Isnin, 23 September 2013

lama tak bebel dengan gambar kan hihi. tahun ni banyak jugak la life events cuma tak sempat nak cerita je.

ona dah dapat baby yeayyy. comeii. aisy naufal nama dia. lahir 8-8-2013 bersamaan satu syawal. patutnya awal lagi tapi masin mulut kitorang dia lahir hari raya gak hehe. anak sedara pertama dadahs. kadang macam tak percaya je si gediks ona ni dah ada anak haha. dah la dia dengan husband dudua perangai samaa je. kalau kat whatsapp tu kitorang taktau dah siapa yang mesej. dudua kartun je. nasib ko la aisy dapat mak pak gitu. hahaha.





bestie kat sekolah dah kawennnn. nazira. jap lupa tarikh nak cek jap.

ha, 17-8-2013 haritu. love story dia yang paling best la. as kawan sangat happy akhirnya jodoh tu diorang punya. dari form 3 weh kitorang tau nazira ada crush ngan ilyas tup tup ilyas approach dia & tup tup kawen. yang bawah tu sebenarnya nak amek gambar bertiga je tapi usop adik nazira nak jugak menyempit sekali. aku, nazira & efa. kitorang sangat rapat start form 4. kelas sama, rasa hopeless sesama, tak suka maths sesama. cikgu cop takde harapan la kirenya. kitorang punya result pmr tak best cam orang lain so macam rasa hopeless la konon since tu stick 3 orang. ni la kawan kawan yang paling banyak aku borak pasal masa depan masa form 5 dulu. tapi sebenarnya nazira ngan efa ni pandai ok. saje je la kan zaman rebellious time sekolah dulu. now na tengah sambung master & efa dah ada degree dah kerja dah ada kereta. bangga gila rasa. walopun dulu dulu ada cikgu pandang rendah sebab tak pandai math science. yer, sistem pendidikan malaysia yang mana bodoh pandai terletak pada ketereran subjek math science haha. tapi tinggal aku je la lagi yang masih in the middle of nowhere hahaha. k takpe syanad sikit je lagi ko takyah emo sangat.

oh lupa gambar atas sekali tu diorang dengan farah. fafa pun dah kawenn. tu lagi best. senyap senyap je. kitorang tau nazra nak kawen tup tup dia siap potong line lagi kawen bulan 6 haha. tapi aku tak pi sobsob sedih. fafa ni aku paling rapat lepas spm. kitorang amek english course sesama. selalu lepak mid sesama sebab kelas kat central. heaven je rasa masatu. rasanya posts lama banyak cite pasal fa kot. kawan yang paling tak berkira tak kisah sampai la kawen haha. dia kawen family arrange tau. comel gila. 

my cousin kak noni dah tunang. 7-9-2013. ni boleh kata antara kakak sedara paling rapat belah abah la. masa abah sakit haritu dia banyak sangat tolong kami. kitorang selalu borak pasal jodoh future apa semua. hihi. semoga berkekalan sampai jinjang pelamin.


yeay ni semalam punya. fad tunang. 22-9-13. ni kawan sekolah yang rapat jugak. banyak share secrets dari sekolah sampai uni. kebetulan fad pun uia gak. dia lah yang tarik aku masuk gemilang. banyak la kisah cinta dia yang aku tau. hihi. tak sabar nak pi kenduri kawen pulak.

ramai weh kawan yang dah nak menamatkan zaman bujang. maka kenalah sedar diri bukan di zaman remaja lagi dah haha. sekarang ni kalau borak dengan umi janganlah sentuh pasal jodoh. lajuu je dia. semalam pun cerita pergi tunang fad umi boleh cakap, "lepasni sorang sorang kawen tinggal awak sorang je haha" amboiiii umi. dah la haritu boleh plan nak suruh hilmi kawen dulu. orang sekarang kawen awal katanya. alaa cakap je lah desperate nak cucu mi. takpe main ngan cucu cicit sedara dulu yer. kan ramai tu. haha :P

p/s: HAPPY BIRTHDAY KIM KIBUMMM. suka pulak tengok dia dengan eunji dalam wgm haritu. hihi.

Tiada ulasan: