehe.

itu je la kisah beraya tahun ini.

pastu beraya kat sekolah pulak 24th july. i share gambar je la ek malas nak menulius dah. haha.



sampul raya SuratChenta sponsor. hehe


eksaited memasing jumpa makanan

budak kecit ni memang peberet kitorang. cakap macam orang tua. haikal ni dalam kelas memang tak fokus, tapi nak marah selalu tak jadi. 1 thing yg bagus pasal dia ni social responsibility bagus. ada orang begaduh ke nangis ke sakit ke, dia akan tolong report & pastikan muallimah amik tindakan. hahaha. klaka weyhh ee cubit kang.


my sisters :)

salah seorang muallimah sekolah aku dah pindah. dia dapat kerja kat sekolah bawah ikram jugak kat kuantan. ikut husband dia kerja kat sana. sedih gila weh sebab dia je la yang selalu tolong update info pasal sekolah yang mana2 kami guru baru ni tak tau. sebab dia one of ikram's active member. dia tau banyak la & sangat passionate nak mendidik anak anak islam ni. kalau tak passionate takkan la pindah pun still pilih untuk mengajar kan. academic background dia bukan calang-calang. boleh dapat kerja yang higher pay. aku pun plan kalaula one day pindah negeri lain ke kan, nak kerja kat sekolah rangkaian musleh jugak kot. luckily ada seluruh malaysia. tapi kena timba pengalaman bebanyak dulu la kan. agaknya sebab tu Allah nak aku belajar bersusah-susah dulu kat sini not. nak mintak keje lain, cgpa pun cukup makan je. ada hati stres2 nak tuka keje lain. huhu. apapun happy untuk ayu, dah takyah pjj lagi da. dapat duk sekali ngan husband. 

my sisters for now. ni la tempat kerja saya sekarang. i remember masa menganggur dulu skrip doa aku, minta kerja yang dapat buat umi happy & dekatkan aku dengan Allah. alhamdulillah. semoga dapat terus mencari pahala & pengalaman kat sini.


hello august yang bizi. semoga tiap hari dalam bulan nombor cantik ni adalah hari hari yang semakin baik dari semalamnya. sebab nombor lepas ogos lagi cantek. muahaha.

ok nanti aku bebel lagi ye. sakit kepala hoi. dah la susah nak lelap duatigari nih.

toodles!

ps: next entri mungkin nak cakap pasai kawen. haha. tadi borak dengan cikmot (time mamai) & ada cakap pasal adat kawen kelantan. aku dengan konfiden cakap kelantan takde duit hantaran ke apa tah tadi. pastu baru sedar aku banyak taktau lagi ni. need to google about it. tadi ada baca sikit nanti iols share ye. cikmot awak kena baca. :p

Rabu, 27 Julai 2016

Serlahkan Gaya Anda dengan Emporio Armani Sunglasses ;

Salam’alaykum,




Seperti yang kita tahu and selalu tengok, sunglasses atau cermin mata hitam adalah antara aksesori yang paling popuar dalam dunia fesyen. Jikalau anda adalah wanita urban masa kini (gitcheww), selain handbags dan kekasut, sunglasses adalah antara yang penting dan harus ada dalam koleksi. Ini kerana, sunglasses berupaya memberi instant stylish touch gitu. Contoh kalau outfit macam biasa-biasa je pada hari tersebut, just put on your sunglasses memang terus jadi glamour OOTD uols hari tu.

Selebriti adalah antara yang paling selalu kita lihat bergaya dengan sunglasses. Buka je fashion magazines atau scroll through Perez Hilton punya website, rata-rata selebriti yang sempat paparazzi snap gambar tengah jenjalan tu mesti wajib pakai sunglasses. Kalau tak pakai kat mata, ada kat atas kepala. Kalau tak kat kepala, sangkut di baju. Hehe. Kalau kat Korea pula, ‘airport fashion’ penting untuk K-celebrities. Dan anda boleh tengok artis bergaya dengan sunglasses di airport. Aksesori wajib lah senang cakap. Cantik hokeh diorang pakai.

Ada banyak jenama sunglasses dan antara yang terkenal adalah Emporio Armani. Emporio Armani adalah jenama antarabangsa yang terkenal dengan koleksi sunglasses yang trendy dan cecantik semuanya. Biasanya kalau ke kedai cermin mata, haa jenama ni memang antara yang diorang letak kat cermin-cermin depan kedai. Hehe. Aku tau sebab iols pengunjung setia kedai cermin mata. :P  Untuk yang mungkin sedang mencari-cari sepasang shades untuk hantaran, hadiah mahupun untuk diri sendiri, you might want to add Emporio Armani in your list. Ada banyak design cantik yang boleh dipilih untuk lelaki mahupun wanita.



Tapi sebelum mula pilih your fashionable Emporio Armani sunglasses, kena la tahu sunglasses macam mana yang sesuai dengan bentuk muka kita kan. Haa bukan semua bentuk cermin mata yang kita suka tu sesuai dengan bentuk muka kita tau. Antara tips penting:

  •        Mula-mula sekali, tengok bentuk muka. Adakah bentuk muka anda bulat, bentuk hati, bujur ataupun bersegi? Ada banyak lagi bentuk lain. Try tengok-tengok dulu apakah jenis bentuk muka anda.
  •     Dah tahu bentuk muka barulah nampak sikit bentuk sunglasses yang sesuai dengan kita. Ingat, tak semua bentuk sesuai dengan muka kita. Contohnya kita minat sangat cermin mata berbentuk bulat, tapi muka kita bentuk bulat. Tak sesuai sebenarnya. 
  •        Tengok elok-elok bentuk sebenar muka, ini sangat membantu untuk kita dapat sepasang sunglasses yang paling ideal dengan kita. Bila pakai tu nampak gojess je kan :P

Boleh google cermin mata bentuk apa yang sesuai dengan muka anda. Paling best kalau muka bentuk bujur, sebab most bentuk sunglasses sesuai dengan anda. Dalam banyak-banyak bentuk sunglasses aku paling suka bentuk ‘pilot’ atau ‘aviator’. Nampak cantik dan kacak je si pemakai. Bentuk ni sesuai untuk yang wajah bentuk empat segi dan bujur.

aku suka yang kanan sekali tu




Dulu sebelum drive sendiri, aku tak nampak sangat keperluan untuk memiliki sunglasses ni. Tak tahu kat mana dan bila nak pakai. Tapi setelah menjadi pemandu tegar (eceyh) aku dah start rasa nak kena ada dalam simpanan sepasang. Lagi-lagi kalau drive menghadap matahari terbit and terbenam. Bahaya okay. Kena ada sepasang. And of course bukan pakai untuk drive semata, sunglasses ni sebenarnya aksesori yang mesti dimiliki. Orang kata pelengkap gaya gitu.

Haa boleh start pilih cermin mata hitam idaman anda di Zalora. Ada extra 30% off lagi tau. Best kan? Cepat grab cepat! Hehe