Ahad, 10 Mac 2013

salam'alaykum,

ada kat student lounge skarang ni. ingat harini cam nak cerita pasal abah. tapi mood tak sampai sampai. maybe sebab dah lama sangat kot dok delay kan.

harini genap 7 bulan since abah first masuk hospital haritu. kejap je masa kan. pejam celik nanti dah setahun pulak. honestly aku taktau nak expect apa untuk esok. makin sihat ke abah nanti? atau makin teruk? atau takkan ada progress?

my life after abah sakit sangat tunggang langgang. betul lah orang cakap bila hidup takde masalah kita tak sedar erti susah. sibuk nak rasa sedih padahal takde sebab pun nak sedih. dulu aku suke sangat hidup emo emo. padahal kalau diberi peluang nak sangat balik kat masa dulu & cherish everything that i have instead of layan perasaan tak betul.

kalau orang tanya macam mana abah, tak tau nak jawab apa. selalu jawapan yang keluar, "macam tu la, dok terbaring lagi." aku selalu elak orang tanya pasal abah sebab tak tau nak citer macam mana. so aku akan bagi jawapan yang menggambarkan abah makin ok & orang akan  bayangkan abah sekarang dah boleh duduk berjalan dan sebagainya. 

masa mula mula sakit haritu abah still boleh cakap & makan macam biasa. even after surgeries. walaupun takleh duduk. i still get regular phone calls from him. tanya pasal bil-bil, bayarkan hutang credit card apa semua. abah still boleh guide macam mana nak uruskan suma tu. masatu lansung tak terfikir satu hari nanti abah dah tak larat nak call. selalu dgn ummi text msgs je. banyak borak kat phone dgn abah.& then slow slow bulan 10 - 11 dah tak dpt call dari abah dah. ummi je yg call. mastu abah dah start radioterapi. abah tak buat kemo. & tak terfikir pun radio ada side effects. ingatkan sikit je. abah kena buat radio berapa belas kali entah. ummi cakap abah tak lalu makan & muntah2. 

masatu fikir ni mungkin temporary je kut. abah jenis yang selera makan. bulan 11-12 aku tak balik lansung so tak dapat tengok keadaan abah. kalau umi call selalu bagitau perkembangan positif je. walaupun sedara-sedara bagitau macam2 yg scary aku tetap percaya yang ummi cakap je. walopon kadang2 aku rasa ummi nak sedapkan hati aku je. sebab kurang makan, darah merah kurang & kena tambah darah. abah takut jarum. maybe sebab dia dah makin kurus, even nak cucuk utk drip pun dah sakit untuk dia sbb doc susah cari urat. ada yang cerita lepas masuk darah abah meracau2. yang sedih dia panggil aku & adik2. tapi bila ummi cakap dah ok, lega la sikit.

& then masa balik bulan 1 haritu, first time nervous gila balik rumah. takut nak tengok keadaan abah. bila tengok abah.. rasa macam nak nangis kat situ gak. tapi kena control. time aku sampai tu ramai orang kt rumah sebab abah baru keluar hospital & kitorang baru masuk rumah umi kat kok lanas, klantan. ramai sedara mara datang. umi cakap abah nampak better dari time dekat hospital. abah nampak better tapi abah dah makin uzur. masa salam dgn abah, abah tgk aku lama2 macam tak kenal. masa tu sedihnya Allah je tau. tapi bila dah duduk rumah 3 minggu boleh la terima kenyataan.

sekarang ni dah takleh borak-borak dgn abah. tapi aku tak suka nak terlalu layan org sakit macam dia sakit. sbb aku tau abah mesti nak tau pasal hal2 sekeliling dia, pasal anak2 dia tapi suma orang macam tak borak dgn dia sebab dia sakit. Alhamdulillah ada mardhiah yg saiko sikit. mard ni style dia nampak macam tak caring tp dia caring je sebenarnya. kadang2 dia datang goncang tilam abah la, bila abah pejam mata dia celikkan mata abah guna jari dia. saje je buat benda yg nak bg abah marah. tapi in the end abah akan cakap, "abah syg kt awak" & pastu suma orang gelak. kalau time aku berdua je dgn abh kt bilik, aku akn cerita benda2 tak penting mcm haritu belikan alif jersi man u n tulis nama dia kt belakang, or kadang kadang result bola. sebab aku rasa org sakit perlukan semangat mentally jugak. biar dia rasa semangat utk sembuh. abah dah takleh borak sgt sbb gigi dah makin takde, orang dah tak faham apa dia ckp. ummi ckp lidah pun dah pendek. masa mula mula abah sakit dulu, bila ada sedara or kwn2 dia yang dah lama tak jumpa je mesti dia menangis. nenek pun selalu cakap abah nangis kat dia. tapi sekarang, kawan2 lama nangis tengok dia, dia tengok je balik. agaknya dah tak mampu nak keluarkan air mata kot. tapi entah kenapa, bila abah tak nangis buat lagi rasa luluh hati.

since lepas radio abah dah takleh mkn solid food. takleh masuk, makanan dia sekarang nestum & susu je. & apa apa je yg dia rasa nak minum. nasi pun blend n tapis. ye lah, dah stengah tahun baring, bukan senang nak makan minum apa semua dgn terbaring. awal2 dulu abah terbaring bukan sebab dia sakit teruk sampai tak larat. tulang punggung prob so dats why sakit untuk duduk. sekarang ni boleh mengiring ke kiri ke kanan je tu pun dengan bantuan. ubat pun dah tak ambik sebab dah takleh telan pills. boleh bg multivitamin cecair je. kalau ikutkan still kena checkup dekat hospital tp sebab condition abah yg takleh gerak ni susah nak bawak. dia pun taknak. tak tau la nak kata. risau sebab takut sel kanser merebak blk sebab abah asal diagnosed kat buah pinggang. yg operate kt tulang je. tp sekarang nak bg dia selera mkn & kuat sikit je. tu pun tak tau la bila akn selera balik.

ummi sangat byk benda kena fikir. pasal mengajar lagi. umi tak jadi pencen awal. so amek cuti separuh gaji sampai april. & then lepas tu maybe kena ambil cuti tanpa gaji plak. urusan2 yg abah buat dulu sekarang umi dh kena buat. & skarang aku dah kena jadi mak pulak. bukanla literally jaga adk2 apa suma sbb diorang dh besar pun tp byk jugak la benda yg sebelum ni aku takyah fikir tapi skarang kena buat. dan sebab aku ni dulu sgt dependent kat abah umi aku rasa berat sangat. 7 bulan ni aku rasa kat atas bahu ni beban berat sangat. tapi aku taktau nak luahkan mcm mana. aku tak suka nak cerita benda2 camni kt orang sbb mula2 org dah simpati at the fact yg ayah aku tgh sakit teruk, so aku tak sampai ati nak bagitau yg life aku sgt miserable skarang ni. so dgn kawan2, i act like everythings ok. tulah masa takde masalah dulu sebuk nak rasa sedih kn.

tak pernah layan benda2 motivation sebanyak sekaranng. siap boleh motivate orang tapi bila hakikatnya diri sendiri tengah tunggang langgang. kadang kadang kuat, kadang kadang hanyut. rasa macam tercari cari terkapai kapai tapi takleh nak bangun. i cant even share dgn ummi sbb ummi tengah rasa berkali2 ganda lagi stress. kena jadi tulang belakang ummi. sungguh, ni la dugaan paling berat sepanjang aku hidup. berat sangat sampai tak mampu nak cerita kat sesapa pun.

& sepatutnya dugaan buat kita dekat dgn Tuhan tp aku kadang-kadang dekat kadang-kadang jauh. macam lost je. mashaAllah. semoga Allah ampunkan aku, ameen.

sekarang ni kitorang just harapkan yg terbaik je dari Allah. usaha yang mana termampu, selebihnya kuasa Dia. andaikata one day Dia ambik abah dari kami, hopefully masatu boleh lepaskan abah dengan redha. banyak dah dgr ada doc ckp masa mula2 dulu abah ada 6 bulan je lagi. haritu ummi ckp doc bgtau pakcik abah dah agk uzur. kadang2 rasa macam drama pulak. tapi ajal maut kat tangan Allah. kena doa banyak2 dengan Dia. Dia je yg tau apa yang terbaik..


4 ulasan:

Izzah Sobki berkata...

:'(

moga Allah melimpahkan rahmat & kasih sayangNYA atas musibah yang menimpa ko & family. I feel that. :'(

Jom doa bebanyakkk

l t t l g j h ; berkata...

tq bestie. am praying the best for you too. ameen! :)

Nabil Jamild berkata...

Syanad,

Kuat seperti Gajah ye~

chocolatte berkata...

sorry syanad aku baru baca ni.sumpah ko sangat la kuat.aku tak boleh cakap aku paham ape jadi kat ko sebab benda ni tak penah jadi kat aku. tapi tengok cara ko hadap benda ni buat aku respect ko lagi tinggi.

sabar ye syanad. aku doakan family ko ok and ayah ko makin sihat.