Rabu, 24 Ogos 2016

jombi ;



esok:

- penyelia praktikum datang nak observe.
- perjumpaan ngan sapotah pejabat buruh katanya.
- katibah 2

RPH tertunggak ni kena siapkan malam ni. jawabnya tak cukup tido lagi la. dengan kak gugot mengacau. dann kena tunggu jumaat baru leh tido dengan nyenyak. dann no more praktikum punya rph next week. hopefully. unless kena repeat.. wuu takmaoo.

harap-harap kekanak ribena group aku behave masa sesi masak memasak esok. mujuq dapat group dak laki (banin). sebab mengikut pengalaman tahun lepas, dak laki memang stret to the point. masak ikut menu & hias lauk guna apa ada. kalau dapat group dak2 pompuan (banat), memang sampai magrib tak sudah memasak lagi. banyak menu tambahan depa. cuma jangan budak-budak group aku ni mud main lebih je la. memang jadi harimau jadian aku esok.

katibah sekolah aku ni pengisiannya qiyamullail. pastu banyak pengisian dari krs. ada kawad, tali temali dan based (seni pertahanan diri). and masak la of course, one of aktiviti masa mukhayyam (perkhemahan) krs.

ok tu je update.

ohh my dadah ainda dah selamat dapat baby boy. and dia pantang kat kuala krai sekarang. tak sabaqqq nak pi jumpe baby wee..

toodles~

Khamis, 18 Ogos 2016

melodydalampuisi ;


stumbled upon the insta sesama dengan intan masa dia datang rumah haritu. pastu dok meniarap duorang atas katil layan puisi-puisinya. just like the good old days kat kolej. rindunya..

Isnin, 15 Ogos 2016

miao ;


intan dah balik. wuuu T_T

now its time to get back to reality.

all the best for everything baby. may you achieve your best in your career as well as in life. theres hikmah behind everything for sure. mungkin sekarang kita belum nampak lagi kan. lets believe in Allah's plan because His plan is the best :)

missing the rest!

Isnin, 8 Ogos 2016

goguma sweet potato ;



wuhu habis dah nonton goguma couple. buat kali keberapa tah. haha. dalam banyak banyak We Got Married couples aku rasa yonghwa ngan seohyun je yang paling best. rasa dalam 6 tahun banyak kali jugak la tengok balik. sebab diorang tak fake. very natural. innocent. takde pegang pegang ke peluk peluk ke tapi still best tengok. couples yang banyak skinship ni kadang rasa macam sakit mata pun ada jugak. nak tengok banyak kali pun tak best. wgm yang bebaru banyak sangat scene geli-geli. tak syok tengok. baru episod 3-4 dah peluk peluk. kemon lah.

apa yang aku suka kat goguma couple ni (goguma sebab seohyun suka sweet potato) adalah the way they tried to understand and fit each other's personality. yonghwa memang bagus. kalau ikutkan seohyun ni jenis jenis innocent pastu agak skema tapi yonghwa really tried his best untuk ngamkan diri dia dengan personaliti seohyun. seohyun suka baca buku, yonghwa pulak memang tak minat. tapi bila si seohyun belikan dia buku, dia siap baca & buat review lagi.

aku ni da banyak kali tengok pun still rasa sedih tengok last episode. saiko betul. secretly wishing yonghwa & seohyun really end up together. haha. andd mak aku memang sangat suka depa dua ni. kitorang download masuk pendrive pasang kat tv. kekadang umie dengan makcik pakcik commentator kat studio tu sama naik dah. haha.

yeongseo is the best of all wgm couples. bagi aku la. sebab 2014 onwards aku tak tengok dah so taktau sangat. rasanya ada lagi kot yang best jugak tp yongseo jugak la paling best aku rasa. walopon ada ahli fave group aku which is SHINee (taemin) yang join jugak wgm kan. taemin ngan naeun best jugak tapi dorang nampak muda sangat so feel tak sampai. haha. walopon suka tengok si naeun tu.

kalau ada wgm fans yang rasa nak tengok semula YongSeo Couple bleh layan kat sini. aku donlod semula all episodes sebab yang dah ada dalam external hard disk yang da rosak. huhu. silalah layan banmal song di atas. lagu dorang buat sesama. gajah kat belakang tuuu. masa tengok episod yonghwa balik thailand bagi gajah tu jeles wey. haha

ps: baru perasan i blogged about yongseo couple years ago and even put the same video. pasal jeles dengan gajah pun ayat sama. haha

Ahad, 7 Ogos 2016

quotes ;



i really wanna believe this.




and i really hope you wont give up on me
coz i'm not gonna give up on us
... until you do so
.
.
.
.
semoga Allah temukan jalan keluarnya.
mungkin usaha dan doa belum cukup kan :)

Sabtu, 6 Ogos 2016

entri versi throwback - raya ;

salam'alaykum,

wuu bulan syawal dah berlalu. cepatnya kan sehari sehari masa. nak jugak post entri raya walopon takde gambar dan cerita sangat. sebab nak delete gambaq. haha.

tahun ni kami raya kat gua musang. rumah tok ayah. sebenarnya tiap tahun pun raya sana, just tahun lepas je for the first time ever raya kok lanas. nak raya dengan abah. hehe :) so kitorang gerak hari ahad. naik dua kereta sebab umi nak bawak suma yang ada kat dapoq umah dia. haha. aku pasrahh melihat bidin jadi lori barang pada hari itu. penuh bonet & tempat duduk belakang. aku dengan imah satu keta. umie, alif & madiah satu kete. syiok dapat drive senirik. & alhamdulillah tak jem hari tu. sebab jalan kami menghala ke kl memangla tak jem muahaha. tapi tak silap ke arah kota bharu pun tak jem haritu.

tahun ni adik badik lelaki umie raya rumah mertua so tak ramai sangat la. mak aku ramai adik beradik lelaki. 8 lelaki 4 perempuan. yang lelaki pulak dulu tak ramai yang dah kawin, skrang tinggai pokcu je yang single. so kurang ramai la. tapi tahun ni cik yanie balik raya. so yang ada pagi raya family kami, family cik yati, family cik yani & pakngah. pakngah memang duk depan umah tok ayah so memang tiap tahun raya sana.

cik yani & family sampai malam raya. abang hilmi pun sampai malam raya jugak. malam tu aktivitinya ialah membakar sate. sate ayam dan ada kambing jugak. adui lapar pulak taip nama-nama makanan nih. gambar aku lupa nak transfer. malas plak nak cari. haha.

dan pagi raya alhamdulillah berjaya gi solat raya. tapi masa khutbah aku antara dua alam dah. sebab tidur lambat. pantang dengar ceramah mesti tersengguk. memang hobi la kut noh. dari sekolah membawak ke kerja. pastu balik rumah salam salam beraya dengan yang ada kat ruang tamu pastu bertebaran. biasanya kitorang gi umah pakngah. tapi pagi tu kelam kabut sikit. geng budak-budak kicik kampung tu  dah sampai. nak beraya. ingatkan dah habis segerombolan takde dah. ada lagii. pastu masa aku kat tangga rumah dengar depa duk bercakap dengan kat luar, "rumoh ni wi 3 riyal weh" matilanakkk. haha. tapi teringat zaman kecik kecik dulu. tu la jugak aktiviti aku pun. tak sangka zaman skarang ada lagi.

tahun ni takdak gambaq raya. sebab umi bizi kat dapur. bila umi tak bizi dah aku kena kerah cuci pinggan. jadi sampai tengah hari le macam gitu. petang suma dah tukar baju. tapi sebenarnya kam jarang je bergambar time raya nih. masa abah da takde baru start amik gambar family time raya. huhu.







this is the only gambar raya aku ada. the only hokeh. aku pun tertanya tanya jugak kenapa tak sempat gila ea aritu nak bergambar. haha


