Isnin, 12 Mei 2008

e n g 4 5 2 2.


mungkin downsides dalam hidup dah bermula harini. minggu lepas dah keluar arahan pelajar semester 5 sem depan kena duduk luar kampus. ambil borang biru dengan harapan dapat duduk dalam. tengok bahagaian bawah terlimpas garisan yang banyak untuk sumbangan terhadap kolej. ahh apa sumbangan aku? cuci tandas aras? setakat sijil pertandingan mentor mentee. harapan.

masih dlam dilema. mau hantar atau tak borang tu?

tadi kertas peperiksaan business communication 3. atau lebih tepat kertas penyiksaan. 45minit untuk soalan grammar yang aku tak faham dan research report yang panjang. cukup untuk wat tangan aku menggeletar hingga ke saat ni. apakahh? tapi salah sindri jugak kot. study ke?

minggu depan mula cuti. 7 minggu. bersedia untuk mula jadi pesakit jiwa lagi. aku benci cuti. sejak bila eh? sejak.. aku tak dapat keluar bercanda ria dengan bebasnya. sejak aku tak dapat jumpa wajah wajah mereka teman teman baik.. sejak pindah dari gombak.

aku tak suka perasaan ni. semuanya negatif.

*mengeluh*

tapi apa gunanya bersedih macam esok nak kiamat sedangkan itu cuma perasaan. taknak jadi bodoh macam dulu.

belajar terima kenyataan. paling kurang pun, pura pura. macam yang aku buat 2-3 minggu ni. at least aku gembira lihat mereka semua tersenyum. aku mahu berhenti sakitkan mereka.

*senyum selebar mungkin*
ps: esok muet speaking oii. (menggigil)

Tiada ulasan: