Rabu, 25 Oktober 2017

sunny september ;


9/9/17

alhamdulillah wa syukrillah. another step closer. may Allah ease this journey. 

i can never thank everyone around me enough. time macam ni, bila reflect semula rasa macam ya Allah how can i never realised i am blessed with all these people around me? 
thank you Allah. maaf hambaMu ini selalu lupa untuk bersyukur.

and thank you everyone. my family, his family & dedadahs. usaha juga untuk jadikan hari ini kenyataan.

now, time to prepare for bigger amanah. semoga segala dugaan dan cabaran mendatang dapat kita tempuh dengan tenang dan sabar insyaAllah :)


 

Ahad, 6 Ogos 2017

chapter 8 of the book of 2017 ;

salam'alaykum,

just dropping by kejaaap saja. rindu laaa kat belogku ini. huhu. bila la boleh membebel. tengah bizi jugak nih. budak tinggai lagi sebulan nak peksa. tolak cuti seminggu dan sabtu ahad, tak sampai sebulan lagi aaaa stresss. 

doakan aku ada masa merilis stres disini ye. untuk arini macam biasa tepek gamba je dulu huhu.

last week went to cameron highlands  (for the first time evah! haha) with my colleagues & bawa ummi ngan cik bimi dan jugak alip. it was a short 2 days n 1 night trip. tapi banyak jugak la tempat kami cover. nanti aku cita noh. doakan aku diberikan kelapangan masa ye.

byeee


ps: sambil counting days yang bikin stres, tengah counting days yang bikin bunga bunga jugak ni. hee

Rabu, 19 Julai 2017

eid 2017 ;

salam'alaykum,

sorry for missing in action. biasala orang biziiii (padahal takde laptop). nantila install blogger kat fon kalau rajin. sebenarnya tak sempat nak bebel pun ni. share gamba raya je lah ye.

Selamat Hari Raya! kosong kosong ye :)

selamat hari raya dari anakberanakhasdi. #teamroyalblue


keluarga besar belah ummi :)


adik ipaq kitaaa :)


 macam biasa ayat cliche: aku banyakkkkk benda nak cite. tapi tak sempat nak berblogging2. huhu. nanti free sikit aku sambung bebel.

toodles!

Rabu, 10 Mei 2017

omgee its chapter 5 alredy!

salam'alaykum,

fuuh lamanya tak update belog. huhu. 

kat mana nak stat eh. rasanya harini update bergambar je lah kot. sementara tengah on laptop ni. laptop aku rosak. jadi nak buat kerja kena pinjam laptop ummi. dan laptop ummi pon not in it's best condition. keyboard dah prob. haritu nombor 6 and 7 takleh. ni backspace pulak. bayangkan. aku ni jenis menaip laju tapi suka taipo. jadi backspace sangat penting. seksa gila nak kena guna button delete je. huhu. hopefully dapat pi hantar encik lappy ke hospital cecepat. tengah kumpoi bajet huhu.

so dah bulan 5. another 4 months UPSR! aaaa cuakk. musim musim panas ni lost sikit rasanya (cey padahal lost sokmo. alasan!) aku harap starting from may ni semangat la sikit.

oh 29th march lepas kami kehilangan tok ayah kami. few days lepas kenduri hilmi. tok ayah sihat je. tak sakit apa. seminggu duk kok lanas. 2 hari lepas kenduri balik gua musang. and sehari lepas tu, tok ayah dijemput Allah. sesak nafas kejap je. tekejut sangat2 kami. tapi nak buat cemane kan. dah sampai masa dia. and orang paling terasa mestilah tok mek. hari hari prepare makan dan ubat dari pagi sampai malam. sekarang ni pon kalau lepak berdua ngan mek je mesti dia dok cite stories saat saat terakhir tok ayah and kenangan2 depa. sedih pulak dengar.

dan seminggu lepas tu, 7th april. cik edi pulak pergi meninggalkan kami. tekejut tak leh nak kata. dia pun sihat je. and was there during tok ayah's funeral. sihat sihat je. cik yani cakap after balik johor dari gua musang lepas tok ayah meninggal, dia demam teruk. bengkak tonsil. kena operate. and cik yani cakap 50 50. cik yani cik edi ni rileks orangnya. dan bila dia cakap 50/50. memang tak sedap hati. sehari lepas operate cik edi tenat & meninggal dunia. Allah. terbayang-bayang lagi suaranya selorohnya. sangat suka bergurau.

semoga roh almarhum tok ayah hasan & cik edi dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang Allah sayang. ameen.

ok lah jom kite tengok gambar-gambar.     

18th march 2017 : time ni tengah tunggu tok kadi. dupdapdupdap.
tok kadi ni aku takleh lupa dia bebel sebab mas kawen rm1110 camtu. payah nak sebut dia cakap. tak pasal je kena sound ngan tok kadi haha. ok tenkiu tok kadi, ini boleh jadi tips. bagi angka senang sebut je nanti. muahaha. adik aku masa 1st lafaz lambat sangat dia sambut akad tu. so kena lagi sekali. pastu boleh dia ajak tok kadi tu prektis lagi. padahal b4 tu da prektis da. 

antara family belah abah yang ada on the nikah day.

alhamdulillah selesai. 180317.

hantaran on progres. by yours truly :)

dulang recycle dulang tunang. sebab orang perak ni tunang dah macam hantaran kawen. so kawen simple-simple je snanye. takyah dulang dulang pon patutnya. tapi orang kelantan ni rasa pelik pulak bawak pulut semata. tu betambah tambah dulangnya. barang suma dari kaison. bungai kaison cecantik. nampak cam bunga betul kan.

frame untuk letak mas kawen. sebelum alip terpecahkan. adoi drama la hat sorang tu. pecah just before kami nak gerak pi rumah pengantin pompuan. nasib one side je yang pecah. yang belakang. tepaksa laa kami seletep je duit mas kawen tu. pasrahh. 

19th march 2017 : majlis belah grik. diorang buat kat dewan. pelamin cantik hoi macam pinses pinses je.

adore gilaa aku ngan baju dila nih. siyes. tapi kalo aku la nak bawak dress ghope ini aku rasa ada yang aku jatuh tersembam. takpayah la sanad.

gambar curik kat fb photographer. sebab dalam kamera digital. malas plak aku nak transfer.
25th march 2017 : nindiaa pelamin belah kok lanas. kul 8 setengah pagi majlis baru stat buat woi. hasil bantuan cikhab cikyana sambil beperang ngan anak2. dan juga kak long dan along sambil beperang ngan anak jugak. dan matjue madiah imah. suma bizi tak sempat snap time dia elok. ni lepas kena serang ni. barang yang sedia ada kat umah, beli kat rantau panjang sikit dan kaison. ni pun ada yang lupa kuarkan sebab bizi nau sampai lupa. aku rasa seksok majlis aku, rupa macam ni jugak la kot. zaman gst ni kena jimat bajett.  

the hasdi's :)

gudibegg. kami beli kepok sira segera je. (lupa nak amek gambaq). kat sekolah ada murid anak tokey kepok ni. tagging cari template kat gugel, edit nama n tarikh, print. mekasih chemot dan kak jijah terlibat secara lansung dari proses memotong hinggalah mengikat. semoga tiap titik keringat (kalo ada) jadi bekal kat sana. takda keringat pun tetap byk pahala ampa insyaAllah :) layankan aku yang pepepelik ni kan. keje senang ada nak jugak wat yang letih. haha. dan tenkiu jugak pinter pemberian chemot yang banyak berjasa. we even printed extra invitation cards using the printer :)    


 time ni aku nampak lagi kecik dari dila. padahal adik ipaq aku ni haluih weh. sebab tekepit kat tengah kot.

patut kena ada gambaq bertiga aku madiah hilmi. we've been thru a lot membesar bertigaan. timah kuar lambat. abang dah nak tadika baru lahir. banyak gambar bertiga masa kecit masa besar takde pon.
dekwan yang yang paling bz dan banyak projek.

tulis guestbook. kemahen beli guestbook. hari kejadian lupa nak kuarkan suh semorang tuleh. memang penuh ngan empty pages je. pepandai la ampa conteng ye.

tok ayah T_T

ehh macam kenai ;)

set set ni kat kelantan orang panggil 'jung kako'. ketua dia cikwa not in the pic. chemot pun takda.

wuhuuu kak jijah. orang yang paling penatt sebab malam b4 majlis tidoq kui 5 am menyiapkan sagu gula melaka. tenkiu kak jijahh. jangan serik datang lagi. chemot pon sama jangan serik yee :p

pengantin paling rilek kat donia. penantin lain time ni bz potosut. 



*****

mat gebus ngan tomek. ya Allah geramnya dengan seketul aqif ni. this was a month ago few days after tok ayah's passing. agah sket sengih. 

this was few days ago. dia dah banyak akaii. dah pandai merangkak. skarang ni nak mak dia je. orang lain amek je wat muka ni. masalahnya muka gini pon orang geram. heii   


ni lagi sorang bikin geram. ajepaaa

never thought it was the last time this axia kuning datang kok lanas bersama tuannya. next time mungkin tak datang dah. kalau datang pun dengan cik yani je la.huhu.

aku taktau bakpe gambaq ni kuar macam ni. takleh nak rotate. muhammad ammar time good boy. ngan abang amin. abang amin skarang dah anak yatim huhu. pasni geng dengan abang alip ye.

fuhhh bejaya update secebis kenangan wedding abang hilmi kat dalam ni. lately ni malas bebenor nak membebel. saba jap ea. ada banyak lagi story. tapi next time bila aku free. huhu. nak tido sebab nak bangun sahur japgi.

toodles!

Selasa, 4 April 2017

Chapter 4, 2017 ;


Alhamdulillah selesai majlis yang dirancang berbulan. lega bridezilla (ummi). yeayy ummi dah dapat menantuu. haha. welcome to the family adila :) 

 nanti story aku update di post lain. kalau ada masa. huhu. ni pun tengah berperang dengan exam paper lagi wuwu.

Sabtu, 4 Mac 2017

Hello March ;

salam'alaykum,

weyhh cepatnya dah maccc. 

as much as i'm excited menunggu mac sebenarnya aku nebessss. makin hari makin dekat dengan tarikh UPSR huhu. and i'm partly responsible for my kiddos' results. and fully responsible untuk keputusan Bahasa Melayu. huhu.

cuak gilaaa sebab starting last year memang tak sama dah bentuk soalan, pemarkahan suma-suma tu. harini baru je pi dengar taklimat. penceramah tu cakap boleh jadi pemeriksa akan tinggikan gred, 90 baru A. so ajar murid untuk target at least dapat 90. aku dengar menggigil dalam hati. risaunyaa, dengan aku yang lack of experience ni. nak nangis je rasa.

papepun semoga Allah permudahkan urusan. semoga Allah bagi aku kekuatan untuk rajin rajin belajar lagi  and sampaikan ilmu kat anak-anak sriam. ameen.

so bulan ni adalah bulan kendara family kami. sepupu kupukupuku, ina dah selamat tawen tawen arini. tapi aku tak dapat pi sebab last minit dapat surat pergi taklimat upsr. hmph. takpe minggu depan ikut rombongan ke terengganu pulak. and then the week after turn adik bujangku pulak. wuu macam tak caya je. caya tak caya, rumah tak habis kemas lagi ni hadoii. kad pun tak habis bagi lagi nih.

congrats inaaa. cantik gila hokeh

lepas kursus aku lencong ke tesco. bajet terpaksa dikurangkan sebab kena beli 2 hadiah. haha. punya lama aku pusing tempat sama. taktao nak bagi apa. taknak bagi benda yang orang lain bagi. aku rasa menda ni jarang orang bagi kot? dan to be fair, aku beli benda sama untuk both of them. haha. tapi best kut ikut ati nak beli satu lagi. tapi motip sangat kat umah pon ada.

perkenalkan anak cidi, baby aqif. baru 4 bulan dah becok. sangat menurun perangai ayahnye

tengok pipi dia tengok pipi diaa. hishh

siang tadi aku menahan perasaan jeles ja dorang dok share share gambar. tunggu kenduri hilmi pulak. tapi rasanya tak ramai yang dapat join dah kot sebab this week dah cuti. belah kok lanas nanti harapnya ramai la. huhu.

and march... 4 years without abah. rindu masih dalam kedalaman yang sama. kadang kadang ada juga masa masa yang titiba hati ni macam tak percaya, eh abah dah takde. especially bila ada benda nak tanya and the only person yang tahu is abah and ada benda nak share with only abah and no one else.

macam tadi tengah drive si jambu titibe teringat, dulu masa baru-baru dapat lesen, suka borak dengan abah pasal kereta apa yang aku nak. aku macam biasa nak kelisa. abah pernah cakap nanti dah balik from kuching dia nak belikan saga. terfikir, apa pendapat abah tentang si jambu? tapi aku rasa dia mesti setuju sangat sebab tak mahal, jimat minyak dan hensem. pastu kalau abah ada aku yakin jambu takde peluang untuk comot-comot. kete abah dulu 2008 beli, 2012 bau kereta baru lagi hokey. sekarang je dah macam belacan.

kita jumpa kat syurga nanti ye abah. insyaAllah. i miss you.