petang raya ciknu, cikmat & family sampai. dah ramai sikit. raya kedua baru cikwa & family sampai. cikhab pun balik jugak. cikdi jugak. cikdi tinggal wife sebab dia kena balik kl awal kerja. so bila dia bujang nih dia rajin layan anak sedara. maka kami pun ajak dia bakar ayam malam tu. haha. cikhab nak bakar lemang sebab dia bawak balik rendang rusa dari lipis. yang kitorang pulak tengah lepak-lepak reramai kat tangga pukul 6 masatu, titiba sebut pasal bakar ayam dan terus jomm. pow umie & cik edi sponser ayam, aku sponser minyak kete je. haha. nasib supermarket ada ayam banyak. kedai runcit pun bukak nak beli arang & air batu. aku taktau la nape, aku ni bukan la suke sangat pun membakar ke apa ke tapi kat memana event ada bakar-bakar ni memang aku akan end up menyebok kat depan makanan yang sedang dibakar itu. pastu tanpa sedar titiba aku pegang spatula tolong balik balikkan lauk. saiko kan. tahla  rasa syok tengok ayam-ayam tu masak pastu bagi orang. haha. kalo pegi makan kat steamboat & grill pun memang aku kenyang membakar je.


ada kenduri ke apa bederet nih.

bidin landing kat depan umah pakngah je. ada separuh lagi kete kat sana.

batu gajah tempat wajib main. dulu main perang perang feeling jadi askar kat situ.

ammar & aminnn. ammar time mood baik. masa baru sampai tak sempat umi abah dia melauhkan punggung dah ajak balik 'rumah ama'

bbq nitee. aduhh lapar plakk


raya ketiga balik kok lanas dah. seminggu tak pikir lansung pasal kerja. sampai rumah stres terus.haha. sabtu hilmi ajak pi raya kat grik tapi tak dapat ikut sebab aku kena siapkan kerja. kalau pi grik memang taktau kul berapa baru sampai umah. ahad dah keje. huhu. sorry dilaaa. dia duk ajak datang beraya. takpa taun depan insyaAllah raya bersama. hehe.

itu je la kisah beraya tahun ini.

pastu beraya kat sekolah pulak 24th july. i share gambar je la ek malas nak menulius dah. haha.



sampul raya SuratChenta sponsor. hehe


eksaited memasing jumpa makanan

budak kecit ni memang peberet kitorang. cakap macam orang tua. haikal ni dalam kelas memang tak fokus, tapi nak marah selalu tak jadi. 1 thing yg bagus pasal dia ni social responsibility bagus. ada orang begaduh ke nangis ke sakit ke, dia akan tolong report & pastikan muallimah amik tindakan. hahaha. klaka weyhh ee cubit kang.


my sisters :)

salah seorang muallimah sekolah aku dah pindah. dia dapat kerja kat sekolah bawah ikram jugak kat kuantan. ikut husband dia kerja kat sana. sedih gila weh sebab dia je la yang selalu tolong update info pasal sekolah yang mana2 kami guru baru ni tak tau. sebab dia one of ikram's active member. dia tau banyak la & sangat passionate nak mendidik anak anak islam ni. kalau tak passionate takkan la pindah pun still pilih untuk mengajar kan. academic background dia bukan calang-calang. boleh dapat kerja yang higher pay. aku pun plan kalaula one day pindah negeri lain ke kan, nak kerja kat sekolah rangkaian musleh jugak kot. luckily ada seluruh malaysia. tapi kena timba pengalaman bebanyak dulu la kan. agaknya sebab tu Allah nak aku belajar bersusah-susah dulu kat sini not. nak mintak keje lain, cgpa pun cukup makan je. ada hati stres2 nak tuka keje lain. huhu. apapun happy untuk ayu, dah takyah pjj lagi da. dapat duk sekali ngan husband. 

my sisters for now. ni la tempat kerja saya sekarang. i remember masa menganggur dulu skrip doa aku, minta kerja yang dapat buat umi happy & dekatkan aku dengan Allah. alhamdulillah. semoga dapat terus mencari pahala & pengalaman kat sini.


hello august yang bizi. semoga tiap hari dalam bulan nombor cantik ni adalah hari hari yang semakin baik dari semalamnya. sebab nombor lepas ogos lagi cantek. muahaha.

ok nanti aku bebel lagi ye. sakit kepala hoi. dah la susah nak lelap duatigari nih.

toodles!

ps: next entri mungkin nak cakap pasai kawen. haha. tadi borak dengan cikmot (time mamai) & ada cakap pasal adat kawen kelantan. aku dengan konfiden cakap kelantan takde duit hantaran ke apa tah tadi. pastu baru sedar aku banyak taktau lagi ni. need to google about it. tadi ada baca sikit nanti iols share ye. cikmot awak kena baca. :p