Sabtu, 21 November 2015

cuti sekolah datang lagi ;

salam'alaykum,

cuti sekolah dah mulaaaa. selamat bercuti kanak kanak sekolah sekalian.

tapi aku tak cuti sangat pun. dah give up nak berharap pasal cuti. cuti guru from 28th sampai 12 disember je. itupun ada ura-ura mengatakan aku kena buat kelas intensif untuk bakal murid tahun 1 tahun depan. those yang tak berapa boleh lagi membaca tu. ye la sebab aku cikgu bm kan. jadi sape lagi yang paling selayaknya buat kelas tu. sebenarnya memang perlu la kelas tu supaya tak penat masa sesi persekolahan nanti kan. tapi sedikit sedih la. i have lots of plans cuti ni. which includes catching up with kesayangan kesayangan di kl. tapi nampaknya terkubur je la suma tu.

ni pun nak pergi penang trip ni sebenarnya belum start cuti guru lagi. tapi sebab aku taktau selamba je aku dah book tiket apa suma. pastu bila tahu haritu meroyanz la kejap. nasib mudir baik. dia cakap apply je la cuti. buat surat sikit. tapi sebab busy sangat haritu aku hantar borang cuti je. tak buat surat. fikir-fikir balik, asal nak buat surat lak? aku nak guna cuti rehat tahunan kot bukan kecemasan ke apa. so aku buat bodoh je dan mintak cuti 4 hari. puas hati. alang-alang tak dapat cuti tu kan.

kepanasan dan kepedihan di hati bertambah pulak dengan kesengkekan dan kekeringan dalam acc bank. haha. mujur la gi penang tak pakai duit sendiri pun. just keluar untuk pergi balik kb-kl je la. bulan 12 pulak takde gaji huhu. sebab belum confirm, dia akan bagi bulan 5 nanti. memang agak sakit la. tapi itupun mujur aku duduk kat rumah. sesak-sesak leh merempat ngan umi. 

i guess this is reality of life kan. takkan selamanya kita boleh jumpa kawan-kawan or share stories macam dulu. semua pun ada komitmen memasing kan. just sedikit sedih sebab dah janji nak jumpa nazira & zu. nak jumpa akak, mas, ds, lala fiza suma. banyak benda diorang nak share & cite. mesej & phone conv tak cukup sebenarnya. rasa bersalah coz i cant be there for them. diorang selalu ada untuk aku dulu. bila diorang macam sedih ke apa rasa macam kawan yang teruk. wuu sorry korang :( sedih bila duduk jauh ni. tapi nak buat macam mana kan. 

ok cukup la tu bebel. sebenarnya bersyukur sangat for what i have today. cuma kadang-kadang sisi selfish dalam diri ni rasa rindu nak macam yang dulu-dulu. padahal benda yang mustahil kita akan dapat balik dah kan.

ok nak sambung kemas barang, nak masak paprik, buat corn in cup dannn bersiap untuk naik bas ini malam.

happy weekend semuaaaa. till next update. banyak cerita dan gambar nak share ni haha. dasar janji dicapati kan sanad ni. ish ish.

toodles!~

yess everything will get better with coffee. teehehe

Khamis, 19 November 2015



i hope you can tell by the way i'm treating you ;) though i know i dont really do anything for you.

not sure whether u will read this or not. i just wanna say thank you. for being there during this past 2 years, every day without fail. i dont know what have i done to deserve this kind of attention from someone. i think its not because i deserve this, its because you are a good person, a good friend.

and during this stressful time, you are still there. you have your own work stress, but you still entertain my neverending stories about my workloads. padahal kerja awak pun banyak. sorry. i always have this fear that i might become a burden to people, they will get bored and leave me. thats why sometimes i tried to keep things to myself. but everytime you asked or said that you wanna know, i lost it. pastu bebel banyak banyak, menyesal.

i hope you know that i want to be there for you too :)

thank you. for being there. and sorry hari hari bebel benda sama.

Rabu, 18 November 2015

Ahad, 15 November 2015

countdown to school hols ;

salam'alaykum,

lagi 4 hari jee (tak termasuk hari ni) na cuti sekolah dah. tapi tak rasa excited pun sebabb banyakkkkkkkkk sangat kerja kena bereskan before cuti. rasa nak bertukar jadi segala jenis monster dah. haha.

semalam baru sampai kok lanas from a 5-day-trip. kok lanas-gua musang-melaka-gombak-gerik-kok lanas. penat ya tuhann. tapi lagi penat ummi yang drive berapa hari straight huhu. so jangan mengeluh. hari sedikit lemau sebab selsema dan batuk. dari time jenjalan lagi sebenarnya tapi biasa la bab bejalan sakit pun boleh sihat kan.

dann isnin depan im going for another 'larirumah' trip to penangg. wuhuuu. dengan kak jijah. suratchenta belanja percutian tahunan. kihkih. Alhamdulillah for the rezeki. tapi tu la nak eksaited sangat pun kerja tengah banyak. tiket bas gi kl pun tak beli lagi nih. cari pasal betui.

ok la nak pi masuk kelas. nanti kita update gambar melaka haritu yee. hehe

toodles!

Khamis, 5 November 2015

yeayy ;

2 umar ni time ni je la nak tengok diorang serius pun. time lain dia punya happy-go-lucky level tu agak diabetis sikit.

peksa akhir tahun dah habiss wuhuu.

tapi kekanak ribena je la yang hooray cecikgu dia sotong nak setelkan suma benda before cuti. bukan lembik macam sotong ye, banyak tangan cam sotong.

since aku mengajar di sek ren islam, tak dapat tidak akan ada paper yang dijaga dari subjek diniyah dan juga bahasa arab. haruslah takleh jaga paper sendiri kann. most cikgu yang bukan dari sekolah agama macam den ni very the nebes kalau tengok2 jadual kena jaga subjek b.arab. budak2 besar takpa papehal memang dorang kena faham sendiri cemana nak buat. kekanak ribena ni kekadang kena bagitau cemana nak buat soalan tu kalau tak temenung la di situ (note to self: jangan lupa letak contoh before soalan pertama lain kali). dann cuba ampa imagine kalau subjek b.arab. kita tolong baca arahan pun kita yang tak paham maksud dia. 

tadi jaga paper arab 2 umar baru laa rasa memang Allah jadikan takdir kita ni ada hikmah dan sebab. takde yang tak bersebab. kita je yang kena pandai cari dan fikir akan hikmahnya. syukur masuk uia kulliyyah human sciences yang kena belajar 6 level bahasa arab. dulu aku selalu question, kenapa banyak sangat padahal kite course HS je. budak2 engin, econs suma tak banyak level pun kena. tapi, agaknya kalaula aku takde basic mau ternganga tak pun kelam kabut carik ustaz dia. macam tadi, still ingat jugak la sikit2 maksud perkataan. boleh la faham apa arahan tu nak. ada soklan suruh warna merah untuk jawapan betul, kalo tak paham memang tekelip2 la aku nengok. tapi tu pun sebab dah lama tinggal dan belajar 6 level pun aci survive je, tekelip la jugak sikit2. but at least takde la kena turun naik tangga carik ustaz dia. hehe. Alhamdulillah. titiba rasa nak belek balik buku b.arab kan.

kalau subjek diniyah pulak dalam jawi. nasib sempat pandai baca time sekolah rendah dulu. i was in convent school dan tak pergi sekolah agama petang. memang subjek diniyah aku lemah. membawak ke sekola menengah lemah dia. orang lain dengan tenang dapat A. aku manjang B. tu pun nasib baik B. kalau tak bernasib baik C lah jawab dia. kalau kena tulis jawi memang aku merapu. sebbaik boleh baca so bila bacakan arahan untuk budak boleh bajet2 terer. tapi kalau ada yang budak betulkan tu perkara biase lar tu. haha. who said we cant learn from kids right? 

sabtu ni ujian kelayakan tahun 1. tak sabar pulak nak tengok muka muka si comel yang mungkin bakal jadi kekanak ribena sriam tahun depan. hehe. okbai nak tido dah.

thanks for reading!

toodles

Selasa, 3 November 2015

al-baqarah:286 ;










salam'alaykum,

saja je post quotes nak bagi semangat kat diri sendiri dan semua orang. everyone have their own struggle. just because kita rasa kita macam susah atau stress atau banyak kerja atau sesak sesangat doesnt mean orang lain yang nampak seronok atau rileks atau happy tu takde struggle depa.

bercakap dengan diri sendiri. huhu.

semoga tak kalah sebelum berjuang.

be strong everyone! :)

himnae! (be strong!)