Selasa, 7 Februari 2017

chapter 2, the book 0f 2017 ;

hai chemot (:

salam'alaykum,

lamanyaa tak membebel.

lots of things happened on january. sebenarnya tak banyak pon tapi quite memorable laa.. kikiki *gelak tup mulut*

tapi disebabkan cuti raya cina yang seminggu itew, i kinda lost track of time. titiba bukak cuti dah 5 feb pastu sesedar yang program tebesar sekolah under unit aku dah tak lamaaa lagii.. adeii

so ni tengah kabut siapkan paperwork, nak book tempat apa suma. PK Kurikulum serahkan kat aku sebab diaa bz ngan pendaftaran UPSR. huhu. titiba rasa macam nak pitamz walopon last year aku je jugak yang handle. tapi bila jadi assistant orang ni titibe rasa takbleh nak wat keja tanpa arahan. hahah.

tahun ni mengajar kelas UPSR. the first batch yang akan periksa UPSR kat sekolah ni so pepaham je la nervous dia cemana kan. huhu.

march ni plak adik bujang ku hilmi nak kawen. so kat umah dok busy preparation. umi suruh handle doorgift (aku offer diri act), pastu ni tengah kelaut lagi nih. haritu macam awal lagi nak tempah. ni macam dah boleh je tempah tapi dok rileks je lagi. omg apa laa nak jadi.

banyak kerja da piled up tapi tak terbuat lagi nih. jadi aku bebel kat sini supaya kesedaran diri tuh datang. muahaha. harap-harap balik rumah tak malas nak buat  kerja. skarang ni hari-hari balik kul 5 sebab datang sekolah dengan imah. dia prektikal kat pejabat tanah machang, dekat je dengan sekolah. so kena tunggu dia habis kerja dulu baru boleh balik. which is bagus jugak la sebab boleh spend masa terluang dengan marking buku. tahun ni ngajar 3 kelas tahap dua so bayangkan 3 kelas buku penulisan perlu tanda everyweek. wuwuwu. tapi setakat ni masih rajin lagi baca satu satu karangan bebudak. harapnya sampai hujung tahun lah. huhu.

ok enough pasai bebenda yang menstresskan kepala otak.

tak sabarrrr nak tunggu march (dann april) *sengih lebar-lebar*

Ahad, 22 Januari 2017

page 22, chapter 1, the book of 2017 ;


salam'alaykum,

aku sebenarnya tengah lost dalam timbunan kerja ni. huhu. baru masuk 4th week dah macam sotong kurita je rasa.

tahun ni mengajar kelas upsr. ada kelas tambahan lah opkos kan. gi ambik jugak kelas intensif membaca for 2 months. at first i thought i can di this. tapi ni dah rasa macam lemas dah. huhu. kelas start at 8 stret sampai 5pm. ada half an hour gaps sekejap sekejap je.

maybe kena lepaskan kelas intensif membaca kat orang lain. tapi takdak sapa yang nak dah.. huhu. nak tanda buku pon tak sempat weyh. adei.

takpe, sementara tak ada komitmen lain kan. lets try our best syanad. you can do this. tanggungjawab awak memang sepatutnya melebihi masa yang awak ada.

fighting!

buku bawak balik tanda kat umah je la. bohohooo T_T

Ahad, 1 Januari 2017

chapter 1, The Book of 2017 ;

bismillah,

first page of chapter one nearly ends. first day of work in 2017. my third year teaching. alhamdulillah.

kalau dulu bergelumang dengan kekanak ribena tahun satu. tahun ni tak mengajar tahun satu dah. even tahap satu pun tak ngajar dah. so dapat tengok sesikit je la ragam hari pertama kekanak ribena tahun 1. kesian harini hujan lebat. tak dapat buat proper perhimpunan sebab dewan kami basah. kalau tak boleh tengok muka blurr memasing dengar cikgu cakap kat depan. i still remember asyraf mukhlis yang titiba angkat tangan cakap nak kencing tetengah perhimpunan tu. dah darjah 3 dah pun budak tu. haha.

tapi memang hari paling syok adalah 1st day budak dajah 1 pi sekolah. memacam ragam. sampai depan toilet bukak seluar la, cari mak time rehat la, time rehat titiba angkat beg ingat dah balik la. dengan muka memasing inesen. memang penghilang penat jugak. taaapi.. dah masuk bulan kedua cikgu yang sungguh sweet dan motherly masa first day mampu bertukar jadi singa. suara lembut pun bertukar jadi suara petir. haha.

what can i say selepas dua tahun dah boleh tenang sikit la. walaupun kerja aku tetap setinggi gunung. tapi awal lagi nak steres2 kanns sooo kita positip aja.

kena baca stephen r. covey's time management tips at least once a week. 

jap aku rasa macam ada benda nak tulis tapi lupa. takpela nanti pikir. harap harap harap sesangat boleh kekalkan momentum tak berapa nak malas ni sampaiii hujung tahun. haha. ameen2. semoga sentiasa rasa excited nak buat kerja. tahun ni ramai cecikgu baru yang memberi inspirasi sebab rajin sangat. so macam dapat tempias aura rajin. haha. padahal rph harini tah kemana lagi. 

ok aku nak siapkan kerja.

happy new year to all of you. semoga sentiasa positif sentiasa semangat sentiasa kuat iman untuk cari redha Allah. insyaAllah :)

toodles!