Jumaat, 9 Januari 2015

page 9 two oh one five ;


believe it or not, inilah satu satunya gambar keluarga yang kami ada. ni pun tak lengkap jugak. aku dulu asal time raya je tunggulah saat saat kot boleh snap gambar lengkap bertujuh. tak dapekk. kang alep ke mana la madi tanak masuk gambar la. memang takkan cukup sampai bebila.

raya tahun lepas je la yang sempat. nak je crop memana gambar incek abah letak dalam ni. hehe.

dalam bebanyak raya kan aku paling ralat time 2011. sebab masa tu i was not in a good term with abah. cuti 3 bulan dok rumah, memang keje becakar je la. selalu cuti paling lama 2 minggu je. asal boleh je nak menjawab. masatu aku rasa abah asyik cari gaduh ngan aku. padahal aku yang keje nak protes je. kalaula jumpa balik situasi situasi tu dalam mimpi memang aku bagi penampo je kat diri sendiri. dah la tak sempat mintak maaf :'(

dah nak masuk tahun ketiga. banyak benda dah berubah. tapi tetap rasa macam baru je lagi. kekadang rasa macam abah ada je lagi. kekadang bila rasa macam takde keje tu google hasdi mohamood. kekadang jumpa gambar abah yang tak pernah ditengok. takpun bayangkan kalau sekarang abah ada abah buat apa. aku tak suka borak benda ni dengan ummi or adik adik. berangan sesorang je. aku rasa if abah ada mesti abah yang hantar aku gi keje n alep gi sekola. sebab tu antara cita cita dia pas pencen. hihi. and then mesti abah dok kesian aku takbley drive kete kete kat umah ni sebab manual. citra dia opkos takleh dilenjan sesuka hati. haha. dulu after 3 tahun pun still bau kete baru lagi citra tu. mesti abah pun macam ummi berangan nak beli axia sedangkan anak mereka masih taste kat kelisa walopon dah olskool sebab kelisa comel macam mini. wah jaoh aku berangan.

insyaAllah kite jumpa semula di jannah ye bah. love u (: 


ps: hilang semangat nak tidoq mengenangkan RPT ngan RPH yang belom setel. tapi sekarang dah jam 6am terus semangat tu datang. jadi mari tidur.

Tiada ulasan: