its already november.
tak sabar nak habis sem tapi kekadang seram sejuk bila imaginasi liar aku membayangkan benda benda macam sangkut paper. haish takut. nauzubillah mintak dijauhkan.
tapi malas duk takat tu je jugak -_-'
family kitorang for the first time bela kucing secara serius. serius maksudnya beli makanan syampu apa suma tu la. before ni tak pernah bela sebab ummi abah tak minat kucing. yang minat gila pun hilmi dengan alip tu pun setakat bagi kucing jiran makan je la. lepas pindah masuk rumah kok lanas awal tahun haritu ada la beberapa ekor kucing jiran datang lepak. ada yang jirann terus bagi, beranak apa suma. so kitorang decide untuk bela je. buat kawan alip. sian kenik kat rumah ada mek & tok ayah je, kawan pun takde so main dengan kucing je la.
umi pun layankan, beria beli rumah depa. nasib kat kok lanas ada je kedai jual sangkar sangkar ni. kalau tak umi nak bertukang je buat sendiri. kitorang masa kecik kecik (biasa la budak kecik suma suka kucing kan) bagi makan camtu-camtu je tak pernah ada kucing sebab umi abah tak bagi. lagipun bagus jugak sebab nak ajar alif responsibility. kucing kucing ni suma kucing dia kan, so if berak ke apa kat tempat yang sepatutnya dia la yang kena cuci. kitorang cakap, if tak responsible kitorang buang. nampak tak permainan kakak abang, bila berak terus jadi kucing alip. haha. ada satu hari tu baby kucing ni berak kat tangga depan, subuh subuh lagi alif bangun cuci, takut kena marah punya pasal. biasa bukan main susah dia nak bangun. ha tau takut.
babies. dari kiri dickson, gomak, hachiko & kittypiti. |
omak eh. nama coco. |
yang hitam nama dickson sempena nama player nigerian team the red warriors, dickson nwakaeme -_-' biasa la alif sekarang kan dah jadi mat kelate. dah la jadi mat kelate, gila bola pulak. aku pun konpius mana dia dapat kegilaan tersebut. baru setahun duduk kelantan. sebut je la liga apa, dalam ke luar negara ke suma dia tau. takde siapa ajar. aku syak, belajar time duduk dengan ayah ngah kat kota bharu haritu kot. biasa la budak budak kan. tapi helmi tak macam tu pulak dulu. alif ni tahap 70% baju dia sekarang kategori jersi je.
honestly, aku ni bukan jenis penyayang terhadap kucing sangat pun. tak takut, tapi takde perasaan. nak pegang angkat apa semua boleh, tapi agak awkward nak sayang sayang bual bual apa suma tu. memang tak dapat nak mendalami perasaan orang suka binatang especially bila depa cakap berbual dengan kucing ke. kerut kerut dahi nak faham. dah la gua ramai kengkawan sayang kucing stok buat kucing macam anak sendiri gitu. aku ni ketara tak romantik lansung (eh apa kaitan?) tapi lepas dah bela, jadi tukang bagi makan tukang mandi apa suma, aku start memandang kucing kucing di sekeliling in a new light. dan aku juga tanpa sedar start bercakap dengan budak budak kecik ni (dickson, gomak, kitipiti & chiko). dengan coco pun boleh ajak ajak teman jemur baju kat luar rumah. kucing kucing mahalah pun kalau dulu pandang sebelah mata je sekarang rasa concern je dengan depa.
sebenarnya betullah orang cakap, tak kenal maka tak cinta. wah gitu. memang ada orang yang memang sayang kucing tapi untuk yang tak tu the feelings can be developed. aku pernah tengok sorang kawan ni memang kategori takut tahap alergik la dengan kucing. tapi bila family dia start bela, dia la yang jadi tukang bawak kucing pergi vet. hehe. aku ni pun takdela penyayang gila sampai nampak kucing tepi jalan sanggup berhenti berbual seketika. tapi boleh la nak usap usap ke bagi makan ke. lagipun aku ok je dengan kucing, kucing yang taknak dengan aku. suma mengelak bila aku panggil. kalau nak dukung pun meronta melepaskan diri. ceh. maybe sebab pendekatan nak approach diorang kot. nampak macam pembuli. haha
try la bela sekor, tak rugi pun. binatang kesayangan rasulullah pula tu kan. lagipun selalu dengar orang cakap, murah rezeki kalau kita bela kucing & bagi makan kucing. sebab katanya diorang ni akan mendoakan those yang bagi diorang makan. insyaAllah (:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan