Sabtu, 31 Januari 2015

dilema antara nak drive sendiri nak pegi keja dan mak yang tak berapa nak bagi drive tapi at the same time dia pun penat dok ulang alik.

aku kalau umi cakap ok tapi dalam hati tak berapa ok memang terus tak konfiden.

tapi sedikit steres la bila susah nak begerak ni. jadi orang terakhir kat sekolah, terpaksa colleagues tunggu atau kerani bagi pinjam kunci. nampak macam takde ape sangat tapi aku steresss bila diri sendiri menyusahkan orang ni.

nak tidoooo malas fikir.
benda kecik je pon takleh handle. how hopeless.

Jumaat, 30 Januari 2015




ingat ni aisyah nadiah. help others. in any way you can afford to.

salam sayyidul ayyam (:

Rabu, 28 Januari 2015

mukasurat 28 - bab 1 ;

assalamua'laykum,

wuhuii nak habis bulan januari dah weii. 

minggu ni agak lost. keje sume bertangguh. apa punye perangai la kan. takleh takleh harini kene setel jugak.

third week with them kids. besar cabaran weh untuk tak bertukar jadi singa jadian. tapi pas jadi singa menyesal pulak. sampai sekarang dok fikir what kind of teacher suits me best. baik baik sow suwit sangat, tak terbendung pulak yang hyper tu. garang garang nanti terguris hati depa kang. sedih pulak. aku ni dah la spesies takleh kena marah. kalo kena marah kecil hatiku jadi sebesar kuman pastu jauh hati dengan orang yang memarahi. wahaha. terbayang kalau budak rasa camtu..tak sonoknye laa kan. huhu

jadi apply konsep macam biasa buat dengan alip. marah pastu bagi dia gembira balik dengan puji memuji hahaha. gi kat dorang kuarkan buku cakap slow slow suh buat kerja. pastu pas dorang buat tu puji2 la cakap pandai ke apa. nampaknye macam menjadi kat beberapa orang. tapi tu la tak seronok marah marah. tapi at the same time kena la bagi diorang tau apa itu erti berdisiplin. 

asal serabut je baru membebel kat sini kan. tahpape je. cube la bawakkan khabar gembira ke kan. maapkan saye wahai belog. 

mau jadi cekgu yang macam ni (:

haaa yang ni kena tepek dalam belog ni. aku dah ada cop cecomel tauu. incek pakcik bagi sekotak weh. hehe susahkan dia je. sengkiyuu pkckk. heee. dulu gi kaison ke mr diy ke mesti rasa nak beli tapi fikir macam takde keperluan sangat. seronok tengok budak eksaited nak dapat balik homework dorang. dah aku pun takyah pening2 nak bagi bintang. cop je benda sama kat sumorang muahaha.

tudiaa..haa sonok kaan

akhir kata aku mahu laptopku dan internet jugakk..susah nak buat kerja takde laptoo. sekarang gi memana berbekalkan sebijik pendrive dan seketui mouse mengharapkan ihsan laptop ummi. tapi sekarang ummi dah start citer korea dia dah and buat kerja jugak. tolong la biasakan diri bekerja dalam keadaan kekurangan sanad weh. jangan la mengada sangat pliss. lempang kang.

gambatte!

Ahad, 18 Januari 2015

assalamu'alaykum,

kat sume tempat aku dah tulis ni so harini aku nak tulis kat belog pulak benda ni

aku menantokkkkkk weyy tulungg *insert emoticon menangis berjuraian air mata*

kalau balik sekolah tido malam baru buat keje pastu tak dapat buat banyak pastu malam dah tak ngantok meroyan suruh mata tidoq sebab esoknya kene bangun jam 5.30am.

kalau balik sekolah tak tido, mengadap keje tapi kelajuan 2sentimeter sejam hahah. pastu magrib macam ni terhoyong hayang tahan mata.

ni suma masalah diri je ni i know. rasa rendah diri dengan akak akak rakan sekerja yang lain ada anak ada baby lagi.

kena ubah diri ni hoi.

tadi masa hantar RPH tertengok kat file sorang cikgu:

"the best teachers teach from the heart, not from text books"

gitu la lebih kurang. sentap iols. dalam hati bersyukur jugak sebab ada can untuk tersentap dan tersedar. in my case i know what my kids are lacking of but i dont really know how to help. fokus kat sorang je kesian kat yg lain pulak. hujung2 buntuu. ikut silibus tapi bdk takleh catch up. kesian tengok diorang blurr. ya Allah semoga dipermudahkan. murahkanlah rezekiku dari segi masa, kesihatan dan kemampuan akal fikiran ya Allah. duit takde sangat pun takpe. huhu

ok puas hati dapat meluahkan isi perasaan walopon nak cakap mengantuk je memula.

magrib jom.

