Sabtu, 26 Oktober 2013


hermit mode. 

takde mood nak jumpa orang tapi kena jumpa orang jugak. 

haih.

Selasa, 22 Oktober 2013

poca and guri ;


dulu tengok wgm taeun je. sekarang both new couples pun ku dah terlayan sekali. rosak rosakk. 

and i ship this couple dalam MV di atas. first, jung joon young is wanjon nae style. hahaha gituhh. rocker, muka tak lively, nampak depressed tapi kelakar jugak. tak suka outdoor stuff, beruang kutub kinda personality. tapi part gamer tu aku tak pasti aku taste ke tak. haha. tapi part rocker & tak bersukan tu memang i loike. 

and wife dia pun comel walaupun dalam rooftop prince aku geram nak carik carik je muka dia hahaha. ala watak dalam drama jer tuh.

habih lagu mamat ni aku download. tapi bukan sebab dia dalam wgm la. sebab suara dia memang sedap & lagu memang feel nak dengar memalam before tidur.

tak sabar nak tunggu onew keluar album solo genre rock/pop rock/modern rock. eh.

yer suara onew masih win hihihi.






hidup lagu rock.

Rabu, 9 Oktober 2013

kuih bangkit ;

wuhu another antologi puisi collection. ni pun even lari bajet beli jugak sebab malas beli online bazir duit postage.

dah berbulan bintang peram perasaan malas ni. dah jadi penyakit. aku pun tak tau ah nak seluk kat celah mana lagi benda yang boleh dijadikan motivasi. berapa bulan je lagi tinggal tapi dah tak mampu nak bawak diri. nasib baik tak banyak subjek. kalau tak dah tunggang terbalik manage diri. dulu ambik  banyak subjek plus busy kelab pun boleh survive. sekarang ni macam tak mampu je. entah kenapa.

dan makin hari makin malas jumpa orang. kalau boleh lepas kelas atau tiap kali gap before kelas nak terus balik bilik hadap katil atau laptop. rasa useless je.

banyak benda boleh dijadikan sebab tapi aku rasa baik salahkan diri sendiri je la. sebab benda lain tu hujung hujungnya akan nampak macam alasan je. sebab sudah tentu Tuhan tak bagi dugaan yang kita tak mampu hadap kan. so diri sendiri je lah masalahnya.

and aku taktaulah kalau aku dah pernah post pasal malas ni kan. rasa macam dah lama sangat hidup dalam timbunan kemalasan ni.

bangun wey.

"mimpi sudah habis
ayam sudah kokok

bangkit"

--FJ

Sabtu, 5 Oktober 2013

shinee's back back back ;


berapa kali back daa tahun ni. haha.

papepun cant wait.

06-10-2013. 8pm KST (7pm MYT)

Jumaat, 4 Oktober 2013





happy happiest birthday baby brother.

our sikenik dah besar dah. dah 10 tahun. rasa macam baru je lagi masuk pra sekolah. dah abang abang dah sekarang.

went through his photos just now, sedih pulak rasa. first sebab tak sangka dah besar dah budak ni walaupun perangai tu tak berubah mana. second sebab aku malas sikit nak belek gambar lately sebab bila terjumpa gambar arwah abah perasaan dia macam dikejutkan dari mimpi. macam baru teringat yang dia dah takde dengan kami. kalau tak tengok dok rasa dia ada je.

alfatihah--

semoga muhammad alif farhan hasdi menjadi anak yang soleh yang tak pernah lupa untuk doakan ummi & abah, yang amalannya sentiasa dapat jadi saham ummi & abah kat akhirat nanti. ameen.