Khamis, 25 Februari 2016

mulut mintak cili ;

salam'alaykum,

hadeii hakak steres.

biasa lah kan bila berprogram ni bermaciam la perangai orang keluar kan. sekolah aku ni pulak komuniti tenaga pengajarnya tak ramai. mujur jugak. kalau tak  bermacam jenis puak la ko nak hadap. 

bila tak ramai ni kepuakan tu muncul based on jantina la biasanya. aku sebenarnya malas nak kutuk ke komplen ke. nak bersangka baik je ngan suma orang. tapi bila dah seteres tuu kalau nampak yang too obvious menyirap ah jugak kan.

aku perati prob ni sama je macam masa ganti kat maahad tahfiz dulu. geng ostad2 ngan geng cekgu pompuan memang takleh nak in. forever at war lah orang kata. & aku nampak macam nak ke arah tu jugak dah kat sini.

malas nak cite detail tapi aku memang kurang gemar jenis-jenis orang yang berkira ni. satu lagi jenis yang cakap nak menyindir je manjang. biasa jumpa pompuan kan. tapi tah kenapa aku bila jumpa lelaki jenis mulut cani cam takleh nak terima. cam tak sesuai hokeh. 

sekolah aku ni stail double standard. cikgu pompuan rasa tidak diadilkan dan cikgu laki pun aku perati berperasaan sama. lawak betol. tah sapa yang double standardnya aku pon taktau. cikgu laki manjang dok feeling depa kena buat kerja banyak. macam incoming program ni, banyak kali je guru beso, pk dok hint2 nampak macam cikgu2 lelaki je yang banyak kerja ni. aku dalam hati, hekelehhh tapi malas nak bukak mulut. sebenarnya tugas yang dibagi dah fair & square cuma biasalah program kan, ada yang busy before, ada yang busy during & ada yang busy after program. pastu bilik guru lelaki & pompuan asing, memang la ampa nampak ampa ja busy. takkan la kami nak lalu area ofis (bilik depa dekat ngan ofis) tiap kali lalu bagitau busy buat reja apa. kekadang dia punya berkira tu bikin speechless. bila orang assign task tu terus cakap, eh ni sepatutnya orang sekian-sekian la buat. boleh pitam layan.

dulu akak-akak ni bebel-bebel aku dengar je la. bila dah kena handle ni memang leh tahan stres. dengan ada cikgu pompuan & sangat2 organized kerja dia. aku ok je la sebab dia boleh bagitau apa yang betul & salah & apa yang kurang lagi. tapi kekadang tu stres la jugak sebab ye la lain orang lain cara bekerja, lain pace & kapasiti. tapi aku takde masalah sangat la kot bab tu. sebab dah biasa dengan stail Gemilang dulu kot. 

dan sebab dah biasa stail kerja Gemilang dulu la aku rasa takleh nak terima manusia berkira ni. aku tau la zaman sekarang ni laki & pompuan sama gagah je kannn tapi agak-agak la. ni kalau boleh, kalau cikgu laki angkat lemari, dia nak cikgu pompuan buat benda sama. tu pun bukannya tak pernah pun kitorang angkat benda berat. tikar getah segulung, meja guru, meja budak suma pernah je la kitorang angkat. tapi kekadang benda berat sangat tak mampu la weh. paham la sebab tenaga kerja tak ramai kot kaum depa tu yang tak pueh ati kot. kikiki. tapi takyah la sampai sindir-sindir macamkan kami ni duduk rilek je. ada sekali tu befor bukak sekolah, depa kena ngangkat meja ke kelas. tapi tak cakap or ajak pun buat sama-sama. tup tup masuk dalam group whatsapp gambar-gambar pas dah setel, dengan caption, "tq muallimah". cikgu baru plaktu mamat tu, just dia dah biasa dengan sekolah. aku macam hekelehh, ingat ko best la tu sindir-sindir orang. ko siap, tunggu je hakak mulut longkang ni bagi nanti. 

series la dalam banyak-banyak sikap orang laki, kalo orang tu jenis sinis & suka menyindir sangat la fail weh. bagi aku la. sebab selalu orang lelaki ni jenis bagi direct je. sindir-sindir ni sangat la perempuan. apa masalah ko tak puas hati cakap je la teros. sekurang-kurangnya orang boleh clarify kot ada salah paham ke kan. sindir-sindir kias-kias dapat kat aku mapuh aku tak paham. pastu mereput ko sorang kat tepi tu. so orang laki yang suka menyindir tu, ketahuilah bahawa sikap itu membuatkan kami rase you are not man enough. muahaha.