Rabu, 14 Januari 2015

day 3. aku rasa masuk hari ke lima habis tinggal 2 gram je kot suara dalam kotak suara nih. takpun tinggal kotak je takde suara dah. skarang ni pun balik umah dah rasa malaih nak becakap. ok tu tipu sebab aku tak cakap ngan orang pun masih bercakap sengsorang.

dengan tahun satu memang jadi cekgu nurseri dulu la dua tiga ari nanti. tak tau nak bukak tali pinggang la..nak kincin la.. lenguh tangan la.. nantok laa..pensel ilang la..pemadam termasuk dalam tongsampah besar la.. yang tu bener bener berlaku ye. aku plak dengan bendulnya gi korek tong sampah sesama dengan si kicik tu. cannot resist the muka kesian. pastu bila aku sedo apa yang aku sedang lakukan barulah aku berkata "nabil, cakap kat mama ye nabil terbuang eraser nabil. cakap sory pastu mintak mama belikan baru ea" dakcik tu pun angguk je. haha. but overall it was fun. mujur takde yang menangis nak balik je. legaa.

ni anak anak iols. 1 Abu Bakar. Alhamdulillah kurang hyper. de sorang dua je aktif tang mulut. layan je laa
1 Umar, ni hyperr yang lelaki2 tu. dapat letak diorang fokus selama 10 minit pun dah bangga sesorang weh. tak lekat montot atas kusi taktau pasaipa. ni sebab ada yang tak bawak buku lagi so aku suruh share. haa sonok la dapat kaler kaler sambil bisik bisik duorang kann.

ni masa perhimpunan semalam. yang kelas aku tu aku ajar la kalau nak kencing angkat tangan cakap muallimah/muallim nak pergi tandas. jangan takut & jangan tahan. sebenonya aku takut la ada yang terbanjir sebab guru kelas punya keje ler nak membasuhnye. weols takde acik2 cleaner kat sini.

dan titiba, yang kenit kat depan sekali belah kanan tu, masa penolong kanan tengah bg ucapan pasal disiplin sekolah ke apa entah dia angkat tangan sambil memanggil dengan semangat.."muallim!" aku pun tekezut wah budak ni nak tanya pape ke. rupa rupanya...

"nak kincin.."

aku kat depan tu cover line nak tegelak kuat kuat. comelnye lahaiii

begitulah hari pertamaku bersama mereka. giituu. aku memang banyak ngan tahun 1 kat sini. tahun 2-4 once a week je ajar pendidikan kesihatan. haa yang ni pun adaa citer kelako nanti aku cite bibile. hehe. baru 2 kelas je tahun 1 nak pengsan dah rasa. macammana laa cekgu cekgu sekolah lain yang ada 8-9 kelas satu darjah tu. respek dan salute weh.

semoga aku selalu ingat amanah yang sekolah n parents letakkan n tak terbabas dari niat bekerja untuk Allah. ameen insyaAllah. berat tanggungjawab ni sebenarnya huhu. hari hari nebes.

okla till next post (:

salaam..

Jumaat, 9 Januari 2015

page 9 two oh one five ;


believe it or not, inilah satu satunya gambar keluarga yang kami ada. ni pun tak lengkap jugak. aku dulu asal time raya je tunggulah saat saat kot boleh snap gambar lengkap bertujuh. tak dapekk. kang alep ke mana la madi tanak masuk gambar la. memang takkan cukup sampai bebila.

raya tahun lepas je la yang sempat. nak je crop memana gambar incek abah letak dalam ni. hehe.

dalam bebanyak raya kan aku paling ralat time 2011. sebab masa tu i was not in a good term with abah. cuti 3 bulan dok rumah, memang keje becakar je la. selalu cuti paling lama 2 minggu je. asal boleh je nak menjawab. masatu aku rasa abah asyik cari gaduh ngan aku. padahal aku yang keje nak protes je. kalaula jumpa balik situasi situasi tu dalam mimpi memang aku bagi penampo je kat diri sendiri. dah la tak sempat mintak maaf :'(

dah nak masuk tahun ketiga. banyak benda dah berubah. tapi tetap rasa macam baru je lagi. kekadang rasa macam abah ada je lagi. kekadang bila rasa macam takde keje tu google hasdi mohamood. kekadang jumpa gambar abah yang tak pernah ditengok. takpun bayangkan kalau sekarang abah ada abah buat apa. aku tak suka borak benda ni dengan ummi or adik adik. berangan sesorang je. aku rasa if abah ada mesti abah yang hantar aku gi keje n alep gi sekola. sebab tu antara cita cita dia pas pencen. hihi. and then mesti abah dok kesian aku takbley drive kete kete kat umah ni sebab manual. citra dia opkos takleh dilenjan sesuka hati. haha. dulu after 3 tahun pun still bau kete baru lagi citra tu. mesti abah pun macam ummi berangan nak beli axia sedangkan anak mereka masih taste kat kelisa walopon dah olskool sebab kelisa comel macam mini. wah jaoh aku berangan.

insyaAllah kite jumpa semula di jannah ye bah. love u (: 


ps: hilang semangat nak tidoq mengenangkan RPT ngan RPH yang belom setel. tapi sekarang dah jam 6am terus semangat tu datang. jadi mari tidur.

Khamis, 8 Januari 2015

pedagogi ;

assalamu'alaykum,

i heard that word for the first time tadi. pedagogy ni macam the science of teaching la lebih kurang. went for two days course untuk guruguru PPAman. tu yang belajar ni tadi.

and now i have mixed feelings. tapi at least after the course dah clear sikit la matlamat dan halatuju tu haha. nasib baik la diorang hantar jugak guru ganti guru sementara pegi kursus walaupun just a short course. really short one, just covered the basics depa bilang (disebabkan banjir baru ni. terpaksa postpone and buat 2 hari je. patutnya 4 hari).

i'll be teaching for 4 months. but the 4 months will be a crucial 4 months for me. nak tinggalkan anak2 tahun satu kat cikgu sebenar diorang nanti adekah aku nak tinggalkan dengan keadaan yg sama macam mana bulan 1? of course not.

itu yang aku nebes tu. sekolah pulak masih baru masih struggle utk bangun..suma cekgu pun agak baru kat situ so aku pun kena pepandai la berdikari. dapat tugas jawatan apa tu suma kena terima dan pepandai cari inisiatif nak buat apa. memang stok kalau teringat beban tugas tu tarik napas dalam dalam la jugak tapi takpe pengalaman tu sesangat la mahal. syukur sangat kat Allah bagi aku peluang rasa even tak lama.

kat sriam cekgu ada 10 orang je. so tak boleh la malas malas lembab lembab buat perangai biasa aku sebab nanti konpem akan nampak la dan affect suma orang. kat sini dari keje staff sokongan sampai ke admin suma orang kena amek tau. guru besar (kami panggil mudir) mesen sendiri rumput kat padang sekolah. akak kerani is the one yang sediakan makanan utk murid murid time rehat. sebab kami takdak pakcik jaga pakcik tukang kebun makcik cleaner suma tuh. kagum weh.

lagi satu of course dari aspek tarbiyah. cikgu2 ada usrah sendiri apa suma. sekolah ni under Ikram. so if ada program2 Ikram ada yang kami akan join. kami sentiasa diingatkan yang bukan sekadar mengajar subjek tu je and cukup bulan bayar gaji, tp guru jugak adalah murobbi which is pendidik. didik anak anak tu cara hidup Islam. jujur aku rasa dalam suma suma kat sekolah tu aku la paling cetek sekali ilmu agama kot. segan weh. soalan masa taaruf 1st day tu, ada join usrah or memana NGO x? sebab selalunya bg orang kalau graduate uia mesti aktif NGO2 usrah apa suma. malangnya saya hanyelah student yang melepak dalam bilik saja. aktif program kelab uia je (tuje la modal yg ada..tupon nasiblaa ada). tu yang aku harap kat sini dalam masa yang ada ni dpt la mentarbiyah diri jadi lebih better.

ok cukuplah bebelan untuk harini. ni bukan sociological point of view writeup dah ni. dah bubuh sekali dengan emosi emosi suma haha.

hope tahun ni boleh tulis denga lebih banyak lagi insyaAllah.

sape yang baca ni doakan aku weh. tak lama lagi nak bukak sekulah dah. selalu tengok dalam tv je 1st day anak anak tahun 1. ni nak kena hadap sendiri andd jadi guru kelas siap wuhuhuu. mohon jangan ada yang nangis nak balik plis. haha.
till then. toodles (:

Sabtu, 3 Januari 2015

two oh one five ;

Assalamu'alaykum,
waaa lamanyaa tak apdet belogg. last post tahun lepas kot.

sedih takde internet connection ni kan. berukbeng kat umah ni apa prob entah modem dia. tak sempat2 nak pi maxis tanya.

jadi disebabkan taktao bila baru leh online kat lappy (lappy pon kat gombak sobsob) aku telahpon menginstall blogger kat fon hohoho. aritu malas nak install sebab tengok kat review orang kutuk je. lagipun tak feel ah tulis dalam fon. typo typo bagai nanti.

hmm dah muka surat 3 utk buku 2015.

taknak cakap pasai umur hahaha 

dah late 20s ni (tadi ckp taknak cakap pasai umo) takde azam azam dah. tapi ada la 2 3 goals i wanna achieve. walopon kutahu by the end of the year pasti aku akan lupa macammana aku lupa tahun lepas punya goal hahaha.

tahun ni Alhamdulillah aku memulakan tahun bukan sebagai pekebun anggur. cewah. 1st jan kena keja weh. kembali menjadi cekgu cekgi tapi ni pun sementara jer taktau berapa bulan. tapi better la kan dari takde kerja lansung. syukur sangat Alhamdulillah. takpe yang lepasni tu kita jangan fikir lagi hehe. mengajar darjah satu woii. its like a dream come true since i loveee kids so much hehe. tapi tu lah this offer came bila aku dah mula rasa aku takder kredibiliti untuk menjadi seorang cekgu dan dah mula mempersoalkan adakah aku bebetol sukakan kanak kanak tapi takpe i'll try. nanti kite citer dalam belog ni keyh.

so azam tahun ni adalah nak kumpul duit. wahh belum apape kan ko sanad. jimat duit la to be exact. aku ni dah la bangsa tak pandai mengira. sikit ke banyak ke tetap rasa diriku kaya pastu sedar sedar dah kayap. ummi plan nak buat umrah reramai hujung tahun so kena kumpul duit. harap harap tercapai lah hajat ni sebab dah lamaa teringin sangat sangat sangat sangat..

and nak belajar lebih banyak untuk jadi a better muslim yang menjadikan islam as my way of life not islam as my religion only. insyaAllah. nak biasakan diri dengan solat solat sunat mengaji dan sebagainya. dunia ni dah la permainan je kan. aku pun dok main je selamat 26 tahun huhuhu. insaf setakat insaf je tapi takde buat apa sangat pun *lempang diri sindri*

pastu nak habiskan baca suma buku yang iols beli 2 3 tahun lepas haha. aku ni ada masalah suka kedai buku suka buku tapi tak rajin baca. baca fesbuk aku rajin. 

and on top of all, nak bahagiakan ummi. nak jadi anak yang ummi takyah risaukan sangat. yang menyejukkan hati. yang tak kecikkan hati ummi. huhu aku tau aku banyak sakitkan hati ummi esp lately nih. apesal entah. rasa nak lempang je diri sendiri 

ok dah. ni sebenarnya azam tahun lepas lepas jugak. tak tercapai lagi lah tuu haha.

ok lagi apa eh nak bebel. banyak nak cite sebenarnya tapi nanti next post la eh. nak buat rancangan pengajaran nih. fenin kepala den.

selamat 2015. semoga awak awak suma lebih berjaya lebih happy lebih bahagia lebih murah rezeki lebih bertambah iman dari tahun tahun yang lepas. ameen..

Cecilia Ahern - The Year I Met You. wishlist