salam'alaykum,
amboii tajuk dia kan. sebenarnya baru teringat, 10 tahun yang lalu, pada bulan yang sama (julai), aku sign up blogger. dulu blog sites yang popular adalah blogger dan blogdrive kalau tak silap aku la. memula aku regis blogdrive. pastu aku rasa macam susah plak dari segi html codings tu (jaman dulu kene edit sendiri html codes) so aku tukar buat blogger pulak.
tak ingat lak apa tujuan buat blog. sebab rakan rakan sekeliling takde pun yang ada blog. masa tu belum musim orang blogging. blogging start jadi trend around 2007-2008 tak silap aku. dulu kawan kawan semua duduk hostel, aku sorang je girl third batch hostel yang kuar hostel. jadi harusla senang nak online kan. masa tu dok gila berforum kat forum fanclub ruffedge. zaman facebook belum ada. kat forum-forum je la orang share everything from gossips, gambar gambar, tips sampai la ke masalah hidup.
jadi sebagai seorang pelajar, steres belajar apa suma kan (steres ke kau, belajar pon malas). so blog pun menjadi tempat untuk meluahkan isi hati dan perasaan. dulu rileks je nak cakap pape sebab takde orang baca pun. sign up pulak bulan 7, nampak sangat zaman budak2 spm dah di ambang ambang nak pekse kan. boleh pulak aku melaghakan diri berblog kan. tak jadi apa betul. pastu nama blog sempena nama aku dan nama one of ruffedge's member, azan addin. sebab dulu suka kat azan. kahhh. nampak benor kekanak sekolah kan.
anyways, dah sepuluh tahun dah usia inchek belog ni. i started blogging when i was 17 & now i'm already 27. woww. aku rasa ni je la social site yang aku masih lagi sign in. yang lain macam friendster, myspace apa suma tu dah terkubur dah. saja usha balik posts zaman 2005. ish ish ish. rasa nak tampau. tak sangka aku ada share kisah cinta monyet kat sini ya Allahh sungguh tak matang kan. tapi sebenarnya banyak lagi previous posts. banyak dah delete sebab tak sanggup nak baca. sebab kekadang tulis time tengah marah, tengah separa mamai, tengah macam macam lagi la keadaan mental yang tak stabil. jadi tak berapa appropriate nak biar dipublish. dan after 2007 suma orang dah start blogging, aku pun dah start menjual link blog ni. banyak la jugak kisah hidup dan luahan hati kat sini. tapi banyak yang tak berfaedah. tapi nampak la penulisan dari zaman tak matang dulu ke sekarang ada lah beza sikit.
dulu asal tak puas hati ngan ngan pape kutuk kat belog. hahah. dan aku ingat lagi ada satu insiden dimana aku petik nama sorang lecturer time diploma. aku tulis dialog yang dia cakap je dan ulas isu lain. memang takde kena mengena pun dengan dia or nak ngata dia ke apa sebab aku sangat suka sir tu kott dia sangat cool & ngajar pun best. aku taktau la sape report kat dia sebab zaman tu lecturers pun dok share link blog ngan students. titiba muncul komen kat belog. aduhh dia salah paham pulak. masa tu rasa bersalah gila. dah la aku tak kutuk dia pun tapi rasa macam nak defend diri nampak macam dah memang salah tapi nak coverline pulak. pastu aku pi jumpa dia sendiri & minta maaf, explain balik & all. tapi pastu yang bestnya jadi baik pulak dengan sir tu. tapi bila lect dah kenal kita ni asek nama aku je la naik kalau dia nak suruh kupas isu pape. sikit sikit, "blogger, what is your opinion?".. siap panggil aku blogger ok. tu lah makan dia nak jadi critical writer sangat katanya. patutnya time degree aku further study in masscomm pastu jadi wartawan kan. mesti dia cakap tak sia sia duk mengkritik dalam belog. haha.
pastu zaman asyik emo dulu pun blog ni jugak la banyak membantu. luahkan dalam belog. masatu masalah hidup aku tak berkisar tentang kawan-kawan sebab aku ada kawan-kawan yang bagi aku the best la. jadi bila dengan kekawan aku happy je. dengan kehidupan hostel yang sangat fun bagi aku. tapi tu la sebenarnya hati dan perasaan tak berapa betul pun. kat sini la aku membebel. cite apa yang disedihkan tu. tapi kekadang tak membawa kebaikan sangat, sebab pastu mereka-mereka yang dimaksudkan ketika itu terbaca dan terasa, aku yang kena balik. pastu down balik. haa satu ketika dulu aku pernah tersepit dalam relationship yang aku pun tak tau cane boleh terjebak. tapi bukan bercinta yer. kisah cintun aku takder (ok except cinta monyet zaman sekulah tu haha). tapi pada aku baik la sakit jiwa bercinta daripada duduk meranapkan jiwa dengan benda benda tu. but Alhamdulillah aku berjaya bebaskan diri dan jiwaku (macam besarr sangat je kan masalah haha). adui zaman tak matang.
zaman gila kpop pun banyak dok bebel dalam ni. haha. tapi tak la gila sangat cuma masa baru baru terjebak tu boleh tahan jugak la. sekarang ni suma tak folow sangat dah. cuma aku masih menunggu inchek Onew berlakon drama. haha. tapi rasanya penantian itu pun bakal berakhir sebab khabarnya nanti ada drama kbsw yang nak keluar bulan september ada Onew berlakon. walaupun bukan main cast but still, been waiting for that for ages okayyy. haha. tak sabo. bulan 9 plaktuh. peberet month. kiki.
ok dah dah cukup lah tu merepek.
lepasni i hope aku boleh share yang berfaedah je la walaupun susaaah sebenarnya huhu. because i love ranting random things. apa yang terlintas dalam fikiran je (sebab tu la kekadang benda sama yang keluar). penulisan berat berat nih iols tak reti. takpe takpe, yang berfaedah tapi tak berat pon boleh kan. haha. tapi luahan perasaan yang merepek dan tak best masih dibenarkan. kasik can laa kan. kalo bukan kat sini kat mana lagi nak membebel. lagipun i know i only have like 2-3 readers je kut. salah sorang tu kalo tak update belog pun selalu dah bebel kat dia muahaha :P
so yeah, akhir kata happy 10th anniversary untuk aku dan belog. semoga terus gagah hokeh. kiki. taktau la sampai bila akan keep on bebel kat sini. tapi andaikata umur dah sampai masa dia, aku tak rasa la dia patut ada lagi dah la jugak di alam maya ni. nanti nak wasiatkan orang untuk deactivate. hehe sedih pulok tapi rasanya suma orang yang ada akaun kat social sites pun akan fikir camni kan.
toodles~