ok dah cukup sampai situ. malas nak pening kepala ngan perangai orang, lantak la nak jadi apa yang penting program sabtu ni jalan.

bakal dibuka april 2016. tempat baruu utk dating ngan cik tipah. hehehe.

aku tak pasti tenants yang bakal ada tapi ada nampak depa cakap kaison nak bukak kat sana. yeayy best2. sini aku dah tau jalan so kalo tensen-tensen agak-agak nak feeling having me time bole la merayap sesorang. hehe.

ok tu je la nak bebel. doakan program sabtu ni berjalan dengan lancar ye. ameen!

Isnin, 22 Februari 2016

tarik napasss hembosss ;

salam'alaykum,

dah nak habis februari. cepat je masa. banyaak sangat kerja kekadang rasa takk tertanggung dah. huhu. 

weekend ni ada hari anugerah cemerlang (huph) sekolah. unit kurikulum yang handle so aku la kena jadi pengarahnya. aku memang tak suka betul nak kena jadi pengarah program. dah memang sejak azali takde leadership. tak minat tak minatt. aku suka jadi orang bawahan je. bagi kerja kat aku pehtu aku buat. kalo aku jadi pengarah alamatnya sume orang punya kerja aku rasa responsible pastu dok risau sesorang. dah la program prepare last minute. salah sendiri sebab tak aware yang huph ni preparationnya at least sebulan. huhu.

hope suma berjalan lancar la.

pastu lagi dua minggu ujian bulanan pulak. dengan soalan tak buatnya lagi. aku bernasib baik sebab tak ajaq banyak subjek so paper tak banyak la..

pastu kelas intensif taktau kat langit mana lagi. supposedly januari dah start. peningnyaaaa huhuhu. izinkan aku membebel di sini sebab di alam realiti tak boleh nak mengeluh membebel da.

stress2 ni mula la rasa nak keluar window shopping. dah lama tak jalan kat kedai barang comel dan murah (baca: mr diy, kedai 2 hengget dan seangkatan). takpe takpe. sabarrr. dah nama pun keje kann.

ok la aku nak menidurkan diri. dah lama bercadang nak tulis yang berpaedah sikit. nanti la ek.

toodles!


Rabu, 10 Februari 2016

selamat cuti tahun baru lunar ;

chinese nu year. cuti seminggu. kursus tiga hari. apa buleh buat. kita makan gaji.

kahkah.

taktau nak bebel apa, aku baru baik demam seminggu. uhuk2. ok not literally seminggu la tapi seminggu jugak la dalam keadaan seperti ayam berak kapur. seminggu rph aku kelaut. dengan takda suaranye. urgh sesungguhnya sihat itu adalah one form of rezeki jugak. bersyukurr dengan rezeki sihat. ni pun nak sihat bebetul sepenuhnya pun ambik masa.

minggu ni tengah mood cuti kena pi kursus plak kan. takpa takpa. tapi aku malaih sebenarnya. dia suruh bawak rpt rph bagai. malass nak print. ada ke orang dah cuti baru pesan bawak sukatan pelajaran apa suma. harusla dekat sekolah & haruslah takdak masa nak pegi kelebet kat sekolah kalau dah abeh kursus pun kul 4.30pm. nak bebel bebanyak malas. jadi bersyukurla dok kat rumah boleh merempat printer umi. ni pun taktau ada dakwat ke tak. kalo takdak selamat tinggal aku save dalam fon je rpt.

ok dah la tu. nak sambung layan kdrama. lama dah aku tak buat perangai layan drama ni. ni pun sebab dah terlanjur tengok ep 1, sambung je la. sebab storyline pun ok tak boring. high school drama. pastu ada campur dengan fantasy2 sket. leading acts woohyun dengan sapa tah lagi sorang group inpinet. not my fave members jugak pun. tapi heroin perangai comel. ok la tu. jadi mari perabih 20 episod sebelum cuti abeh. ni citer tahun 2014. baru nak layan. haha. tima kasih kepada tv baru umi.

hi! school - love on. heroin tu orang sama tu. kiri version dia jadi malaikat maut. kemain comel lagi malaikat maut khenn. kanan version dia jadi manusia.