Rabu, 27 Februari 2008

melancholy 1.

hari ni kononnya nak pergi consultation. tidur macam dah mati dan bangun 10 minit sebelum pukul 11. mandi dan siap bagai nak rakus, sampai bilik lecturer. takde. haih, susah. silap sendiri jugak. aku ni kan pelajar cemerlang. orang lain dah kalut pergi consult minggu lepas, aku masih berkira kira dan ragu ragu pasal topic sendiri. sengal.

kadang kadang nak biar je masalah yang bersimpul. biar hanyut. mana tau air boleh longgarkan simpul simpul tu. kadang kadang nak tutup fon, tak nak online berhari hari, berminggu minggu sebab taknak ambil tau pasal apa apa. eloklah tu. jadi manusia yang lari dari masalah, taknak terima kenyataan.

pasang earfon di telinga, dengar lagu. pasang volume paling tinggi. biarkan lagu paling tidak, kotak hati, kujanji, saat kau pergi, bersama bintang, cinta hati mersap masuk dalam telinga. usik hati lagi supaya rasa sedih. dungu lah aku ni.

nasib baik ade gula gula yang manis ni. buat aku senyum dan ketawa tiap hari. kawan kawan.

nak balik rumah lagi minggu ni. alasannya nak distribute questionnaire Reaserch and Project. mas marah. hantar sajelah via email. betul jugak. fikir lagi. biar otak buat semua kerja ni. tanggung semua masalah. aku? relaks. tolak tepi semua masalah tu shanad. tolak tepi. otak kan ada. biar otak fikir.

bayangkan otak ada mulut. mesti aku dah kena maki. bayangkan otak boleh begerak sesuka hati. pasti dah lama tak sudi jadi sebahagian dari aku. macam orang orang sekeliling. bosan dan pergi.

haih susah.

Selasa, 26 Februari 2008

turning melancholy to magic.


happy 20th birthday dear friend.
friendship forever!
love ya to bits!!

ps: letih aku tengok kulit telur yang dibuang dalam sinki tiap hari. satu perkataan je boleh bagi. dungu. saya rasa nak sepak awak, terajang, siksa dan sumbat semua kulit telur tu dalam mulut awak. kolej dah sediakan tong sampah betul2 tepi tandas. kenapa masih nak buang dalam sinki dan lubang tandas. dungu.

Sabtu, 23 Februari 2008

home sweet home.


aku kat rumah. perasaan dapat balik rumah selepas sebulan tak balik adalah perasaan paling tenang. haa.

minggu ni aku cam tak stabil je. cam lembab, slow, kurang sedar, tak alert. mungkin aku perlukan lebih vitamin. takpun lebih motivasi. ntahla.


yang penting, balik rumah tu bestttttttt. XD

oh, esok kene bangun awal. big bos dah bagi arahan esok semua kena ikut pergi education fair kat TTC (terengganu trade center..kot..whatever u call it). dah lame tak gi. last 2 tahun lepas kat pwtc kot. aku tak kesah asalkan esok dapat jalan jalan. mak ajak pegi survey notebook pasal dia nak beli baru. pastu tadi ayah cakap bole tengok skali berapa harga batery laptop. batery laptop aku dah kong. standby 10 minit je. ape la.


goodnite sumer. and have a nice weekend. will write more later.


p/s: masa kelas ielts selasa lepas madam bagi soalan maths. pasal 7 awek cun dalam bas dengan 7 ekor kucing dalam 7 beg bla bla. surprisingly, aku dapat jawab soklan tu. pecaye tak? aku yang lagged wayyyyyy behind in maths mase skola dulu. hahaha. gelakkan.

Selasa, 12 Februari 2008

selamat hari selasa

saje nak cakap, aku baru buat blog untuk CL. weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

eh, perlu ke happy sangat snanye? haa~

oke bye.

jangan lupa lunch.

Ahad, 10 Februari 2008

7 years.












selamat ulangtahun ke-tujuh persahabatan kita (:

we had a good time together didnt we? korang ingat lagi 5th february 2004? masa tu kita celebrate 3rd anniversary kita kan. skang dah ketujuh dah. semoga friendship kita sume kekal sampai ke hujung nafas. masa tulis ni rindu gila gila gila kat masa masa indah kita kat hostel smksp.

Rabu, 6 Februari 2008

selamat cuti dan buat proposal



selamat berjejak kaseh esok. (:



just a quick update, im not going back home in trengganu this chinese nu yer. off to KL this afternoon. ada reunion ngan budak batch esok kat times square.

Isnin, 4 Februari 2008

kau pijak hatiku lagi

bila terasa nak lari dari semua benda,
maukan perasaan tenang damai tanpa fikir apa apa,
umi abah mard hilmi imah alip
family, terbaik

bila terasa mau gembira bercanda bersuka ria,
mau ketawa tanpa fikir disekeliling ada apa,
kawan kawan
sahabat sejati, terbaik

saya dah takda permintaan lagi dalam hidup ni selain untuk bersama kalian




jika memori kita disimpan di dalam cakera, kan ku mainkan sampai bila bila.

Ahad, 3 Februari 2008

this week



makan at zar cafe. the tomyam was gila sedap. even tomyam restaurant takleh buat tomyam camtu. will go there again next time.









meet kakak kechik's lil nephew. aliff aqil. comel dan nakal.


second round makan.






bought a long sleeve T. cuteeee. suka sangat. it looks somewhat like jumper. bawak tido best.


proposal rnp , ielts , computing , baca CL , baca academic studies , bunuh diri ....

ps: vote for natasha azrina untuk penyampai baru ERA. klik SINI. dia ni senior aku kat kolej. tapi dah grad dah. my rumate masa 1st sem.