Isnin, 28 September 2015

hai kekanak ribena ;

salam'alaykum,

haluu monday blues.. pagi tadi sambil gosok baju sambil rasa tak caya dah habis ke cuti. rasa macam baru je gi kursus haritu. arghh tak cayaa. tapi masa mandi tu aku pun mula la try untuk terima kenyataan. positif positif.

but surprisingly hari ni berjaya mengharungi suma kelas tanpa stres dan tak jadi singa lansung. either kekanak ribena behave (dorang pun monday blues agaknya) ataupun aku yang malas nak marah-marah. tapi bila kita tak jerit kat budak memang kurang sikit kepenatan sebenarnya.

mudir mintak tolong kami beberapa muallimah kawal budak time solat zohor sebab muallim-muallim semua kena keluar jap. ada la sorang kanak2 ribena 1 umar nih, dia kalau merajuk suka drama-drama sikit. lari kuar pagar bagai la, taknak masuk kelas la. kekadang gaduh ngan abang sendiri je. pastu tadi dia buat lagi. punca aku pun taktau. orang dah masuk saf nak amali solat dia duduk bergelap dalam kelas. memang mengundang kemarahan aku la. aku pulak memang pantang sikit budak2 ngengada nih. kalau boleh taknak la sikit-sikit pujuk dan baby baby kan dia. sebab dia dah biasa dibabykan di rumah. kalau kat sekolah pun camtu memang syiok la dia berdrama.

lalu aku pun bajet bajet bengis panggil dia sambil di tangan memegang rotan. biasanya dia lari. jenuh pulak kejar. nasib tadi tadi sempat pegang lengan baju. pastu bawak gi bilik guru. aku sebenarnya tak reti sangat jugak nak handle budak camni. tapi tadi nak stret marah rasa tak fair la untuk dia. kite dengar side dia dulu. memula bagitau dia tak boleh wat camni, ni perangai budak kecik umur 3-4 tahun. rashdan kan dah besar. umur 7 tahun. kena buat perangai cam orang besar. cuba bayangkan nanti muallim muallimah tak larat dah nak layan awak pastu kitorang biar je awak nak buat apa. taknak cakap ngan awak. sedih tak? ko tengok ko tengok muallimah dia pun saiko taknak kalah jugak. haha.

pastu tanya nape sebenarnya. pastu dia cite. ok dah paham. ada kes menyebabkan dia rasa tak diadilkan masa dalam kelas. biasa la bebudak kan. pastu aku pun cakap la, ha kan bagus cite je kat muallimah. ni kalau merajuk gaduh gaduh tak dapat apa pun. lari pusing sekolah muallimah takleh nak tolong da sebab muallimah tak tau cerita. rugi lagi sebab tak masuk kelas, tak solat. then suruh dia gi ambik wuduk masuk saf. Alhamdulillah dia gi je elok-elok duk dalam saf pastu.

aku pun taktau nape titibe aku cite pasal budak rashdan nih haha. pengajarannya, budak-budak ni memang macam macam peel dan pesen. yang aku perasan kalau jenis anak bongsu atau yang memang gila gila dimanjakan nih, dorang memang ada masalah sikit la kalau tak dapat apa dorang nak. cepat je nak hilang pertimbangan. kena bagi diorang sedar yang dalam dunia ni bukan semua benda akan jadi ikut kehendak kita.

kesimpulannya isnin yang biru hari ni tak penat sangat thanks to them kids yang behave je suma :)

haa siap dapat keychain lagi, fauzan  pegi songkhla. gambaq monumen ikan duyung kat sana kot. thank you fauzan! dan sedang aku syok2 jeleskan bebudak lain dalam kelas titiba fauzan keluarkan selambak keychain. ada minions, hello kitty dan segala mak nenek cartoon characters yang comel. waaa aku pulak yang jeles. tapi takkan nak cakap kita nak yang kartun kan. haha maka sambil menyimpan jeles dalam hati aku layan je la sorang-sorang suruh aku bubuhkan keychain tu kat pencil case. siap ada yang tengah pilih-pilih suruh aku pilihkan lagi untuk dia. pehh mencabar keimanan. haha.

ok la dah nantuk. entri sebenarnya aku tulis kat sekolah dan sambung kat umah. nanti bebel lagi.

byeee


1 ulasan:

hidhikariee berkata...

omeynya anak murid bagi keychain. ^^